Jumaat, 15 April 2016

KESIAN DIA...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..



Pada hari rabu kelmarin, en suami nak service kereta, jadi dia bawa kereta saya dan hantar saya ke ofis serta anak2 ke sekolah.. jadi petang tu balik dah lewat.. tak sempat nak masak.. singgah lah makan di Restoran Makan yg baru buka tu.. Najeeha kata dia dah lama tak makan tomyam, so dia oderlah, saya pula oder char kueyteow, nabil mee goreng dan en suami sup perut..
Mula2 sampai makanan en suami.. saya tengok kuah dia tak berapa menarik kata orang tu.. bila makan lagi lah.. saya minta en suami suapkan nak rasa.. kurang juga bagi saya..
Kemudian datang lah char kueyteow saya.. yg ok .. semua orang duk rasa.. style restoran ni macam gerai, bila makanan sampai terus bayar sebab tuan gerai lain2.. kemudian datang mee nabil dan tomyam najeeha.. rasa nabil punya mee kira ok lah.. tapi najeeha punya tomyam.. saya tengok pun kecewa.. apa lagi dia.. "Jeeha ingat macam tomyam kat Restoran Ikan Bakar yg kita makan tu mama" Adalah ayam 5 6 hiris, bawang kemain banyak dgn serai dan lengkuas, sayur langsung tak ada.. rasa lagi lah.. makan lah dia dengan keadaan terpaksa.. kesian saya tengok..

Jadi semalam petang saya buat tomyam sekuali besar ni hahhaha..
kes balas dendamlah ni.. lagi pun saya puasa semalam.. en suami dah ambil anak2 disekolah, jadi saya terus balik kerumah.. sampai rumah pukul 5.30pm.. terus menuju kedapur memulakan operasi.. masa saya tengah masak tu.. semerbaklah bau tomyam tu.. sampai mereka dirumah dah terhidu.. "mama masak tomyam ye?" tanya jeeha terus terjah ke dapur.. lebar senyumnya.. saya kata "gi ambil daun limau purut 4 helai kat luar tu".. "tahu yg daunnya kembar dua kan" kata najeeha.. hihihi gelak saya dengar..


Saya regukan dengan telur dadar ni.. apa lagi melonjak perut kelaparan mereka ni , "mama lepas jeeha mandi boleh makan ke?" tanya dia.. pastu Nabil pulak menyahut "Nabil pun sama mama".. eehh en suami pun sama "dah boleh makan ke?" "Boleh dah.. siap semua masak" jawap saya.. makan lah 3 beranak tu dengan jayanya.. saya tunggulah waktu maghrib nanti utk berbuka.. ada 2 hari lagi ni nak ganti :)


Mudah aje resepi saya kekawan.. jom le kita menengok nya :)



RESEPI  TOMYAM AYAM
Bahannya :- (utk lima orang)
  • 1/2 ekor  ayam potong kecil.
  • 1 biji bawang besar (potong bulat2)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 5 batang serai (diketuk)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 1 batang karot
  • 5 helai daun limau purut
  • bunga kobis
  • 1 peket pes tomyam adabi (pes saya buat dah habis :D )
  • 5 cawan air
  • 1 biji limau nipis
Caranya :-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan hiris hingga wangi, kemudian masukan ayam, gaulkan , lepas tu masukan air.
  2. Kemudian masukan daun serai, karot dan pes tomyam.
  3. Apabila dah mendidih baru dimasukan bunga kobis, tomato dan daun limau purut. Perah limau nipis tadi.Rasa garamnya.
  4. Bila semua dah merasa masin dan masamnya bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.
SELAMAT MENCUBA ^__^

15 ulasan:

  1. Alhamdulillah.... terbalas rasa kecewa Jeeha makan tomyam yg kurang sebelumnya. Kakak pun sama tau Yati bila buat tomyam mesti nak buat telur dadar kenapa ye:)

    Yati banyak tak sihat tahun ini tu yg masih ada hutang ye. Kakak sebab biasa syawal kakak dah banyak puasa. Bila anak2 periksa pun kakak puasa. Isnin/khamis pun bila selesa kakak puasa. Jadi syawal lagi kakak dah setelkan dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam sinonim pulak telur dadar dgn tomyam kan kak.. 😊

      Betul kak..
      Tahun lepas saya byk tak sihat..
      Selalunya selepas syawal saya dah ganti dah..
      Sudah lah tahun lepas kena awal dan hujung ramadhan..
      13 hari nak diganti..
      Bertabah lah saya ni..
      InshaAllah minggu depan habis lah..
      Saya ganti isnin khamis jer kak..
      Tak mampu nak direct mcm dulu2.. 😢

      Padam
  2. PALING SERONOK BILA KITA BOLEH MASAK SESSUATU YANG BUAT SATU KELUARGA HAPPY KAN ... MESTI JEEHA GEMBIRA DPT MKN SAMPAI PUAS NI

    BalasPadam
  3. masak sendiri lagi berbaloi kan..puas makan..bertambah-tambah lagi

    BalasPadam
  4. memang kak, kalau makan di kedai baru ada saja yg tak kena..
    kalau bernasib baik ok lah..
    masak sendiri jugak yang betul2 puas hati dan berbaloi
    kalau saya, dapat tomyam macam najeeha tu..saya gelar tomyam sampah
    sbb banyak bhn yg tak boleh dimakan dari yg boleh

    saya pun puasa semalam. slmt berpuasa isnin nti :)

    BalasPadam
  5. sedapnya tomyam tuh...fav nieyl tuh...

    BalasPadam
  6. Adoiiii teringin pulak nak hirup tomyam, tengok tomyam hang ni Tie..... Ayooo sudah teringin!!!Tak tau....
    Tulah bila makan kat luar ni mmg itulah risikonya ....kurang bahan. Nak buat macamana ada masanya awak tak sempat kan Tie... kalau mak ni dasar M hahaha...

    BalasPadam
  7. Kesiannya..Klau makan kat luar memang mcm tulah ada ok ada tak ok.Masak sendiri bukan saja puas terjamin kebersihannya.

    BalasPadam
  8. Puas mkn..telur dadar wajb ada klu msk tomym ni..tk pun telur bgkussss

    BalasPadam
  9. buat sendiri pun lagi puas kan kak...

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..apa khabar yati..lama x melawat ke sini

    BalasPadam
  11. Air tangan mama lagi sedap dari kat kedai.Lagipun boleh masukkan je bahan yang kita suka,kat kedai tu semua berkira.
    Akak jarang masak tomyam apatah lagi bila fateha ada,dia alahan pd daun limau purut.
    Akak pun ada sehari lagi belum ganti puasa yatie...yatie faham je keadaan akak masa belum opret tempohari ,nak ganti pun tak sehat memanjang.Skg ni pun akak ganti puasa isnin khamis juga.

    BalasPadam
  12. ank sy pun minat mkn tomyam...bertmbh2 klu sy buat tomyam...tp sy x rajin nk memasak...adoi

    BalasPadam
  13. Nasib baik dapat mak macam CH. Rasa-rasa makanan kat kedai tu tak sedap, nah amik seperiuk mak masakkan nak balas dendan sebab anak kecewa.

    Oh, padanlah masa mengomen kat blog tu saya pelik bila CH kata makan kat luar sebab setahu saya CH manalah suka makan kat luar sebab cik abe tak sukakan katanya.

    Tiba-tiba saya pulak nak masak tomyam. Cik abe kita suka tomyam ni, CH. Apa kata CH aje tolong masakkan seperiuk nanti saya pergi Shah Alam bawa mangkuk tingkat?

    Memang nak minta kena ketuk dengan daun serailah ni nampaknya. Hahaha!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)