Selasa, 5 April 2016

NASI GORENG AYAM ..emmm dapnyaaa ;)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Sarapan apa pagi ni kekawan ...
Saya sarapan nasi goreng ayam KFC hihihi..
Gara-gara bila bab isi ayam tang dada tu anak2 punya tak suka nak meratah macam tu kan.. jadi tinggal lah dua ketul tu..
Hendak tak hendak kena makan jugak .. buat nasi goreng ni boleh lah dorang makan kan.. 


Punya memudahkan kerja saya pagi hari kan.. nasi tu pun lebih malam tadi yg tak habis..15 minit siap masak hihihi.. Jom lah kita intai resepi yg mudah sangat ni 

RESEPI NASI GORENG AYAM 

- 1 mangkuk nasi putih
- 2 bahagian isi dada ayam goreng~potong kecil
- 4 sudu cili merah kisar (cili saya ni dah siap kisar dengan bawang)
- 1 batang lobak merah disagat
- sedikit kobis di hiris 
- garam secukup rasa

Caranya :-
1. Goreng sedikit ayam tu bagi rangup sikit, kemudian angkat, tumis pula cili kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukan, lobak merah dan kobis serta garam, masak sehingga sayur lembut sedikit.
3. Lepas tu masukkan nasi dan gaul mesra, akhir baru dimasuk ayam goreng tadi, kacau mesra.
4. Siap untuk dihidang.


Plate saya jer boleh ambil gambar hehehe..
Jom sarapan kekawan :)

15 ulasan:

  1. ermm..dapnya..ayam kfc dah berperisa, menambah kesedapan nasi goreng..

    BalasPadam
  2. Tiba2 teringin pulak nak buat nasi goreng ayam buat buka nanti ...Penangan tengok nasi goreng yatie..

    BalasPadam
  3. comelnya..bentuk hati lak tu. lea pun nasi goreng pagi.nasi goreng isi ikan cencaru

    BalasPadam
  4. Yang di rumah ni pun biasa jugak buat macam ni.
    Jangan membazir..

    BalasPadam
  5. Inilah langkah terbaik utk ttidak membazir dan diolah menjadi resepi baru. Kakak pun selalu juga olah nasi goreng Yati sebab masak nasi tak habis kenalah goreng..

    BalasPadam
  6. biasa mcm ni kak..
    tak hbs mknan, nasi gorenglah jwbnya.

    BalasPadam
  7. hah kiter sama! apa yg tak abis kiter masak je balik..olah sampai jadi ;)

    BalasPadam
  8. SEDAP TU SARAPAN YG MENGENYANGKAN..

    BalasPadam
  9. waduh terliur la pulak ni yatie
    nasi goreng mcm ni mmg tk patut di tolak hahahah dpt yg bentuk love mmg kenyang sampai petang ni

    BalasPadam
  10. Sedap ni tambah lagi klau nasi gorengnya pedas.Dari membazir jadikan ia satu hidangan istimewa.

    BalasPadam
  11. sedapnya...
    alaa...kiutnya nasi goreng LOVE lagi tu..

    BalasPadam
  12. Daripada terbazir baik kita gunakan.. Macam tu lah saya.. kalau beli ayam KFC dan tak habis, masak nasi goreng tambah ayam KFClah jawabnya.. ;)

    BalasPadam
  13. Ptg ni baru cadang nak buat nasi goreng. Hari ni tak dpt ilham nak masak apalah Tie.....Pening kepala mak tau huhu....

    Pakai ikan bilis ngan telur sudahlah...




    BalasPadam
  14. Kalau macam ni punya deko, siapalah yang tak teruja nak menghadap makanan! Saya janji siap masak, masuk dalam plate, ngap terus. Takdalah nak main deko-deko plate ni, CH. Hahaha!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)