Khamis, 10 Disember 2015

APAM GORENG ... sarapan pagi :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik jua..

Pagi hari khamis yg indah... hahaha.. jgn nak bermadah yati oiii..
Pagi tu Najeeha tanya "Sarapan apa mama?"
"Entahlah , tak tahu apa nak buat ni" Jawab saya..
"Lama mama tak buat apam goreng, lagi pun sambal tumis ikan bilis mama malam tadi ada lagi" Sarannya kepada saya..
Apa lagi laju lah saya ke dapur kerana bahan2 nya semua ada, tinggal di bancuh ajer..
Masa menunggu perap tu, saya keluarkan sambal tumis semalam utk dipanaskan..
Semerbak satu rumah.. lagi lah perut digamit kelaparannya..



Semasa saya memasak tu, saya dah buat air dan sambal tumis tu dah terhidang di meja.. apa bila siap satu.. hilang satu.. siap jer hilang jer.. rupanya dua beranak tu dah kelaparan sangat.. tu yg tak menyempat tu hahaha..
Tambah hari hujan laju jer lah mereka makan.. 
"Nabil makan apam ajer tau jangan cicah sambal "kata saya..
"Baik mama, makan macam ni pun sedap" akur dia dengan perintah saya.. Dia punya anu pun dah semakin baik.. InshaAllah hari jumaat ni nak balik kampung en suami.. semoga dipermudahkan..

Resepi apam goreng ni, saya masih guna resepi yg sama, rasa serasi pulak dengan tekak kami anak beranak..


RESEPI APAM GORENG
Bahannya :-
  • 500 grm tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 1/2 cawan air
  • 1/2 peket yis mauripan
  • secubit garam halus

Caranya:-
  1. Masuk semua bahan diatas, gaulkan sekata, kemudian baru dituang air sedikit-sedikit kacau bahan tersebut sehingga tidak berketul.
  2. Perap adunan tadi selama 1 jam.
  3. Apabila adunan dah elok naik kembang, panaskan pemanggang, layerkan  dgn sedikit minyak.
  4. Kemudian sendukan adunan kedalam pemanggang dan tutup
  5. Apabila dah lima minit, terbalikan apam tadi, tutup semula.
  6. Ulang sehingga bahan habis.
  7. Siap dimakan bersama sambal ikan bilis @ sambal sardin.


21 ulasan:

  1. Makan macam tu pun mesti sedap sebab dah ada gula, kan? Tambahan dimakan panas-panas... :)

    BalasPadam
  2. Makan panas-panas masa sejuk di wkatu hujan memang syoklah ...

    BalasPadam
  3. Alahai tgh lapar...dapur plak ada brg2 cikit2 jea..xnak buat stok sbb dh nk blk kg..

    BalasPadam
  4. sedapnya..yan biasa cicah kuah durian..

    BalasPadam
  5. alamak sedapnya..kalau lawan ngan kopi ni mmg terangkat ni kak hihi

    BalasPadam
  6. Dari sehari ke sehari kakak nak buat ni Yati tak terbuat-buat.
    Sebab masa kakak balik dari kg hari itu ada beli makan tak puas tu rasa nak buat sendiri tapi tak terbuat lagi.

    Kakak suka makan dengan sambal sardin:)

    BalasPadam
  7. makan dengan sardin atau sambal bilis pun sedap nih....

    BalasPadam
  8. ooo gaya mcm pancake lak kak.... sedap nih mmg sesuai sgt mkn ngn sambal bilis tuh... ngn sambal sadin pun perkkh sedap

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak... singgah sini dan follow teratak akak.. follower no#475..

    Sedapnya apam tu cicah dengan sambal bilis... ish2

    BalasPadam
  10. apam cicah sambal sedap tu mengenyangkan utk sarapan.

    BalasPadam
  11. Apam goreng...first time tgk..cicah dgn sambal mmg sedap

    Skrg cuti slkh pening juga nk bekpes apa....

    BalasPadam
  12. Sis guna minyak bnyk x, Cikna buat ritu masa buh kat kuali time nk meleper tu adunan ikut senduk sudahnye jadi cekodok je,huhuu....;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak Cikna.. hanya oles sedikit aje.. pakai pan non stick pun boleh.. macam kita buah lempeng tu.. jgn bubuh minyak byk..

      Padam
  13. Kalau apam panas-panas makan gitu saja tanpa kuah pun sedap...

    BalasPadam
  14. wauuuu hebat lah akak buat...sedapnya terliur julia baca resepi tu...

    BalasPadam
  15. Pak mertua kita suka apam bakar ni CH..Menantu diapun suka jugak hihi ....Cuma jarang buat jer. Dasar pemalas sungguh

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)