Jumaat, 11 Disember 2015

IKAN CENCARU MASAK KICAP

Salam petang yg ceria kekawan :)

Sebenarnya ikan cencaru ni saya nak masak macam solok lada yg di buat oleh blogger Kak Rose dari Blog My Kuali tu, dah siap belah belakang ikan tu , suruh adik yg tukang siang tu.. malangnya saya terlupa nak beli kelapa.. dah lah itu bahan utamanya.. jadi nak ke kedai dalam weekdays .. memang lah malas nak singgah sebab nak terus cepat sampai rumah nak masak.. maka jadilah lauk ini , ikan cencaru masak kicap.. ~__^.

Lama dah tak masak kicap ikan, jadi bila saya masak ni bertambah-tambah anak-anak makan.. Nabil masih berpantang lagi.. saya goreng kan ikan tenggiri utknya..
Resepi versi ikan cencaru masak kicap ni memang mudah kekawan.. Janji anak2 kenyang dan sedap kata mereka..

RESEPI IKAN CENCARU MASAK KICAP

Bahannya :
  • 2 ekor ikan cencaru sederhana besar dikerat dua.
  • 1 biji bawang besar - dihiris sedang
  • 2  ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • Herba 4 sekawan,  1 bunga lawang, 2 pegaga, 1/2 kayu manis dan 2 bunga cengkih
  • 2 biji cili hijau dikerat 4
  • 1 biji tomato di kerat 6
  • 1 cekak sohuun - direndam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 1/2 cawan air
  • Garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Garam dan kunyitkan ikan, kemudian goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak sama, kurangkan sikit minyak tu , tumis bahan hiris, herba 4 sekawan, cili hijau, apabila semua telah sedikit layu, angkat, ketepikan.
  3. Lepas tu masukan air, kicap pekat dan lemak manis, didihkan air, letak sohuun pulak, apabila sohuun separuh kembang, masukan tomato dan garam.
  4. Kemudian masukan bahan tumis tadi dan ikan goreng tadi. Gaul mesra semua sehingga merisa kedalam ikan.
  5. Angkat dan siap utk dihidang.


18 ulasan:

  1. Yg sebenarnya air tangan ibu yg buat sedap. Masak apa saja pun sedap

    BalasPadam
  2. Aduhai sedapnya...kalau SA kan masak kicap ikan letak sos tomato dan sos cili skit...sedap..

    BalasPadam
  3. Kak ni kalau PC kan...makan memang bertambah...

    BalasPadam
  4. lama gak tak ikan goreng kicap ni yumyum

    BalasPadam
  5. Boleh try nanti ni...
    Biasanyer kalu cencaru bunda selalu goreng sumbat belakang atau goreng buat masak asam atau taucu...

    BalasPadam
  6. Saya sukalah lauk simple macam masak kicap ni. Kalau saya even telur masak kicap pun saya makan dengan penuh berselera ^_^

    BalasPadam
  7. Oo... lain kali kakak cuba letak suhoon macam Yati ni
    Biasa kakak tak letak.

    BalasPadam
  8. arwah mak nekcik pun selalu memperbagaikan cara masak ikan cencaru..sebab katanya ikan ni kurang rasa..selalunya di goreng kunyit dulu..baru dimasak kicap atau asam..senang makan tak banyak tulang

    BalasPadam
  9. dah lama xmerasa masak kicap ikan cencaru ni, berpantang juga mcm nabil heh..heh...

    BalasPadam
  10. campur dengan soun ya...selalu campur dalam sayur je

    BalasPadam
  11. meriahnya lauk CH, suami ana suka ikan cencaru ni, ana je macam kurang sikit sebab masa dalam pantang ni lah menu yang mak bagi selama 40 hari tu hari-hari cencaru...kadang2 je dapat tukar ikan lain hihi :)

    BalasPadam
  12. Sedap ni.
    Lama betul saya tak masak kicap style bersoo oon dan potong bwng baji2 mcm ni. Tp kami buat dgn kentang je.. tak bubuh ikan. Next time boleh la cuba resepi Nur ni. Tq.

    BalasPadam
  13. Ms kecik mama sy slalu msk lauk ni hari2 mkn xjemu

    BalasPadam
  14. Ikan caru ni kalau kita beli mmg tak pernah siat kulit CH... keras gitu jerlah hihi...

    Masak kicap mmg faveret seisi rumah cuma tulah .....naik jemu tukang masaknya haha

    BalasPadam
  15. masak kicap fav anak sulung kaknoor sbb dia memang tak suka pedas
    anak2 lain semua nya suka pedas yatie, bila dia tengok ni mesti suka bangat ni

    BalasPadam
  16. Xde kicap pekat blh x...pke kicap mnis je..

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)