Sabtu, 20 Februari 2016

HANDPHONE Punya PASAL La Ni... Ye Ke ? ;)



HP PUNYA PASAL???!

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yang mempunyai HP kerana:

Kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah.

Kami lebih banyak pegang HP daripada pegang tasbih.

Kami lebih banyak baca sms daripada baca Al Quran

Kami lebih sering menelefon daripada Silaturahim.

Kami lebih sering buka bluetooth daripada berlutut untuk sujud.

Ya ALLAH ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini.

Dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.

Amin....

Kata guru:

Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...

Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...

Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...

Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...

Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..

Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..

Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...

Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..

Jangan jadikan handphone seperti dadah addictive. Jangan jadi "mangsa" handphone. Ada yang accident kerana melayan handphone. Bala pula menimpa! Sebaliknya jadikan ianya sebagai PEMBANTU. PENYELAMAT. PEMUDAH dan PELENGKAP!

Sumber : WhatsApp

6 ulasan:

  1. bagus sangat ingatannya..memang gadget punca utama kelalaian

    BalasPadam
  2. terkesan di hati ini kak..terima kasih kak..Allahu...baru semalam terdetik pada hati..hari ini akak berkongsi pula..

    BalasPadam
  3. Terasa sgt...memang nak berubah...julia nak ajar diri balik rumah kurangkan hp...lebihkan masa dengan suami dan anak...bahaya efek kemudian hari

    BalasPadam
  4. Setuju sangat CH....Sedar tak sedar kita sebenarnya dah dipengaruhi oleh HP kan. Bila pikir balik mmg jadi lalailah kita. Tp tulah....camne ek nak buang tabiat ni. Duk hutan kot...hihi

    BalasPadam
  5. Betul tu, CH. Kalau dah taksub sangat dengan segala apps dalam smartphone tu, memanglah bahaya. Kita menerokai teknologi baru untuk memudahkan hidup tapi kalau teknologi tu membawa lebih banyak musibah dalam hidup, kenalah lakukan sesuatu!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)