Khamis, 28 Januari 2016

Alhamdulillah SUJUD Syukurku Kepada ALLAH... Ampunilah Dosa-Dosaku..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya.

Semalam saya pergi follow-up sakit tiroid saya tu.. memandangkan pada 2 minggu sudah iaitu 13/1/2016 bacaan darah saya tidak begitu menggembirakan jadi doktor suruh saya datang lagi 2 minggu utk check darah dan buat ultrasound tiroid. Alhamdulillah untuk bacaan darah Thyroid Function kembali NORMAL..

Thyroid Stimulating Hormone 0.60 mIU/L (0.27-4.20) bacaan inilah yg naik mendadak 2 minggu sudah tu yg doktor risau..
Free T3 4.5 pmol/L (3.5-6.5)
Free T4 13.5 pmol/L (9.025-25.0) 

Alhamdulillah.. itu yg keluar dari mulut saya bila doktor menunjukan keputusan itu kepada saya. Kita kena berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah untuk menyembuhkannya.


Ini pula keputusan ultrasound di leher saya tu.. keputusan pun alhamdulillah .. tengok ulasan Dr Ahmad Afkhar yg buat ultrasound tu " Several small well defined hypoechoic lesions in both thyroid lobes, likely begin in nature" 

Gambar ultrasound ni pun tunjuk dan terangkan semakin normal . Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. saya tak perlu lagi telan ubat ni banyak2.. doktor suruh makan 1 biji jer sehari.. sebelum ni 6 biji sehari.. 
Lepas tu berat badan saya sudah naik ke 51kg semalam, 2 minggu sebelum ni 48kg.. terperanjat Dr Aizan.. perkembangan yg baik katanya 2 minggu dah naik 3 kilo.. hahaha orang sibuk nak kurus saya sibuk nak menaikan berat badan.. saya nak back ke BMI yg ideal iaitu 58kg.. teringat komen Kakcik di blog hainom Okje.. bila saya kata saya ni dah tinggal rangka.. Kakcik kata dulu dia turun sampai 20kg.. sekarang biarlah gemuk kata kakcik asalkan tak telan ubat banyak-banyak.. komen kakcik tu menaikkan semangat saya utk segera sembuh dan tak perlu telan ubat banyak2. Terima kasih kakcik memotivated saya :)
Disamping itu saya ambil makanan tambahan iaitu B17 biji aprikot, VCO dan Teh daun belalai gajah.. itulah usaha saya.. Bermula berdoa kepada Allah, berusaha dan bertawakal kepada Nya utk menyembuhkan..


21 ulasan:

  1. alhamdulillah..smoga cpt baik...letih juga kena mkn ubat byk2 kn..nasibaik dh tk perlu mkn ubt byk2 lg

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.semoga semakin sembuh.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, moga semakin pulih ye akak.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, saya yang baca pun tumpang gembira :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah semoga kesihatan yatie bertambah baik. Pengambilan suppliment memang digalakkan.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah.semoga semakin sembuh.
    Saya doakan perjalanan dipermudahkan..

    BalasPadam
  7. Sakit itu penghapus dosa dan semakin mendekatkan kita pada Allah paling penting bagaimana cara kita menerima dan menghadam apa yg telah Allah berikan kepada kita.

    BalasPadam
  8. syukur alhamdulillah dh semakin sembuh bersabarlah dgn ujian-Nya.

    BalasPadam
  9. Syukur alhamdulillah... dah semakin pulih. Gemuk bukan penanda aras kesakitan dan kurus bukan penanda aras badan sihat. Yang penting penyakit bahaya tak mengongsi badan kita..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...

    Kakcik dah lama berhenti makan ubat thyroid, bukan atas saranan doktor tapi kakcik sendiri dah jelak makan ubat... :(

    BalasPadam
  11. Alhamdullilah, semuga terus sihat dan dijauhkan dari segala panyakit... berusaha untuk sembuh dan bertawakal, dan selebihnya Allah yang tentukan..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah...
    Ya Allah, kurusnya sis.. semoga betul2 sembuh nanti ya

    BalasPadam
  13. alhamdulillah yatie syukurlah semua dah normal yg tk normal satu ke org lain sibuk nak kurus yatie pulak nk gemuk, oklah tu asalkan kita tau apa yg kita buat

    BalasPadam
  14. Yelah yati kalau dah tinggal 48kg memang dah macam budak remaja aje dah. Betul kata Kakcik tu telan ubat bebanyak pun kurang baik utk kidney kan.. moga terus sembuh. Tapi dah bersyukur dah sebab kalau dulu telan 6 biji sekarang tinggal sebiji ok sangat dah..

    BalasPadam
  15. Alhamdulilah...tumpang gembira bg pihak awak CH. Nikmat sihat balik tu yg paling bermakna kan bagi yg sakit....
    Moga awak akan kekal sihat CH.

    Teringat pulak pokok belalai gajah mak yg hampir mati kat depan rumah. Dari hari ke sehari nak tambah tanah, tp buatnya tak jugak...

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah...moga semakin sembuh kak

    BalasPadam
  17. alhamdulillah kak....
    sesungguhnya cuma Dia yg menyembuhkan...

    syoknya kak, berat naik doc suka... kalau dana berat naik mau kene bebel... ahhahah tp kan kalu berat turun tp bdn tak sihat tak best jgk kan kak

    BalasPadam
  18. Alhamdullillah moga sihat dan tak perlu lagi ambik ubat nie kan.. :)

    BalasPadam
  19. alhamdulillah kak..masa lepas bersalin pun doktor suspect saya ada thyroid,tapi lepas pemeriksaan lanjut,syukur...takde..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)