Khamis, 26 November 2015

MALAM ANUGERAH PERKHIDMATAN LZS - 7 November 2015

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi jua hendaknya..
Hendak jua mengabadikan kenangan di blog kecik saya ini tentang Anugerah Perkhidmatan  20 tahun di LZS..
Sempena 20 tahun perkhidmatan, tahun ini saya menerima Sijil Simpanan Premium berjumlah RM1,500.00. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yg telah memberi rezeki kepada saya.

Saya ambil gambar ni dari FB Sabri
Sepatutnya saya bersama dua rakan saya ini diatas pentas,malangnya saya tidak dapat menghadirkan diri atas sebab kesihatan yg tidak mengizinkan. Pada tarikh itu saya baru jer discaj dari hospital.. terasa sedih juga sebab tidak dapat meraikan bersama-sama rakan seperjuangan saya. Hanya tinggal kami bertiga dari lebih 30 orang yg berkhidmat pada tahun 1995 itu. Shamshuri (sebelah kanan tepi) yg sama masuk berkhidmat dengan saya pada 2 Jun 1995 dan Mohd Sabri (sebelah kiri tepi) ini masuk awal, rasanya dalam bulan Mac 1995. 

Ini Anugerah Perkhidmatan 15 tahun saya pada tahun  2010. Tahun ini tiada dapat plak kenangan macam ni..

Pada tahun 2010 tu juga saya mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Eksekutif Terbaik dengan Wang Tunai RM1,000.00.
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi .. 

Ini pula Anugerah Perkhidmatan 10 Tahun pada tahun 2005 pada masa itu dikenali dengan nama Pusat Zakat Selangor sebelum di tukar kepada Lembaga Zakat Selangor pada tahun 2007.

Ini pula Anugerah Perkhidmatan 5 tahun pada tahun 2000. 
Pada saya , yang penting perkhidmatan saya ini mendapat redha Ilahi.. Mardhotillah..
Teringat saya ceramah Ustaz Pahrol Juoi di Town Hall yg lalu.. Kata beliau 
"Jadikan tempat kerja kamu seperti SEJADAH"
Yakni bila disebut sejadah adalah lapik  kita beribadah untuk bersolat.
Jadi bila kita jadikan tempat kerja itu seperti sejadah , maka kerja kita itu satu ibadah.
Wallahualam...

19 ulasan:

  1. alhamdulillah rezeki.. take care kak =)

    BalasPadam
  2. Allhamdulillah.. tahniah ya kak.. sllu juga teringat yg kerja itu juga satu ibadah..
    jaga diri baik2 kak... moga cepat sembuh...

    BalasPadam
  3. tahniah akak...dah 20 tahun servis, lama juga tempoh tu. terima kasih ingat-mengingati. moga kerja kita sentiasa mendapat redha allah.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...tahniah kak...murah rezeki akak.....

    BalasPadam
  5. wah kak! 2 dekad dah kerja ditempat sama
    tahniah ye. saya ni dah masuk tahun ke 9 pun dah senak..hehe
    sekali algi tahniah dari saya

    p/s-pasal kolam ikan tu, ye memang ada banyak ikan talapia dalam tu. milik PIL saya

    BalasPadam
  6. tahniah kak..
    dah 2o tahun.. kagum..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..murah rezeki akak..;D

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah... bukan penghargaan yg diminta tapi pihak management sendiri akan tahu menilai sebenarnya Yati. Tahniah dari kakak.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah tahniah kak...moga murah lagi rezeki akak lepas ni dan terus sukses dalam kerjaya...

    BalasPadam
  10. Tahniah boleh bertahan sehingga 20 tahun....memang patut mendapat penghargaan.

    BalasPadam
  11. tahniah ...staff yg berdidikasi sepatutnya dihargai.

    BalasPadam
  12. Tahniah kak...syukur sangat..dalam Allah beri ujian kesakitan...berkat kesabaran akak..Allah juga hadiahkan rezeki..,kegembiraan..alhamdulillah kak..

    BalasPadam
  13. Tahniah...moga terus cemerlang lagi

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah rezeki.. tahniah atas kejayaan :D

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah rezeki..tahniah dah berkhidmat sekian lama.

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah rezeki..tahniah dah berkhidmat sekian lama.

    BalasPadam
  17. Tahniah CH.....Rezeki dari Allah, alhamdulilahkan.... Bersusun nampak piala tu hihi....Wahhh baguslah LZS ni, 5 tahun kerja pun dapat something. Terasa dihargaikan kalau macam tu....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)