Selasa, 24 November 2015

WRAP CHICKEN SIMPLE DAN MUDAH emmmm dapnyaaa.. :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah jua hendaknya..

Semalam saya pergi follow up untuk sakit Tiroid saya ini.. pepagi pukul 8.00am saya dah sampai ke DEMC Hospital sebab nak ambil darah pukul 8.30am tapi nurse tu tengok saya dah sampai awal terus bagi borang utk pergi ambil darah. Lepas saya ambil darah tu, nurse tu kata akak datang pukul 10.30am balik ye, jadi saya ambil kesempatan utk pergi ke SRII Alhana utk ambil buku latihan utk Najeeha buat latih tubi dirumah, itu persediaan UPSR yg di suruh oleh Pengetuanya... Lepas tu pergi pulak ke Madrasah Kak Nabilah, malam tu ustazah dia mesej, minta tolong hantar telekung dia yg tertinggal.. Aduhai kakak seorang ni..
Selepas tu pergi semula ke DEMC Hospital berjumpa dengan doktor pakar , Alhamdulillah keputusan darah saya semakin baik.. doktor terperanjat juga sebab perkembangan yg baik, sebelum ni ujian darah saya tu 40 dan bila ujian pagi tu dah 28 , Alhamdulillah kata doktor semakin baik, jadi minggu depan datang lagi utk check darah kata doktor. Kalau minggu depan semakin baik, kita perlu check darah 3 bulan sekali..

Balik dari DEMC tu saya dah kepenatan, memang pun tanda-tanda sakit tiroid ni selalu penat, macam bateri low sangat, jadi makan tengahari kami hari tu hanya wrap chicken ajer lah.. itu pun mereka dah gembira :)
Beli wrap tu hari sabtu sudah, masa tu pergi giant Plaza Massalam dengan Najeeha.. dia yg beriye sangat nak beli wrap ni..
Puas hati buat sendiri .. boleh makan banyak.. kalau di KFC tu.. kecik aje :)

Ini resepi apa yg ada dalam petiais saya je lah kekawan.. Hahaha ~__^

RESEPI WRAP CHICKEN

Bahannya :-
  • Sebungkus wrap (saya beli Mission dlm tu ada 8 keping)
  • 2 keping dada ayam - potong dadu
  • 1 biji bawang Holland - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - potong dadu
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • brocoli potong kecil
  • karot (saya sagat)
Caranya :-
  1. Garam kan ayam yg dipotong dadu, kemudian goreng sebentar separuh masak.
  2. Lepas tu tumis bawang sehingga wangi, kemudian masukan sos dan tomato yg di potong dadu, selepas tu masukan ayam yg digoreng sebentar tadi.
  3. Kemudian masukan karot dan brokoli, kacau sebentar, jika dah masak boleh diangkat dalam pinggan. Ketepikan.
  4. Kemudian bakar wrap didalam non stick pans.. Saya bakar dalam microwave selama 1 - 2 minit sahaja.
  5. Lepas tu bentang wrap yg telah dibakar tadi dan letak isi ayam yg telah dimasak tadi.
  6. Kemudian gulunglah wrap tu.. terpulanglah nak buat macam mana janji di gulung. Lepas tu boleh dikerat dua kalau suka.



En. suami rupanya dia pergi check gigi dia yg sakit tu.. rupanya ada beberapa gigi geraham yg berlubang, jadi doktor tampal sementara dulu, selepas tu baru tampal yg kekal.
Oleh kerana saya hanya buat wrap chicken ni.. dia pun terpaksa lah makan ni ajer.. dia kata okey sebab lembut juga wrap ni :)


13 ulasan:

  1. elok sangat jenguk sini pagi ni..baru teringat ari tu pon ada beli wrap kat Giant..ada lah idea nak buat nanti..:)
    semoga hari demi hari bertambah baik tiroidnya.

    BalasPadam
  2. wah..sedap...puas hati kalau buat sendiri.boleh makan banyak

    BalasPadam
  3. Salam Kak..
    moga beransur sihat lah ya kak...harap2 cepat sembuh tiroid akak.. ohh memang mudah letih ya kak....
    wrap chicken pun nampak sedap & menyelerakan sangat tu..:)

    BalasPadam
  4. yummy....bleh la rietta cuba lpas nie...

    BalasPadam
  5. SYUKUR KSHTAN SEMAKIN BAIK...SEDAPNYA CHICKEN WRAP...WRAP BANYAK2 KENYANG MKN..

    BalasPadam
  6. Harap-harap lepas ni jumpa 3 bulan sekalilah Yati
    Lepas tu biarlah terus pulih sepenuhnya.
    Wrap ni anak kakak suka buat Yati. Malam-malam org tidur mereka boleh kat dapur buat makanan ni. Cuti sekolah dapur kakak tak cuti siang-malam:)

    BalasPadam
  7. sedapnyeeeee... terima kasih kak atas resipi nye.
    nak cuba lah.

    Moga Akak cepat sembuh yer~

    BalasPadam
  8. Masa anak kakak fateha cuti tempohari selalu dia buat wrap ni....berbagai bahan dimasukkan sampai tak boleh nk gulong...kakak lebih suka perasa bawang putih.
    Harap yatie terus beransur sembuh dari sakit.

    BalasPadam
  9. dh lama falsya xbuat chicken wrap nie..dinner kang nak buat la..hehe

    BalasPadam
  10. Rajinnya awak CH....Kalau mak, pantang keluar rumah, mmg tak akan masuk dapur le jawabnya hihi...

    Hari tu okje buat kebab , adik beradik jugaklah dengan Chiken Wrap ni kekdahnya....hihi...
    Syukur ye CH semakin baik result darah tu
    Awak ada makan apa apa herba alternatif ke CH?

    BalasPadam
  11. sdp nih kak... dana pun suke sesekali layan wrap....
    boh sosej beso seketui syr ngn keju selalu bt gitu je kak

    moga sembuh spt sediakala kak

    BalasPadam
  12. Eh, CH tak sihat ke? Lama sangat tak ke sini, satu apa pun tak tahu! Semoga keputusan ujian darah CH terus-terus baik yerk.

    La, kalau tak baca entri ni selalu aje tak tahu nak buat apa lagi dengan wrap yang ada. Selalu juga beli tapi tak selalu nak mempelbagaikan resepi yang boleh. Nanti-nanti nak cuba jugalah tapi saya kena alter resepi, dalam rumah semua tak makan sayur kecuali HD!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)