Selasa, 22 Disember 2015

CARA SOLAT SELEPAS BERKHATAN ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya..


Kisah nabil berkhatan datang lagi :) Alhamdulillah dah sihat pun dia tu, cuma nak cerita macam mana dia menunaikan solat selepas berkhatan itu hari, masa mula-mula tu dia solat duduk atas kerusi, gambar yg diatas selepas seminggu lebih dah boleh solat seperti biasa.. cuma nak tunjuk macamana dia pakai kain pelikat ketika solat tu.. Abah dia kata ikat kain pelikat tu kat tengkuk nabil nanti mudah nak solat dan kain tu tak kena kat anu nya yg di cut tu ~__^.
Diatas pandangan dari belakang..


Sekarang gambar Nabil solat dari pandangan sisi (seperti gambar diatas), bila di tengok kain pelikat tu jadi mengelembong, jadi tak lah tergesel , bila pergerakan solat dilakukan.. tengok pun macam mudah jer nabil solat tu.. Alhamdulillah semoga dia menjadi anak yg soleh dan sentiasa menjaga solatnya.. anak-anak ni walaupun dah tahu solat tapi kita kena bimbing juga.. selalunya selepas solat maghrib ada penilaian solat dan bacaan dalam solat.. teringat kata-kata ustaz saya dulu, pisau kalau selalu digunakan tumpul juga kan.. begitu juga bacaan kita.. kekadang ada kesalahan yg kita tidak perasan.. InshaAllah nanti saya kongsikan buku penilaian solat dan tertibnya.. 

8 ulasan:

  1. alhamdulillah tak tinggal solat walo dlm kesakitan anu tuu., huhu2

    BalasPadam
  2. Tanggung-jawab kita Yati selagi anak-anak di bawah jagaan kita. Apa lagi Nabil yg belum baligh lagi tu.

    BalasPadam
  3. hihi comel lak CH..alhamdulillah pandai jaga solat,semoga terus membesar sebagai putera yang soleh buat ayah bondanya..aamiin.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah walaupun tak sihat...masih boleh solat..baguih tu kakak

    BalasPadam
  5. Kikiki...lucu tapi sangat praktikal..moga nabil jadi anak soleh dunia akhirat

    BalasPadam
  6. gd sharing! bersunat pun tetap kena solat. :)

    BalasPadam
  7. kihkihkih.....gambar ni akan jadi kenang kenangan Nabil nanti....Bagus Nabil, yg penting...tetap kena solat :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)