Jumaat, 30 Oktober 2015

TADABBUR KALAMULLAH :: Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman..

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi hendaknya..
Perkongsian dari wasap group.. semoga bermanfaat..


~Tadabbur Kalamullah 23 Zulhijjah 1436H~

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِنْ قَوْلِهَا...

"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu..."[Surah an-Naml 19]

#Tertawa yg tidak berlebihan adalah ubat bg kesedihan. Pengaruhnya sgt kuat utk membuat jiwa gembira dan hati bahagia.

#Berkata Abu Darda' r.a:

"Sesungguhnya aku akan ketawa utk membahagiakan hatiku. Dan Baginda Rasul saw sendiri sekali sekala ketawa hingga nampak gerahamnya. Demikianlah ketawanya org yg berakal dan mengerti ttg penyakit jiwa serta rawatannya.

#Ketawa merupakan kemuncak kegembiraan dan keriangan, namun jgnlah berlebih2an. Kata pepatah:

"Janganlah engkau byk ketawa sbb byk ketawa itu mematikan hati"

#Maka senyumlah/ketawalah sbgmana Nabi Sulaiman ketawa ketika mendengar kata2 semut.

#Org yg murah senyuman dan selalu nampak riang merupakan petanda kelapangan dada, kemuliaan sifat, kemurahan hati, kewibawaan perangai dan kecerdikan fikiran.

#Satu dari NIKMAT Allah yg diberikan kpd penghuni SYURGA ialah ketawa. Firman Allah swt:

فَالْيَوْمَ الَّذِينَ آمَنُوا مِنَ الْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ

"Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu"[Surah al-Mutaffifin 34]

♡Senyum itu sedekah.. Tersenyumlah kerana itu satu kenikmatan!!♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

16 ulasan:

  1. Salam JUmaat kak..jom kita senyum dan ketawa bila kena waktunya..

    BalasPadam
  2. Salam Jumaat..
    Alhamdulillah sy memang suka senyum... jom amalkan senyum... :)

    BalasPadam
  3. Bukan aje sebagai terapi diri sendiri kan Yati. Bahkan org yg menerima senyuman pun senang hati. Apa pun tapi kalau terlebih-lebih memang tak baiklah jadinya. Samalah dgn ketawa.

    BalasPadam
  4. Aku bukan saja suka senyum T malahan suka jugak buat kawan2 ketawa kan...hepi kan org lain buatkan aku jd lebih hepi...Keep strong Fren...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dgn ko.. tak kering gusi di buatnya Aini.. masa sekolah paling suka waktu rehat.. dgr cerita ko sama dgn Ana Muin.. sakit perut ketawa.. rindu dgn ko ;)

      Padam
  5. Kadang kala kakak tersenyum sendirian bila baca n3 sahabat2 blogger kita yg mencuit hati.

    BalasPadam
  6. senyum dan ketawa sentiasa..ketawa tu je kadang2 undercontrol..selalu berlebihan kekdahnya..kena beserderhana kan

    BalasPadam
  7. pagi2 jumaat nie nak senyum jer....tetapi pagi2 dah menyirap nie kat opis. hahahaha banyak kena sabar lagi nih hati muda nih

    BalasPadam
  8. hari2 pon mesti ada drama ketawa lagi2 bila anak2 buat lawak bodoh depan ibu dia ni...hehehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)