Khamis, 31 Mac 2016

KESIAN DIA...Maafkan Mama :(

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Maafkan mama Nabil tak dapat nak cuti jaga nabil demam.. semalam hero saya demam.. sebenarnya dah dekat 3 hari demam nya on off.. malam tu panas badan naik sangat.. saya lap2 dgn tuala bersama air suam.. itulah petua utk kurang demam, jangan guna ais batu rupanya semakin panas nanti badannya. Jadi selepas dilap dengan air suam tu turunlah panas nya dalam pukul 3.00pagi. Paginya saya bawa ke klinik lagi cek darah takut denggi.. kat taman perumahan saya tu pagi petang foging.. memang tahu ada jiran taman tu denggi.. masuk ICU lagi bila platlet nya 7.. alhamdulillah dah sihat dan keluar pun dari hospital..

Alhamdulillah, bukan denggi nabil tu, lebih kepada demam virus kerana darah putihnya tinggi.. doktor kata kalau makan antibiotik ni tak ok lagi terpaksa refer hospital, minta segera sembuhlah nabil.. saya terpaksa ambil halfday.. sebab kerja saya banyak dan minggu yg bz buat saya.. terpaksa saya bawa dia ke ofis, bila tengok gambar diatas tu dah macam anak jalanan saya tengok, tidur beralaskan kotak dan saya lapik dengan telekung saya , namun lena juga tidonya.. ye lah malam tu tak tido lena.. saya pun dah jadi mata panda huhuhu.. ini lah cabaran ibu yg bekerjaya kan.. Kemaafan je yg mampu diminta kepada anak2.. tak dapat jalan kewajipan dengan sempurna :(
Semoga Nabil cepat sembuh.. skrg dah pergi sekolah.. pesan dengan cikgu sekiranya demam telefonlah saya nanti saya datang ambil. 

14 ulasan:

  1. Pada kakak biar kita bawa ke pejabat daripada kasi org jaga yati. Kakak dulu walau ada bibik bila anak demam kakak usung juga bawa pejabat.

    Moga Nabil terus sihat.

    BalasPadam
  2. Kesian akak tengok nabil tidor tu...moga nabil kembali sembuh.Cabaran ibu berkerjaya akak faham.Bagi akak yg tak bekerja ni pulak risau sngt anak2'diluar sana demam walaupun mereka dh remaja.Suboh tdi baru dpt wasap dri Iqa kata x sehat sdgkn harini ada test.

    BalasPadam
  3. kesiannya dia. tgh musim sekarang ni. cuaca panas kan

    BalasPadam
  4. SIAN NABIL MOGA CPT SEMBUH..BOLEH DIBAWA KE PEJ OKLH TU DPT YATI MNJAGANYA DGN BAIK..

    BalasPadam
  5. Alahai kesiannya nk buat cmna dah takde katil kan..ada toto pun dh ok.selesa sikit tidurnya..tp biarlah bawak ke opis pun..janji anak ada depan mata kita kan

    BalasPadam
  6. Janji, ibunya ada bersama. Itu ubat yang mujarab untuk anak demam kan kak...

    BalasPadam
  7. ni kalau jd viral kt fb msti org kata kes mak bapak tak amik anak kt sekolah kak heheheh...

    masing2 faham kak kalau dh mak bapak masing2 kerja, gini lah anak2 kalu demam, kadang nk cuti ada halangan... nk tinggal kt umah risau pulak... cuba mandikan ngn lemon kak... biar cpt sihat

    BalasPadam
  8. kesiannya dia...memang musim la sekarng ni kak...anak2 pun baru baik..dekat hospital tu kebanyakkan kes mesti demam..tp alhamdulillah..bukan denggi kan

    BalasPadam
  9. Alahaiii.. moga cepat sembuh yer Nabil.
    memang kesian lah kalo anak2 deman.. musim jugak sekarang nih kan~
    bagi dia minum air masak banyak sikit.

    BalasPadam
  10. Nasiblah boleh bawak ke ofis si Nabil tu, walaupun ko tak dpt cuti CH.
    Gitulah CH kalau bekerja ni, kita pun dah pernah rasa dulu. Si TLBD demam hampir 2 minggu. Dengan kerja kat ofis lagi, dengan anak demamnya....mmg mencabar betul.

    Harapnya Nabil terus sembuh...

    BalasPadam
  11. Kesian Nabil, tapi walaupun tido beralaskan kotak...asalkan ada didepan mata rasa puas hati jugakkan...kalu dirumah lagi hati tak senang...

    Semoga nabil sehat2 jer..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)