Rabu, 10 Februari 2016

APPLE PIE ROTI MUDAH.... nak menghabiskan roti ~__^

Salam petang yg ceria kekawan :)
Tatapan petang hari.. model Apple Pie Roti saya ni ye *__*
Seronok dia dapat makan apple pie roti ni ala-ala McD ni kan.. habis dek hero sorang ni 3 ketuiiiii :D

Buat ni pun sebab nak habiskan cepat roti tu takut expire.. ni gara-gara bila dua laki bini terbeli roti sekali sama hari tu.. entah macam mana balik petang dari kerja tu saya beli roti.. tengok malam tu en suami balik dari kerja pun dia beli juga.. udah kenduri roti lah pulak.. mujur lah beli yg kecil dua laki bini ni hahaha..

Jadi mencari lah resepi yg boleh dijadikan makanan berasaskan roti.. asyik memuding pun malas juga.. jemu kata budak2 tu.. tengok dalam petiais ada pulak epal hijau dua bijik.. sesuai sangat lah saya membuat apple pie ni kan..
Jom intai resepi mudah ni.. apple resepi pun dari myresepi tu pun..

RESEPI APPLE PIE ROTI

Bahannya :
  • 2 biji epal hijau
  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 sudu madu
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala
  • 8 keping roti putih
  • 1 biji kuning telur


Caranya :
  1. Potong dadu kecil epal hijau ketepikan, panas kan non stick pan dan masukan gula perang, serbuk kayu manis dan buah pala.
  2. Kemudian masukan epal yg didadu tadi, bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukan kedalam pan tadi.
  3. Lepas tu masukan madu tu, bila dah masak, ketepikan biarkan sejuk.
  4. Kemudian ambil roti, buang tepingnya dan kukus sebentar biar lembut.
  5. Lepas tu leper kan roti tu dengan penggiling, letakan inti dibahagian tengah roti dan lipat dua, tekan-tekan tepi roti tadi dengan garfu.
  6. Sapuka atas permukaan roti dengan kuning telur, ikut step diatas sehingga roti habis.
  7. Panaskan minyak yg banyak, bila dah panas perlahankan api dan goreng sekejap jer roti pun.. nanti terentung pulak sebab roti cepat benar garing. Bila dah kekuningan tu angkat. Toskan.
  8. Siap untuk dihidang.


Petang tu kami pun feling-feling makan apple pie Mcd lah ye.. pekena pulak dengan teh O kak nabilah.. emmmm dapnya..
Maka selamat lah roti tu tak expire kan ~___^

15 ulasan:

  1. Wow sedapnyaa apple pie tuh.. seronok anak2 makan yer.. :)

    BalasPadam
  2. kita yg buat dia yatie apa2 pun ok janji senang dan sdp

    BalasPadam
  3. RAJIN BUAT ROTI APEL PIE ANAK2 BERSELERA NAMPAKNYA TU...

    BalasPadam
  4. wah...dah mcm mcd ye kak...
    kelakar pulak dah sama2 terbeli roti...hehe...
    buat roti sardin atau roti hotdog cheese pun best jugak tu...

    BalasPadam
  5. macam best je...lama tak makan pai epal...dapat guna roti pun okey

    BalasPadam
  6. sedapnya yati..kalau teringin buat jer tak payah beli di mcd lagi..

    BalasPadam
  7. menariknya!
    dekat rumah ada roti & epal. Cuba teka... agak2 menjadi ke tak.. huhuhu

    BalasPadam
  8. Sedapnya. Kita buat sendiri, boleh adjust sendiri kan kak. McD punya, too sweet.

    BalasPadam
  9. Assalam yatie...tengok kan nabil makan tu mesti sedap sangat kan ...kakak dah save resepi ni....bila kakak dh betul2 sehat nanti nak buat utk anak2

    BalasPadam
  10. sedapnya kak... kalu dana roti nk xpired suke jadikan sadin roll... kalu bt apple pie gini tak laku... kt umah yg minat cinamon dana sorang je yg lain2.... nengok aje mau lah

    BalasPadam
  11. kreatif..ingat pakai kulit puff je boleh

    BalasPadam
  12. Roti kita pun baru expired hari tu CH...bagus jugaklah idea membuat pie roti ni. Tapi problemnya, anak anak kurang suka. Kang ada pulak org mengtadarah roti sorang sorang hihi...

    BalasPadam
  13. kreatifnya....tak terfikir pulak nak buat mcm ni..thanks for the idea kak..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)