Isnin, 29 Februari 2016

Buat Sahabat tersayang... CARI SAYA YE KALAU TIADA BERSAMA :)



C/P dr seorg sahabat...buat peringatan diri sendiri...jua sahabat2 yg tersayang... menusuk qalbu dan menyentuh rasa...😪...

Menziarahi seorang teman yang telah tenat sakitnya,dia menggenggam erat tangan saya lalu menariknya ke mukanya untuk membisikkan sesuatu ketika saya ingin meminta diri untuk balik.Air matanya tergenang.Dalam lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata,"Jika hang tidak nampak aku di syurga,tanyalah Allah di mana aku,tolonglah aku ketika itu..."Dia langsung teresak menangis lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya.Saya membisikkan,"Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon kpd hang jika sebaliknya hang tidak nampak aku disyurga."Kami menangis bersama,entah berapa lama.

Bila saya meninggalkan wad hospital,saya terkenang pesanannya.Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis,"Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu,maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku,"Wahai tuhan kami,si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah ia bersama kami di syurga."Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis "Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia.Maka mereka pun bertanya kepada Allah,"Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami,berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka,lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka pilihlah untuk bersahabat yg boleh membantu bukan setakat dunia tetapi hingga akhirat dg sifat utamanya berbuat ibadat berjamaah bersolat,berpuasa dan sentiasa berpesan kearah keimanan,berjuang untuk tegakkan agama.Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu,mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan,selalu berpesan dg kebenaran.Teman yg dicari kerana urusan niaga,pekerjaan,teman tengok bola,teman memancing,teman berkonvoi tayang motor dan kereta hebat,teman fb utk bercerita makan apa hari ni,teman whatsapp utk bersembang hal dunia akan berpisah pada garis mati dan membawa diri sendiri.Tetapi teman yg bertakwa,akan mencari kita disyurga.Semaklah pada diri kita,apakah ada teman yg sebegini pada keliling kita,atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita.

Ayuh bertindak,kurangkan masa dg teman yg pada garis dunia,carilah teman dan kawan dg mereka yg akan mencari kita disyurga,kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah,pelbagaikanlah usaha dan harapan,moga satu darinya akan tersangkut ke pintu syurga. Al-Hasan Al-Bashri berkata “Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.Pejam mata,carilah siapa agaknya yg akan mencari kita disyurga,jika tiada,mulakan hari ini mencari teman kesyurga sebagai suatu misi peribadi.

Ambillah iktibar dari kawan saya ini yg berpesan mencarinya di syurga,memang kebiasaan mereka yg kuat iman suka merendah diri,bahkan sepatutnya saya yg berpesan kepadanya untuk mencari saya.Agaknya kepada siapa anda nak berpesan begini?
Wallahu a'lam

Sumber : WhatsApp

10 ulasan:

  1. subhanallah menyentuh perasaan tua ku
    sama2 kita berusaha ke arah mencari keredaan dan syurga Allah
    jangan lupa kaknoor jugak yatie tanya kan pada ALLAH kalau kaknoor tak tiada disana huhuuuuu

    BalasPadam
  2. pertama kali saya terima nukilan ni kat whatsap saya sayu tak terkata...inshaa Allah kak saya pon harap begitu jugak...

    BalasPadam
  3. INSYA ALLAH BERKAWAN HINGGA MEMBAWA KITA KE SYURGA-NYA.

    BalasPadam
  4. Semoga kisah itu menjadi iktibar kepada kita yang masih kurang dalam segala segi dalam mendalami ilmu Allah...

    BalasPadam
  5. SubhanAllah...inilah jawapan yang julia cari selama ini tentang apa ertinya KAWAN...
    Maka pilihlah untuk bersahabat yg boleh membantu bukan setakat dunia tetapi hingga akhirat dg sifat utamanya berbuat ibadat berjamaah bersolat,berpuasa dan sentiasa berpesan kearah keimanan,berjuang untuk tegakkan agama.Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu,mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan,selalu berpesan dg kebenaran.Teman yg dicari kerana urusan niaga,pekerjaan,teman tengok bola,teman memancing,teman berkonvoi tayang motor dan kereta hebat,teman fb utk bercerita makan apa hari ni,teman whatsapp utk bersembang hal dunia akan berpisah pada garis mati dan membawa diri sendiri.Tetapi teman yg bertakwa,akan mencari kita disyurga.Semaklah pada diri kita,apakah ada teman yg sebegini pada keliling kita,atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita.

    Terima kasih sebab menyedarkan julia...perlu cari kawan dan kita jadi kawan sebegini yg selalu ingat mengingati.

    BalasPadam
  6. Ku jua mahu berpesan kepada mu duhai sahabat dunia akhiratku CH.....
    Andai kau tidak menemukan ku di syurga nanti, jangan lupa mencariku dimana mana huhu.....

    Bila dah semakin kilauan ni benda benda gini cukup menyentuh kalbu ek....Syukur diberi rasa insaf olehNya walaupun seketika

    BalasPadam
  7. Betullah kata MakJilap tu, CH. Bila usia semakin dimamah, terasa sisa usia yang ada. Harap-harapnya mampulah hendaknya kita bertemu teman-teman yang sebegini semuga usia kita di dunia tidak sia-sia.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)