Jumaat, 27 November 2015

APAM LABU LEMBUT DAN GEBU ..




Buat apam labu ni pada hari Ahad yg lalu.. hehehe dah jadi baja organik baru nak update entri kan.. Ni kakak lah nampak labu yg menguning cantik tu.. ambil 1/4 bahagian jer.. cukup-cukup utk resepi ni. Mula-mula tergoda dengan Kak Rose blogger My Kuali tu tayang.. sudah teringin nak makan..


Ternyata sedap sekali.. lembut.. gebu dan kekal lembut hingga ke petang.. buatnya tidak lah susah sangat..
Mohon share resepi ye Kak Rose :)

RESEPI APAM LABU

Bahan A
  • 3 s/b Tepung gandum (ratakan)
  • 2 s/t   Yis
  • 1 s/t  Gula Kastor
  • 3 s/b Air Suam
Bahan B :
  • 230 gm Labu direbus lembut
  • 150 gm Gula
  • 1 biji telor
  • 150 ml Santan Pekat
Bahan C :
  • 200gm tepung gandum
  • 1 1/2 s/t Baking Powder (Ayak sama tepung)




Caranya membuatnya :-

1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5-10 minit.
2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dalam pengisar dan kisar halus. Tuangkan dalam mangkuk adunan.
3. Masukan bahan C ke dalam adunan B yg dikisar sedikit demi sedikit dan Kacau rata dan sebati.
4. Masukan pula bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Perap adunan sehingga 1 jam , ditutup mangkuknya.
5. Panaskan kukusan dan tuang adunan tadi kedalam bekas kecil atau loyang yg telah disapu minyak dan kukus sehingga masak (kalau bekas kecil kukus 15-18 minit)
6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yg digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.


Makan lewat petang pun masih lembutdan gebu apam labu ni.. tak rugi membuatnya sebab anak-anak pun suka :D

SELAMAT MENCUBA

12 ulasan:

  1. sedapnye kak..first time tgk apam labu..mesti sedapppp...

    BalasPadam
  2. X pernah merasa lagi apam labu ni..cantik betul kejadiannya..kalernya..mengoda..

    BalasPadam
  3. Kakak tak pernah makan dan tak pernah buat juga ni Yati
    Ye menarik tu warna kuning labu dia - tengoklah bila-bila kakak rajin boleh jug anak buat sebab rumah kakak selalu ada labu sebab kebun bapak kakak ada tanam. Memang selalu ada. Sekarang tapi bila dah selalu buat sayur, kuih macam jemu. Cuma apam ni tak pernah buat lagi..

    BalasPadam
  4. labu samada dimasak utk lauk atau dibuat kuih memang sedap..

    BalasPadam
  5. tengok Yati buat, teringin nak makan la pulak.... mmg sedap kan, lemak manis n lembut je!

    BalasPadam
  6. SEDAP NI BOLEH DICUBA...TQ RESEPINYA.

    BalasPadam
  7. alahaii sedapnya lah kak.. jarang dapat makan apam labu ni... :)

    BalasPadam
  8. Waduhhhhh lapo sy kak bla tgk niiii

    BalasPadam
  9. Macam senang je membuatnya. Pernah buat apam tapi tak menjadi. Mungkin patut try resepi ni pulak :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)