Rabu, 9 Disember 2015

Jangan PERTANYAAN Kita Jadi PENYEBAB..






Tazkirah hari petang ini :

a) Kisah Pertama : Seorang saudara lelaki bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah saudara perempuannya itu melahirkan seorang bayi yang comel.
"Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?" "Tidak ada." Jawabnya ringkas. Saudara lelakinya berkata lagi, "Mana mungkin, adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap memberikan hadiah untuk isteriku walau tiada alasan yang istimewa." Petang itu, ketika suaminya penat pulang dari bekerja, terlihat isterinya sedang merajuk di rumah. Mereka berdua telah mengalami pertengkaran kecil. Selang beberapa bulan kemudian, antara suami dan isteri ini terjadinya perceraian antara mereka. Dari manakah punya masalah rumahtangga mereka? Dari ucapan dan pertanyaan kecil yang diucapkan oleh saudara lelaki kepada isterinya.

a) Kisah kedua : Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya.
"Kamu tidak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak-anak kamu sudah ramai?”
Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan yang selama ini membajai rasa kasih di dalam keluarga, juga turut menghilang. Ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana mencuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya.

c) Kisah ketiga : Seorang kawan bertanya.''Berapa gaji kamu sebulan?" Kawannya menjawab, "1 ribu ringgit." "Hanya 1 ribu ringgit? Terlalu sedikit majikan kamu menghargai dirimu. Adakah cukup untuk memenuhi keperluan hidup kamu? "
Sejak saat itu dirinya membenci pekerjaannya. Lalu meminta kenaikan gaji pada majikannya. Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya. Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur.

d) Kisah keempat : Seseorang bertanya kepada makcik tua. "Berapa kali anak-anak makcik datang mengunjungi makcik dalam sebulan? " Makcik itu menjawab, "Sebulan hanya sekali." Si penanya menempelak, "Wah keterlaluan sekali anak-anak makcik. Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi." Hati si makcik menjadi sedih. Sedangkan tadinya dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak-anaknya. Makcik tadi mula menangis. Ini memburukkan kesihatan tubuhnya.

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan-pertanyaan di atas? Jagalah diri kita dari mencampuri kehidupan orang lain. Mengecilkan dunia mereka, itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki. Jika terus berperilaku seperti itu, kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini. Andai ada bom yang meletup, cubalah periksa diri. Adakah kita yang menyalakan sumbunya.....

Utk renungan bersama. Wallahuallam

11 ulasan:

  1. betulll..elakkan diri bertanya soalan yg tak perlu

    BalasPadam
  2. setuju kak.... tak pelu masuk campur hal org lain dan org lain masuk campur urusan kite....adakala pendapat2 mereka yg akan memakan diri.....

    BalasPadam
  3. lebih baik kita diam jika kita dapat berbicara sesuatu yang baikkan, sedikit pertanyaan boleh membuatkan hati terluka

    BalasPadam
  4. yg bertanya sekadar berbahasa n harus bijak juga menerimanya sbb masalah kita hanya kita yg tahu.

    BalasPadam
  5. Berfikirlah dahulu sebelum mengucapkan sesuatu. Dan kita yg mendengar juga harus bijak menilai akan baik dan buruknya

    BalasPadam
  6. Berfikirlah dahulu sebelum mengucapkan sesuatu. Dan kita yg mendengar juga harus bijak menilai akan baik dan buruknya

    BalasPadam
  7. dulu pernah gak belajar teori... "thinking, feeling, action"

    BalasPadam
  8. orang zaman sekarang jenis tak.jaga hati orang..main lepas je

    BalasPadam
  9. sbb tu pentingnya berfikir sblm berkata...sbb kita x tahu brg kali kata2 kita mungkin akan mengguris perasaan seseorg

    BalasPadam
  10. setuju... kekadang soalan tu mcm simple..tp sebenarnyer mungkin menjadi penyebab.....baik diam je

    BalasPadam
  11. Mmg fenomena biasa berlaku ni CH..
    Namanya pun manusia.... syaitan disekeliling kita untuk menghasut.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)