Isnin, 18 April 2016

SAYA NAK MASUK PINTU ITU JUGA.... Siapa nak ikutttt ^__^


KISAH TAUBAT WANITA TAAT BERIBADAH TAPI TIDAK BERTUDUNG

Al-Kisah diceritakan, ada seorang wanita yang dikenal taat dalam beribadah. Dia sangat rajin melakukan ibadah wajib mahupun sunnah. Hanya ada satu kekurangannya, dia tak mau berjilbab menutupi auratnya.

Setiap kali ditanya dia hanya tersenyum, seraya menjawab: “Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakan mahupun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga suatu malam dia bermimpi sedang berada disebuah taman yang indah. Rumputnya sangat hijau. Berbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan dapat merasakan bagaimana segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih. Airnya kelihatan melintas di pinggir taman. Hembussn angin pun dirasakan di sela-sela jarinya. Ada beberapa wanita di situ yang melintas juga menikmati pemandangan keindahan taman.

Dia pun menghampiri salah seorang wanita tersebut. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut. “Assalamu’alaikum saudariku…” “Wa’alaikum salam…, selamat datang wahai saudariku…” “Terima kasih, apakah ini syurga?” Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan wahai saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum syurga.” “Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini…” Wanita itu tersenyum lagi kemudian bertanya, “Amalan apa yang membuatmu kembali wahai saudariku?” “Aku selalu menjaga solat, dan aku menambah dengan ibadah-ibadah sunnah. Alhamdulillah.”

Tiba-tiba jauh dihujung taman dia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka, dan dia melihat beberapa wanita yang di taman tadi mulai memasukinya satu per satu. “Mari, kita ikut mereka!” Kata wanita itu sambil setengah berlari. “Apa di balik pintu itu?” “Tentu saja syurga wahai saudariku…” Larinya semakin cepat. “Tunggu… tunggu aku…” Dia berlari sekancang-kencangnya, namun tetap tertinggal. Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Namun dia tetap saja tak mampu mengejarnya meski dia sudah berlari sekuat tenaga.

Dia lalu berteriak, “Amalan apa yang engkau lakukan sehingga engkau nampak begitu lambat?” “Sama denganmu wahai saudariku…” Jawab wanita itu sambil tersenyum. Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melalui pintu. Sebelum wanita itu melepasi pintu sepenuhnya, dia berteriak pada wanita itu, “Amalan apalagi yang engkau lakukan yang tidak aku lakukan?” Wanita itu menatapnya dan tersenyum lalu berkata, “Apakah engkau tidak memperhatikan dirimu apa yang membezakan dengan diriku?”

Dia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab, “Apakah engkau mengira bahwa Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke syurga-Nya tanpa jilbab tudung penutup aurat?” Kata wanita itu. Tubuh wanita itu telah melepasi, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar memandangnya dan berkata, “Sungguh disayangkan, amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini. Cukuplah syurga hanya sampai di hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.”

Dia terkesima… lalu terbangun… beristighfar lalu mengambil wudhu. Dia tunaikan solat Malam, menangis dan menyesali perkataannya dahulu.

Dan sekarang dia berjanji sejak saat ini dia akan MENUTUP AURATNYA.

Allah SWT Berfirman “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal karena mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al- Ahzab: 59)

Berjilbab @ bertudung menutup aurat adalah perintah langsung dari ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, melalui utusan-Nya yakni baginda Nabi Besar Muhammad Rasulullah Saw. Yang namanya perintah dari ALLAH adalah wajib bagi seorang hamba untuk mematuhi-Nya. Dan apabila dilanggar, ini jelas seseorang itu  telah berdosa.



Sumber : WhatsApp

8 ulasan:

  1. Seronok akak baca tazkirah yang memberi pengajaran pada kita ni yatie...

    BalasPadam
  2. Kakak ada baca whatsapp kisah ini Yati
    So.. jgn perlekeh bab menutup aurat ini. Jika ia sudah menjadi tuntutan agama pasti terlalu banyak hikmahnya.

    BalasPadam
  3. perkongsian yang bagus kak..habis saya baca petang2 nie

    BalasPadam
  4. Nice sharing kak. :) Ilmu yang manfaat.

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah....
    Moga entri ini dpt menyedarkan ramai org CH dan juga dpt membaikpulih diri sendiri juga....

    BalasPadam
  6. Alhamdulilah....
    Moga entri ini dpt menyedarkan ramai org CH dan juga dpt membaikpulih diri sendiri juga....

    BalasPadam
  7. Entri yang bagus ni, CH. Semoga dapat membuka mata hati insan-insan di luar sana yang terbaca tentang ini. Rugi bukan bila kita dah cuba melakukan yang terbaik tapi tak mampu masuk ke sana hanya kerana tidak menutup aurat!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)