Ahad, 31 Januari 2016

AYAM GORENG MAMAK RANGUP DAN SEDAP

Assalamualaikum kekawan..
Dah masak ke utk makan tengahari ni.. atau ada undangan kenduri.. saya tak ada undangan pun minggu ni.. tadi sekodeng FB.. sekali tu ada pulak yg melintas kat wall Ayam Goreng Mamak ni.. apa lagi save dulu kat sini nanti kita cuba ye ~__^


Resepi Ayam Goreng Mamak

Seekor Ayam di potong 10

Bahan2:

2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu kecil Tepung jagung.
4 sudu besar tepung gandum
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
2 Sudu kecil Serbuk kunyit.
2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1/2 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 5 ulas + Halia 2 inci
3 Tangkai daun kari
1 kg minyak untuk goreng.
1 sudu kecil gula( kalau bubuh aji tak payah bubuh gula)
Garam Secukup rasa
2 biji putih telur
Air secukupnya untuk bancuhan..

Cara2:

1. Bersihkan ayam yang telah dipotong dan toskan @ keringkan air basuhan ayam...
Selepas air dah tos, masukkan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ayam...

Kemudian, masukkan semua bahan2 lain dan gaul sebati.. Air masukkan sedikit demi sedikit..
Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang sesuai..Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah sedikit air...Kelikatan tepung adalah amat penting diberi perhatian..,sekiranya terlalu cair tepung ini akan terlerai dari dari ketulan ayam..dan kalau terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng ler pulak...

Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut makanan dan perapkan dalam peti sejuk bahagian beku selama 1- 2 jam atau lebih supaya bahan2 rempah ini serap kedalam isi ayam...

2. Selepas cukup masa perap, boleh laa goreng ye..Maka dinasihatkan agar test goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bancuhan tadi cantik kejadiaannya atau tak..

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukupnya ( ayam perlu tenggelam dalam minyak)...Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan gorengan..suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik...

4. Untuk gorengan yang cantik ,jangan masukkan terlalu banyak ayam dalam satu2 masa..Api dapur perlulah sentiasa diawasi supaya ketulan ayam tidak hanya masak diluar tapi masih berdarah didalam..pada satu2 masa cuma masukkan 4-5 ketul ayam dalam kuali yang sederhana besar pada api yg sederhana..gorengan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit...

Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapung..

5. Goreng ayam tak perlu terlalu lama..Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam...
 

Sumber : Facebook

9 ulasan:

  1. wah mcm sedap je ni yatie mesti nk copy resepi ni mkn dgn nasi lemak pun best ni

    BalasPadam
  2. menarik.. mcm2 tepung dan macam2 serbuk.. kalau rajin blh buat. kalau x garam ngan srbuk kunyit ajelah.. heee

    BalasPadam
  3. Sedap mkn panas2 .. Ank LM bg tiap hari pun takpe. Mmg x tolak klu ayam ni

    BalasPadam
  4. Tq CH kongsi tips goreng ayam. Mak mng fail vab bsb goreng ayam ni sebab selalunya buh minyak tak berapa banyak, jimat katanya hihi....

    Tp mmg betul,boleh terliur weyh tenhok mamak punya ayam goreng tu

    BalasPadam
  5. Tq CH kongsi tips goreng ayam. Mak mng fail vab bsb goreng ayam ni sebab selalunya buh minyak tak berapa banyak, jimat katanya hihi....

    Tp mmg betul,boleh terliur weyh tenhok mamak punya ayam goreng tu

    BalasPadam
  6. Ish, kalau anak bujang tersado saya nampak resepi ni, memang WAJIB disuruhnya Mommynya buat kat rumah. Lagi dia tahu Mommynya pemalas, lagilah dia buat muka teringin. Maklumlah, ayam ni satu-satu kegemaran si Bubbly Abang!

    BalasPadam
  7. Mmg sdp saya dah buat tq bagi resepi

    BalasPadam
  8. Ok baiklah saya cuba. Harap harap kejadianlah gorengan ayam yang dimaksudkan. Sekian, terima kasih dan assalamualaikum.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)