Khamis, 14 April 2016

RESEPI GULAI AYAM KAMPUNG by Noxxa...

Salam petang yg ceria kekawan :)

Memenuhi permintaan anak dara yg tinggal di Madrasah ni.. bila dia kata "mama dah lama tak masak gulai ayam kampung" kebetulan saya tengah berkira-kira nak masak apa pada hari sabtu itu hari.. jadi saya tunaikan permintaan si anak dara ni kan.. lagi pun memang dah lama saya tak masak.. kami anak beranak ni memang suka kentang , jadi masuk lah banyak-banyak.. puas makan anak beranak kentan tu..


Dengan adanya noxxa ni memang membantu saya sungguh.. 20 minit siap saya memasaknya.. 
Jom intai resepi saya yg mudah ini..

RESEPI GULAI AYAM KAMPUNG KENTANG

Bahannya :-
  • 1 ekor Ayam Kampung dipotong kecil
  • 15 biji cili padi*
  • 3 biji cili merah*
  • 3 biji bawang merah *
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup* (*ditumbuk)
  • 1 biji kelapa (asingkan santan pekat semangkuk)
  • 5 biji kentang dipotong empat
  • daun kunyit
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • Garam
Caranya :-
  1. Masukan  santan yg perahan yg kedua kedalam periuk noxxa, bahan ditumbuk, ayam dan kentang. Tekan butang highpressure hingga 15 minit, tukar tombol atas ke pressure dan tekan butang onn/off. 
  2. Kemudian tunggu bunyi bif dan tukar tombol kepada release stim tu. Bila asap habis keluar baru di buka tudung penutup.
  3. Kemudian masukan santan pekat, serai, daun kunyit, garam dan asam keping. Tukar kepada butang stirfry tunggu ia mendidih.Rasa masinnya, apabila cukup rasa tutup tekan butang onn/off.
  4. Siap untuk dihidang.


 Tengahari tu puas hati si kakak Nabilah bila dapat makan apa yg di idamkan kan.. adik-adik yg lain pun sama.. saya yg tukang masak ni pun gembira tengok anak-anak makan bertambah.. ^__^

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum....Ayam kampung tu...liat tak daging dia...terima kasih ya..kongsi resepi

    BalasPadam
  2. Ayam kampung masak lomak cili api mmg sedap.. senang kalau guna noxxa kejap jer dagingnya dah lembutkan.. Seronok anak2 dpt makankan..

    BalasPadam
  3. wahhhhhh sodap nya kak... nk msk pun kejap je

    BalasPadam
  4. Ayam kampung mmg terbaikklah...tapi kentang bdk2 kt rumah tak gemar sgt..mkn pun kena paksa...last buang jerr..

    Bgusnya anak2 yati suka kentang...👍👍👍

    BalasPadam
  5. ayam kampun muda xliat sgt kot sdp digulai gini kalau dgn noxxa lagi lembut dagingnya.

    BalasPadam
  6. Lain kali guna resepi ni la plk masak gulai ayam..

    BalasPadam
  7. wah..semua ada periuk noxxa...jeles ni

    BalasPadam
  8. bagus guna periuk noxxa ni kan, sebab ayam kampung memang lama gak nak empuknya kan CH :)

    BalasPadam
  9. ada noxxa segalanya kini mudah..wah macam tagline apa je.ayam kampung ni kena masak lama kan

    BalasPadam
  10. Bilalah kita nak dapat Noxxa pulak ni CH. Nampaknya kena tunggu setahun lagilah hihi.... ke hujung tahun ?

    Masa tu rasanya dah ada periuk lagi advanced kot. Masuk sekor ayam keluar dah jadi mcm tu....

    BalasPadam
  11. Bilalah kita nak dapat Noxxa pulak ni CH. Nampaknya kena tunggu setahun lagilah hihi.... ke hujung tahun ?

    Masa tu rasanya dah ada periuk lagi advanced kot. Masuk sekor ayam keluar dah jadi mcm tu....

    BalasPadam
  12. Noxxa ni tak sama ke dgn presure cooker yg lain?

    BalasPadam
  13. Samalah kita ya, CH - keluarga kentang. Tapi dalam rumah saya yang suka kentang saya dan HD aje. Anak-anak ada kurang sikitlah. Apa-apa pun memang time shopping, kentang tetap akan diutamakan masuk dalam troli!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)