Ahad, 14 Februari 2016

SAMBAL TOTOK SEDAP

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berehat dihujung minggu bersama keluarga tersayang :)

Sambal totok lah saya membesar dgn adik beradik 9 orang.. dah ramai kena lah berjimat cermat.. itu pun dah rasa nikmat sangat.. tu bila melintas pulak resepi ni di wall FB rasa nak mencuba pulak resepi ni.. jadi kita save dulu :)



SAMBAL TOKTOK

Bahan-bahan :
20 gm ikan bilis - digoreng garing
1 biji bawang besar - dimayang kasar*
10 - 15 biji cili api hijau*( kalau nak pedas boleh tambah)
1 in belacan* - digoreng
2 biji limau kasturi - ambil jus
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara :
Ikan bilis yang telah digoreng di ketepikan
Goreng sekali arung bahan yg bertanda (*) pula sehingga layu.. Kemudian satukan ikan bilis dgn bawang, cili dan belacan yang telah digoreng dan ditumbuk( tapi saya guna lesung indon yg digunakan dgn cara ditenyeh2 sehingga 80% hancur, tapi nak dapat kan lesung tu kena laa pergi indon..hehehe)
Masukkan kedalam mangkuk dan
perahkan jus limau dan perasakan garam dan gula secukupnya...

14 ulasan:

  1. bertambah-tambah mkn nasi ni, kak ruby suka....

    BalasPadam
  2. kaknoor hari2 ada sambal ni pun bestt dah tambah ulam timun ke or ulam2 segsr mmg menjadi ni

    BalasPadam
  3. ada sambal totok n ulam hbs nasi seperiuk sedar heh..heh..

    BalasPadam
  4. sedaaaapnyer....must try resipi ni....
    lama betui tk berblog...

    BalasPadam
  5. Ooo.. sambal totok nama dia.. tun buat sambal belacan macam ni la.. mmg bertambah nasi

    BalasPadam
  6. lesung indon tu camne rupa dia? saya bayangkan macam batu giling. :)

    sorry..org citer sambal kita tanya lesung..hehee

    BalasPadam
  7. Lama dah tak buat sambal totok ni...

    BalasPadam
  8. Kakak kalau anak2 ada buat sambal totok ni sekali hadap je...
    Skg ni kakak dah tak masak utk dorang ,kesian pulak jarang makan sambal2 apatah lagi sambal totok ni .

    BalasPadam
  9. antara peberet kami juga ni..dh lama tak buat..malas pulak nak menumbuk.hehe..tp menu ni memang sangat sedap kan..berselera makan nasi tambah2 klu bulan puasa waktu sahur.

    BalasPadam
  10. ni pun feveret kami adik badik kak.... kalu ada smabal nih otomatik makan bertambah... nk diet nasi pun tibe2 blh tambah 2kali heheheh

    BalasPadam
  11. saya pon selalu buat sambal gini kak..tapi kiteorang panggil 'sambal ketuk' tengok bahan2 nye cam sama je tu...sedapppp makan dengan nasik panas...nak2 kalau ada kuah singgang atau lemak putih...fuh! terangakat tak henggat...hari ni nak buat la....kikiki...terliur sudah ni :)

    BalasPadam
  12. Sedapnya CH....awak ni mmg rajin masak ek?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)