Selasa, 12 April 2016

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK UDANG

Salam petang yg ceria kekawan :)

Nak masak apalah balik petang nanti ye ?
Itulah yg difikirkan oleh mak-mak yg bekerja ni bila nak balik kerja petang nanti kan.. macam saya semalam sempat juga membuat sambal tempoyak udang.. kalau ada petai lagi sedap kan.. tapi masak jer apa yg ada dalam petiais tu jer lah kan..
Petang ni tak payah masak sebab ada pasar malam.. singgah ajer lah disitu.. kita beli jer makanan tunjuk-tunjuk apa tekak nak makan kan ~__^

Saya kalau masak sambal tempoyak udang ni, suka guna udang laut, tak suka guna udang yg diternak dalam sangkar tu, kurang manis rasanya.. pastu cili tumbuk pulak dengan lesung batu tu.. ala ala gadis kampung betul saya ni kan.. :D
Resepi saya cukup mudah kekawan..
Jom kita intai *__*

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK UDANG 

Bahannya :-
  • 300 gram udang laut (baru manis kekawan)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 5 biji cili padi*
  • 1 biji cili merah*(*ditumbuk)
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 batang serai - dititik
  • 250ml Santan pekat
  • 1 gelas air
  • 4 sudu besar tempoyak
  • Garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Masukan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama segelas air, kemudian masukan santan dan tempoyak, kacau sehingga sebati pada kuah.
  2. Kemudiah masukan udang , serta garam..masak hingga mendidih.
  3. Rasa garamnya.. kemudian masukan hirisan daun kunyit. kacau sebentar. Tutup api.
  4. Siap untuk dihidang bersama nasi putih panas.. 



Puas makan udang tempoyak ni tau.. sebab dah lama tak masak ikut respi arwah mak ni tau.. kalau arwah mak dia suka campur dengan pucuk ubi.. nanti nak buat macam tu lah.. :)


18 ulasan:

  1. sedapnya kak yati..
    dah lama tak makan tempoyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom kita masak KB..
      Akak sebab dah lama tak mkn tu yg masak tu..

      Padam
  2. Ada tempoyak tak bole elak, mesti enak CH

    BalasPadam
  3. Tunggu kejap lagi saya sampai bawak pinggan... sedap sangat nampaknya.

    BalasPadam
  4. Ada Santan T...ni dh jadi gulai tempoyak Udang ni T..arwah mak mertua aku ckp kan T...buat sambal tempoyak jgn letak bawang...nnt bawang tu mematikan rasa tempoyak tu...utk aku kan T apa2 yg berasaskan tempoyak aku bedal T...sedapppp...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Omak den ajar macam tu ni.. lotak bawang.. den pun samo Eye Nee asal tompoyak semuo den bedal hahaha :D

      Padam
  5. saya mmg ahntu tempoyak . ni makan dengan nasi panas , perghhh ...

    BalasPadam
  6. gulai tempoyak bersantan ni sedap sgt...resepinya mudah tq resepinya.

    BalasPadam
  7. mana nak cari tempoyak ni...kecur ..terbau bau harum lemak tempoyak

    BalasPadam
  8. sayangnya kat rumah saya ni tempoyak tak jalan...dia org cuma makan durian fresh ja hehe

    BalasPadam
  9. Saya tak makan tempoyak walaupun hantu durian. Sejak BP tetiba naik tu, terus kalau nampak udang, takut tau CH. Padahal kegemaran juga tu udang ni ^_^

    Saya paling suka udang masak lemak cili padi lepas tu letak nenas. Berasap telinga, tak sempat nak kira berapa ekor udang dah masuk mulut!

    BalasPadam
  10. sedap tu kak...saya pun memang suka guna lesung batu lebih feel gitu hehehe

    BalasPadam
  11. Tempoyak udang ni mengingatkan mak masa kerja dulu dulu. Gerai depan opis tu selalu masak menu ni CH...tak udang dia buat ikan bilis. Tp style dia tak cair cenggini...dia pekat pekat sedaplahhhh.... dengan rasa daun kunyitnya..... Mmg pergh!!!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)