Assalamualaikum kekawan..
Perkongsian dari wasap group.. semoga bermanfaat..
Sumber Google |
Nurull Halawati - Penulis Skrip dan Novel
5 August at 21:56 ·
Saya perlu tulis kisah ini untuk kebaikan semua!
KISAH BENAR: KERAP MAKAN LUAR & MAKAN VITAMIN C PUNCA KANSER!!
Alkisahnya, tadi saya ada pitching filem hantu Thailand, untuk projek worldwide di Kl Sentral. Saya menanti CEO syarikat tersebut yang menelefon saya untuk sama-sama menghadap panel, berkaitan budget filem dan sebagainya.
Bila dia tiba, kami berbual sementara menanti giliran dipanggil. Kami bercerita soal kerjaya masing-masing. Bila dia tahu karya saya Stanza Cinta dan Walau Sedetik Cuma...mukanya nampak berubah. Saya katakan pada dia saya suka buat drama berat, kisah pesakit kanser. Sebab kawan baik saya meninggal sebab kanser.
Tika itu dia membuka cerita, "saya pesakit kanser!"
Saya tergamam!!. Jika diteliti keadaannya memang tidak nampak seperti orang sakit kanser. Nak kata sakit biasa pun tidak. Memang cergas, sihat dan ceria.
"Saya ada kanser darah. Doktor kata lepas dua kali kimo saya dah mati..."
Begitu mukadimahnya becerita pada saya.
"Memang dah lama saya berhasrat nak buat drama kisah saya ni. Supaya jadi iktibar...tentang akibat kanser, pada pesakit itu sendiri, juga pada keluarga dan orang tersayang yang menghidap kanser!!kisahnya memang sadis..memang boleh menangis dibuatnya!
Tapi, apa yang saya nak ceritakan ini jauh lebih penting dari liku-liku yang dihadapinya tatkala doktor mengesahkan, "awak meghidap kanser!"
Katanya, selepas mendapat ujian darah, dokor hanya bertanya 3 perkara pada beliau..
1) Doktor : You suka makan luar ye?
Mr X : Bukan suka, memang hari-hari makan luar....( isterinya seorang Manager di sebuah hotel terkemuka. Kerjaya dan gaji yang besar)
2) Doktor : You biasa makan vitamin C ke?
Mr X : Yes..Saya memang suka makan Vitamin C. Antara amalan dia sejak remaja belia lagi.
3) Apa minuman yang You selalu amalkan??
Mr X : Saya suka minum air lemon suam! Ataupun ice lemon tea.
Ok, berdasarkan soalan itu,doktor sendiri sudah tahu apa faktor yang menyebabkan kanser darah pada tubuh beliau.
1- Makanan luar antara punca kanser kerana kandungan MSG dan bahan perasa yang terlalu tinggi. (Saya sendiri memang selalu ada pengalaman buruk jika makan luar di kedai, selalu akan pening yang teramat, loya dan muntah-muntah!)
2- Doktor kata Vitamin C itu juga antara penyebab Kanser! Kerana kandungan bahan kimia didalamnya! Ramai yang tak tahu sebab dengar vitamin je mesti baik dan bagus! Sedangkan dalam Vitamin tu terdapat bermacam-macam bahan kimia juga.
Masa ini saya tersentak kejap! saya hari-hari telan Vitamin C shaklee, alamakk..rasa gerun pula tetiba. Saya tanya dia Shakleetu ok tak? Dia kata yang tu dia tak tahu tapi jangan makan Vitamin C yang bukan-bukan. Pastikan takde bahan kimia!
3- MINUMAN?? Doktor kata, nasib baik You suka amalkan minuman ni. Ada sejenis air yang You selalu minum yang buat You masih selamat. Itulah dia AIR LEMON!!!
Air lemon jika diminum dengan ais akan menjadi Vitamin C secara semulajadi.
Air lemon jika dminum dengan air suam akan menjadi ubat untuk kanser!
itulah air kegemarannya yang diminum selama ini, yang mengurangkan gejala kansernya dari merebak dengan teruk!
Selepas disahkan menghidap kanser, Mr X tidak mahu menjalani rawatan kimoterapi. Ubat-ubatan hospital yang dibeli sebanyak RM37k tidak dimakan. Punyalah mahal macam boleh beli kereta!
Kebetulan seorang kawannya, baru menjalani kimoterapi di hospital swasta dengan kos sebanyak RM147k..tapi keesokan harinya meninggal dunia! Disebabkan itu, dia langsung tidak berniat untuk menjalani kimoterapi!!
Dia berusaha mencari jalan lain tanpa perlu menjalani kimo, tanpa perlu menelan ubat-ubatan yang berkotak-kotak dibekalkan doktor!
Akhirnya dia menemui penawarnya, iaitu herba Belalai Gajah (sejenis pokok) serta Dewa Raja. Dua jenis herba inilah yang dimakannya selama ini...hingga ke saat ini. Daritidak boleh bangun, sakit yang teruk.kurus kering, kini dia sudah pun pulih. Sihat walafiat dan cergas menjalani kehidupannya seperti orang lain
.
Saya berjanji untuk menulis kisahnya untuk didramakan. Dia seorang yang sangat positif, bersemangat dan kuat berhadapan dengan kansernya, namun dugaan yang dilaluinya dari sudut yang lain. Nanti akan saya nukilkan dalam karya saya.
Pesan dia pada saya, tolong jaga pemakanan..jaga pemakanan! Jangan banyak makan di luar, jangan makan vitamin C atau ubat-ubatan yang ada bahan kimia..dan selalulah minum Air Lemon. Setiap pagi dan malam!
p/s: Balik rumah terus beli lemon banyak-banyak. Saya takkan bagi anak makan Vitamin C dari farmasi yang saya beli bulan-bulan tu. akan cari yang nuetral sahaja.
Kalau nak insaf, nak control nafsu makan yang tinggi melangit, jumpalah orang sakit, berbuallah dengan pesakit-pesakit kronik.Baru thu betapa BESARNYA NIKMAT SEBUAH KESIHATAN ITU!!!!!
Selamat menjaga keluarga anda semua, buat para isteri jagalah makan minum suami dan anak-anak
Klu masak tu mmg kadang kna tgok ahli kluarga..ada yg sakit ke..kna hti2sgt terlbih terkurang...risau klu terlbih...
BalasPadamsalam jumaat...
BalasPadamhah??biar betul vita C tu?
Salam Jumaat..syukran berkongsi info..
BalasPadamsalam jumaat
BalasPadamAllahuakhbar... menjadi iktibar pada kita kan kak cerita ni...ya Allah, kadang kita tak sedar...
BalasPadamskrg ni memang atie dah start amalkan minum air lemon.. sehari mesti minum...bagus juga utk buang toksin dlm badan...
ok.. sebenarnya kita kalau nak pilih vitamin, kena pilih yang semulajadi... sbb kebanyakan yang ada dipasaran adalah dari jenis sintetik....
BalasPadamyang sintetik ni la akan menyebabkan kanser.....
thanks for the info.......
BalasPadammsk sendiri 1 lg...kebersihan terjaga...
BalasPadamahaaa...air lemon..suka minum lemon tetapi mmg x ambil vitamin C...nasib baik x kerap mkn kat luar kadang2 je....adus perlu byk mkn kat umah lepas ni..takut!
BalasPadamViral dah benda ni .....Apa pun semuanya atas kehendak Allah, semua tu sebagai penyebab jer. Kan CH...mintak dijauhkan hendaknya
BalasPadam