Rabu, 27 Januari 2016

KETUPAT ADABI & RENDANG AYAM BY NOXXA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya..
Pada hari family days FIL tu saya bawa ketupat mini adabi dan rendang ayam. Semua saya masak menggunakan noxxa cepat sikit. Saya masak masa hari jumaat malam sabtu..
Elok lembut dan padat masak ketupat guna noxxa ni.. selalu 1-1.30 jam baru masak.. guna noxxa ni 25 minit dah siap.. gambar yg dah potong tak sempat ambil pulak..

Cara masak ketupat adabi peket kecil guna noxxa :
- 1 bungkus ketupat mini adabi (30peket)
- secubit garam halus
-1 helai daun pandan.

Caranya :
1.Cuci ketupat, toskan.kemudian masukan innerpot dlm periuk noxxa dan masukan  ketupat dan air sehingga tenggelam ketupat tu.
2. Masukan garam dan daun pandan.
3. Tekan butang high pressure sehingga 25. Alihkan tombol kepada pressure. Tekan butang on.
4. Tunggu sehingga bunyi bif.. pusingkan nob kearah steam dan biarkan wap keluar sebelum buka penutup.
5. Toskan ketupat tu dalam tapisan.


Ini pula masak rendang ayam selepas masak ketupat tu.. 45 minit siap dah.. senang kerja sayakan.. ;) Saya masak 2 ekor ayam.. jadi kekawan gandakan bahan dibawah ye..

RESEPI RENDANG AYAM BY NOXXA.

Bahannya :
- 1 ekor ayam dipotong ikut size anda suka.
- 1 kilo santan pekat
- 150gram kerisik
- 2 btg serai di ketuk.
- 2 helai daun kunyit dihiris halus
- 2 keping asam gelugor
- 1 biji buah pala ditumbuk
- 3 helai daun limau purut
- Garam secukup rasa.

Bahan kisar :
- 4 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 1 inci lengkuas
- 3 btg serai dihiris halus
- 5 sudu besar cili kering yg telah dikisar.
- Air secukupnya.
Satukan semua baham diatas dalam pengisar dan kisar halus.

Caranya :-
1. On periuk noxxa dan tekan butang stir fry. Masukan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik minyak. Off periuk dgn menekan butang on/off tu.
2. Masukan ayam dan gaul mesra, lepas tu masukan asam keping dan santan , kacau mesra lagi.
3. Kemudian ON periuk semula , pasang penutup rapatkan , pusing tombol pressure dan tekan high pressure set sehingga 7 minit. 
4. Bila dah berbunyi , pusingkan nob kearah steam dan biarkan wap keluar sebelum membuka penutup.
5. Oleh kerana saya hendak rendang yg kering , tekan butang stir fry tu. Bila tinggal sedikit kuah masukan buah pala, kerisik, serai dan daun kunyit yg di hiris tadi. Kacau lah sehingga kering yg dikehendaki.
6. Kemudian bila dah elok kering boleh lah di off kan periuk tu. Siap utk dihidang.

Hendak dijadikan cerita.. saya dah penat masa tu.. jadi saya minta anak dara saya dua orang tolong kacaukan rendang tu utk keringkan. Punyalah beriye mengacau sampai sedikit hancur dikerjakan.. cer tengok gambar tu.. tu mujur saya tengok cepat sebab rasa tak sedap hati.. tu lah dpt diselamatkan. Alhamdulillah tak hangus. Saya wasap gambar tu dalam group keluarga en suami.. semua kata tak pe nanti senang makan hehehe..
Alhamdulillah rasanya sedap.. jadi kat sana rendang ayam saya habis dulu. Makan dgn nasi impit dan lemang. Lemang tu kak long yg beli kat tepi jalan menghala ke Afamosa tu.. Gambar rendang tak ada pulak dgn lemang tu.. dah sedap sangat menyuap ke mulut hehehe..
Lupa nak ambil gambar. 
Demikianlah kisah ketupat adabi dan rendang ayam saya by noxxa tu ^__^

32 ulasan:

  1. Padanan lengkap Yati kalau rendang dgn ketupat.
    Kakak memang masak apa pun lebih banyak guna Noxxa ni Yati
    Sampai tempat picit-picit tu pun dah tanggal. Tapi kakak selotape. Maklum dah lama sangat.

    BalasPadam
  2. dapnye.. ni yang tak sabar nak buat rendang weekend ni.. ;)

    BalasPadam
  3. sedapnya rendang tu.mcm hari raya lak nasi impit ngan rendang

    BalasPadam
  4. cepat masak guna noxxa ya...belum ada lagi..nk kena beli juga satu ni...duitnya pulak yg xder heh..heh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. whatsapp saya 0197728262 untuk dapatkan periuk noxxa.

      Padam
  5. eh geramnya nengok noxxa tuh... kene kumpul duit nih nk beli seketui

    BalasPadam
    Balasan
    1. whatsapp saya 0197728262 untuk dapatkan periuk noxxa dan harga istimewa sebelum 31 May 2018.

      Padam
  6. sedapnya rendang dgn nasi impit.
    teringin nak guna noxxa jgk...
    menjimatkan masa ibu2 bekerja mcm kita kan kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. whatsapp saya 0197728262 untuk dapatkan periuk noxxa.

      Padam
  7. sedapnye rendang hayam...cam best la piuk ni kak...sume keje masak jadi cepat kan...mesti mahal ni...bape ribu kak? kene mula menabung le gamaknye...kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de ribu riban dik Malinda oiii..
      Akak beli dalam RM600++ gitu..
      Itu pun bayar ansur..
      4 kali bayar dengan kawan ofis akak..
      Pastu yg best .. periuk dapat dulu :D

      Padam
    2. whatsapp saya 0197728262 untuk dapatkan periuk noxxa.

      Padam
  8. Sedapnya. Memang padanan yang membuka selera.

    BalasPadam
  9. Senang memasak pakai noxxa nie kan.. sekejap dah siap.. :)

    BalasPadam
  10. Rajin..siap rendang ngn nasi impitnya sekali..

    BalasPadam
  11. Nasi impit dengan rendang ayam gandingan yang amat sesuai. Memang cepat klau masak guna pressure cooker.

    BalasPadam
  12. betul cepat, kakak dan adik ipar saya beli. bila balik kg diorang bawak. senang nak masak dan penting cepat..

    BalasPadam
  13. mudahkan CH, sedapnya rendang tuuu :)

    BalasPadam
  14. Kerja jd mudahkan..ada rezeki nak try laaa
    Sedapnya rendang...

    BalasPadam
  15. saya suka meratah mcm tu ja rendang tu hehe

    BalasPadam
  16. Mcm teringin pulak nak beli Noxxa CH hihi...pompuan ni rambang mata betul ek...

    Yg jelesnya sebab masak cepat siap guna periuk Noxxa, tulah pasal. Kalau Hari Raya senang ek CH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. whatsapp saya 0197728262 untuk dapatkan periuk noxxa dengan harga istimewa sebelum 31 May 2018.

      Padam
  17. Mcm teringin pulak nak beli Noxxa CH hihi...pompuan ni rambang mata betul ek...

    Yg jelesnya sebab masak cepat siap guna periuk Noxxa, tulah pasal. Kalau Hari Raya senang ek CH...

    BalasPadam
    Balasan
    1. CH beli bayar ansur Nom..
      4 kali bayar hahahha..
      Nak beli selonggok duit .. jenuh Nom :D

      Padam
    2. whatsapp saya 0197728262 untuk dapatkan periuk noxxa.

      Padam
  18. Noxxa ni dah bertahun kat rumah... mak asek simpaan ja... adaeh!

    Tapi, ketupat palas nona pun sedap.. hehe.. kalau teringin nak makan time bukan raya, boleh cari kat supermarket

    BalasPadam
  19. Saya ada ketupat nona nak masak guna Noxxa ni. Thanks for sharing!

    BalasPadam
  20. Memang sgt mudah kerja didapur. Sapa nak beli periuk noxxa ni kutu, ansuran, boleh WA Ibu di 019-2494819. Rm762 offer sampai Dec 2017 dpt piuk berserta keahlian.

    BalasPadam
  21. Noxxa mmg terbaik.. Berbaloi beli bg yg busy

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)