Jumaat, 19 Februari 2016

PUASA ISNIN & KHAMIS ~ Mereka USA baru mengkaji , Kita Dah Perolehi 1400 tahun yg lalu..

Assalamualaikum kekawan..

Salam Jumaat yg barakah.. semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..



Kajian Pakar Neurosains Tentang Puasa Dua Kali Seminggu | Universiti South Carolina, USA

Setelah kajian saintifik tentang manfaat puasa dua kali seminggu dibuktikan oleh para saintis, masyarakat barat kini sudah mula berjinak-jinak untuk berpuasa dua kali seminggu.

Masyarakat barat menamakan amalan puasa dua kali seminggu ini sebagai "intermittent fasting" ataupun "5:2 diet",yang bermaksud 5 hari makan seperti biasa dan dua hari berpuasa.

Jika diamati, amalan "intermittent fasting" atau "5:2 diet" ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW.Baginda menyarankan agar kita berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis--dua hari dalam seminggu.

Dalam jurnal Stem Cell & American Journal of Clinical Nutrition, pakar neurosaintis telah mengkaji bahawa puasa dua kali seminggu dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan sel-sel otak yang baru.Sel-sel saraf akan menghantar isyarat kepada DNA untuk menghasilkan sel-sel baru yang sihat dan sel-sel lama dimusnahkan.

Pakar neurosaintis menerangkan tentang mekanisma sel di dalam badan sewaktu kita menahan lapar dan dahaga. Sewaktu kita berpuasa, tenaga dapat dijimatkan kerana sistem penghadaman dapat berehat untuk sekurang-kurangnya 12 jam.

Pada waktu inilah tenaga yang dijimatkan dapat digunakan oleh DNA untuk menghasilkan sel-sel baru dengan efisyen.

Begitulah manfaatnya berpuasa dua kali seminggu, atau dalam erti kata lainnya puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW pasti ada manfaatnya.Ayuh,marilah istiqamah dalam membudayakan amalan puasa dua kali seminggu-- Isnin dan Khamis.

Sumber : WhatsApp

11 ulasan:

  1. Tak lama lagi akan keluar juga kajian yg sekurang-kurangnya dalam setahun kena berpuasa sebulan Yati. Islam itu indah. Mereka aje yg belum tahu. Bila dah buat kajian baru tahu mengapa Islam mendidik cara tersebut.

    Jgn terperanjat juga satu hari kelak ramai yg akan memeluk Islam bila melihat kebaikan demi kebaikan ajaran baginda Rasulullah kita.

    BalasPadam
  2. Masyarakat barat pun dah tau kelebihan berpuasa kan...semoga mereka lebih banyak hidayah mengenai islam.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah islam iu indah..

    masa sebelum pregnant memang dok biasakan diri puasa sunat isnin khamis..skang ni dh tak larat nk buat.hehe..

    BalasPadam
  4. betapa mereka masih tidak sedar akan keagungan dan hebatnye ISLAM selama ini...

    BalasPadam
  5. SALAM JUMAAT...KITA XPERLU SUSAHPAYAH MENGKAJI KERANA KITA BERIMAN N MEMPERCAYAI SEPENUH HATI SETIAP KETENTUAN ALLAH MELALUI RASUL-NYA INSYA ALLAH.

    BalasPadam
  6. Nak kena merajinkan diri jugaklah CH nampaknya....Dah senja gini eloklah banyakkan berpuasa ye dak....Tapi tulah....kekadang malas menguasai diri aca ne tu weyh?

    BalasPadam
  7. terbaca entry ni..baru sedar..da lama tak puasa sunat huhu

    BalasPadam
  8. sunnah rasululullah adalah yg terbaik ...

    BalasPadam
  9. Tetiba terus bertambah bersemangat nak berpuasa Isnin/Khamis. Baca ni terus elok aje, tak jadi rasa lapar dan letih sebab berpuasa hari ni ^_^

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)