Selasa, 3 November 2015

ASPARAGUS SOS LADA HITAM

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam kemanisan iman hendaknya :)

Masak asparagus sos lada hitam ni masa petang ahad tu.. setelah lauk tengahari tu selamat habis pada tengahari tu juga hahaha..
Penyudah petang tu kena masak lagi untuk makan malam dan juga utk bekalan kakak nabilah ke madrasah..



Inilah kali pertama saya beli asparagus ni kekawan.. tak tahu nak masak pada mulanya.. jadi pergi cari kat google .. jadi jumpa lah resepi ini di My Resepi.. Boleh lah cuba mana tahu sedap.. perghhh memang ternyata sedap kata Nabilah dan Najeeha.. Siap pesan nanti mama beli lagi sayur ni ye.. ni lah pertama kali kita makan mama.. hahaha.. punya lah ketinggalan zaman..



Yang ni saya punya... sayur asparagus tumis kosong jer..tak de maknanya.. ko sekarang ni yati nak bersos lada hitam tu ye.. perut tu kena jaga dulu .. bila dah elok baru ko merasa ye huhuhu..
Bertabahlah ko ye yati.. berpantanglah ko 100 hari ye hahaha..

Jomlah intai resepi yg mudah amat ni ye ;)

RESEPI ASPARAGUS SOS LADA HITAM

Bahannya :-
  • 1 ikat asparagus (kerat dalam 3 inci)
  • 1 batang karot merah (potong ikut suka anda)
  • udang sayur semangkuk kecil (manis rasanya)
  • 2 ulas bawang putih *dihiris
  • 2 ulas bawang merah *dihiris
  • 3 sudu besar sos lada hitam( saya guna sos yg gambar diatas tu)
  • garam 
Caranya :-
  1. Tumis bahan hiris sedikit wangi, kemudian masukan udang, kacau sebentar.
  2. Kemudian letak sedikit air dan masukan karot dulu, selepas karot hampir masak baru dimasukan asparagus ni, ini kerana asparagus cepat masak.
  3. Selepas tu masuk sos lada hitam dan garam, gaul mesra sehingga asparagus masak.
  4. Angkat dan siap dihidang.


14 ulasan:

  1. Kakak pun dah bertahun2 tak beli sayur asparagus ni yatie....rasa nya anak2'kakak pun tak pernah makan.Dulu kakak selalu beli dan masak berbagai seperti goreng belacan seperti tumis kangkung ,ada juga resepi2 lain.

    BalasPadam
  2. SY SUKE MAKAN ASPARAGUS...TP EN ASBEEN SOYA TAK SUKE SGT...KIKIKIKIK

    BalasPadam
  3. Oh.. baru pertama kali beli ye Yati
    Lepas ni boleh beli selalu. Kakak suka bahagian hujungnya:)
    Tapi itulah rumah kakak cuma kakak, abang dan Mak Zah aje yg suka
    Lain kali kakak cuba resepi Yati ini..

    BalasPadam
  4. Sayo asparagus ni memang feberet anak beranak tapi tak.bole makan selalu sebab mahal....kikiki

    BalasPadam
  5. mmmmmm sedap nampaknya......
    Yati memang tak boleh makan makanan yang berlada ker buat masa ni.......

    BalasPadam
  6. Lama tak beli sayur asparagus ni CH.... sejak dah berhenti kerja ni, tak sampai hati pulak nak soping sayur mahal mahal haha..... Masak sayur buh sos lada hitam mmg sedap CH. Kalau Okje tak suka buh air sangat. Biar dia melekit lekit dengan minyak gitu. Memang perghlah....

    BalasPadam
  7. saya makan kailan ikan masin jer.... hat lain semua tak makan sayur. hahahaha

    BalasPadam
  8. Knor pun suka asparagus ni...goreng apa pun sdpkan...

    BalasPadam
  9. Asparagus memang sedap. Tapi jarang saya jumpa kat pasaraya tempat saya.

    BalasPadam
  10. saya beli sayur ni bila ke CH aja..:)

    BalasPadam
  11. wah terima kasih kongsi resipi kak..hehehe..bila nak2 suka tu petanda baik..alhamdulillah..

    BalasPadam
  12. wahh dah lama tak beli asparagus, sekarang mahal betul, tgk kadang tuh sampai dekat rm10 secekak kecik tuh...

    BalasPadam
  13. sedap nih...boleh cuba biasa saya masak dengan sos tiram je asparagus ni

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)