Selasa, 3 Mei 2016

Cuti TIGA HARI Pergi Mana ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Kami cuti tiga hari ni balik kampung en.suami ;)
Oleh kerana nak mengelakan jem pada hari sabtu tu.. seawal pagi pukul  7.30am dah keluar rumah.. ambil adik ipar di seksyen 24.. masuk jer highway.. waze lah.. tengok dah jem kat Senawang weyyy.. terus en.suami tukar haluan ikut jalan kampung.. masa keluar tu tak sarapan apa pun.. memang rancang nak sarapan diluar.. suruh en.suami cari tempat sarapan di sekitar jalan kampung tu.. last2 berhenti kat tempat makan di Kendong .. walaupun baru pukul 10.00am .. kedai tu dah siap masak utk tengahari.. apa lagi budak2 ni.. nampak siput sedut, masak lemak cili padi burung puyuh salai, asam pedas ikan pari, keli salai masak lemak cili api dan ayam goreng serai kegemaran nabil.. jadi kami  makan tengahari terus.. perut dah keroncong.. sekali hadap jer semua tu hahaha..
Lepas tu jalan2 pulak kat sukabumi tu.. saja tengok air sungai dan resort kat situ.. nyaman jer berada kat situ..
Sampai rumah FIL dah pukul 12.00tghri.. perut kenyang tak payah mkn tengahari..
Petang nabilah pergi kebun dgn abahnya.. tengok ada pokok kelapa dah condong ke bumi.. sebab hujan mlm tu berangin kuat kata FIL.. so senanglah nak minum air kelapa muda.. petik jer kan.. petang tu keluar juga balik kampung chohong.. jumpa pak uda ajer.. sebab yg lain gi kenduri kahwin.. singgah bandar Jasin sekejap beli barang dan terus balik Jalor semula.. tu lah dihari pertama aktiviti kami ;)

Balik kampung ni pun sebenarnya utk memenuhi kenduri kahwin anak sepupu en.suami, iaitu cucu anak mak andah Esah.. adik FIL saya.. di Semabuk Melaka.. kenduri diadakan pada pukul 6.00pm- 11.00pm pada hari ahad tu.. kami sampai disitu pukul 5.15pm.. sengaja pergi awal sebab tak tahu tempatnya.. kalau pergi siang ni senang nak cari jalan.. takut sesat barat tu pun guna waze hehehe.. 
Bila dah dtg awal ni .. bersembang lah en.suami dgn sepupu sepapatnya.. yg anak2 sibuklah berselfie disana sini.. pengantin bersanding pukul 9.30pm.. kami tak tunggu pun pengantin.. FIL pun dah penat katanya.. jadi tak ada lah gambar pengantinnya ye .. budak2 tu lah yg bergaya diatas pelamin tu.. Nabil cukup teruja dengan bunga telur yg banyak dicacak kat batang pisang ditepi tiang tu.. 
Balik dari situ pun dah jem juga.. sampai Jalor pun dah dekat pukul 11.00pm.. tambahan hari hujan jer sepanjang jalan.. ini aktiviti hari kedua ;)

Hari isnin tu pun en.suami nak balik awal.. malas nak layan jem.. lagi pun ptg nak hantar balik madrasah.. habis sarapan .. pukul 8.00am terus gerak balik.. tu pun dihighway kereta dah banyak.. hujan juga renyai2 pagi tu.. smpi di shah alam dah pukul 10.30am.. singgah Az  Zain beli barang .. terus balik rumah.. smpi rumah kak nabilah nak simpan barang dlm peti ais.. sekali tu peti ais rosak.. habis rosak sayur yg ada dlm peti tu.. Alhamdulillah kat tmpt frozeen tu tak rosak.. kalau tidak lagi busuk peti ais tu.. sudahnya membersihkan peti ais tu.. nasib ada kat Nabilah .. jadi dia masak tengahari tu.. buat spaggheti jer.. saya pulak mendobi baju.. dah hari hujan.. pergi lah dobi utk dryer..
Saya ada bawa balik pokok pandan dari kg sebab pokok pandan saya dah mati masa musim panas tu hari.. jadi menanamlah dulu pokok pandan tu.. petang balik madrasah tu nabilah bawa spagheti juga.. mlm utk dinner saya goreng sambal udang dgn kentang dan sup telur.. sayur tak ada sebab dah busuk.. huhuhu.. en.suami kata hari ini baru nak hantar repair.. tak tahulah bila nak elok tu.. patut pun rosak.. dah 10 tahun berkhidmat.. itu lah cuti hari ketiga saya.. penat weyyy..

Kekawan cuti pergi mana ? ;)

P/s saya taip entry ni di Crystal Crown Hotel.. ada kursus 2 hari.. dah lah kena menginap.. macam mana budak2 tu dirumah dgn en.suami ;)

23 ulasan:

  1. Siput sedut.. macam nak kena masak la pulak lepas ni.
    - K.Sham dok umah jer.. anak bujang byk hmwk tambah pulak 9hb ni dah start exam.

    BalasPadam
  2. Wah cuti yang padat dengan jalan2 ya yatie ..seronok anak2 kan.
    Kesian nya peti ais pulak rosak ya...payah kan kalau kegunaan harian kita bermasalah....

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak yati..

    saya cuti 3 hari dirumah sahaja, tak kemana2 pun.

    BalasPadam
  4. sronok bila cuti pjg blk kampung kn....sy blk kampung juga tp dkt je la...kt gombak..kampung jauh klate xblk..jammed

    BalasPadam
  5. meriah cuti2 akak anak beranak...banyak xtvt yg best nak2 part makan2 tu...kikiki...10 tahun dah berhidmat kalau dia buat perangai pon memang dah wajib la kirenye tu...selamat berkursus :)

    BalasPadam
  6. Seronoknyaa... tun duk umah je cuti 3hari ni.. kuar beli barang kat bandar je. nasib badan duk bintulu, kalau duk semenanjung rasa2 balik kg jugak.

    BalasPadam
  7. Meriahnye cuti akak..falsya xgie jauh2 pun..gie mitsui je..itupun pegi sbb dh alang2 nak jemput mak abah kat klia2..kalau x mmg duk umah yolah..hehe

    BalasPadam
  8. Wahhhh kat hotel rupanya....rehat cukup cukup, jangan risau yg kat rumah doakan aje dari jauh hihi...
    Biasalah CH kalau balik kampung ni.... memang terasa penatnya. Agaknya kita dah semakin kilauan pun ye jugak. Tapi tak perlah kita penat sikit, janji org kg. happy...
    Nak kena beli esbok baru nampaknya tu....sukalah tu sebenarnya kannnn haha...dapat esbok lagi besar!

    Mak pun balik kg CH. Dahlah jem....kesian laki ai, drive sorang sorang hihi...

    BalasPadam
  9. seronoknya balik kampng..sy duk rumah je hihi:)

    BalasPadam
  10. bestnya balik ke kampung.. saya tak ke mana-mana, enche suami malas nak tempuh jem katanya.. 😅

    BalasPadam
  11. Seronok balik kmpg.terisi penuh la masa cuti 3 hari.kami kat rumah je.sy keja n en suami pun kerja.balik kmpg mewah la dengan makan kan.hehe

    Selamat berkursus kak

    BalasPadam
  12. seronoknya bercuti di kampung banyak benda yg anak2 yg tinggal di bandar xboleh buat tapi di kampung ok je.

    BalasPadam
  13. Enak tuh mbak cuti 3 hari bisa kumpul-kumpul sama keluarga :)

    BalasPadam
  14. Oh best cuti2 jln kecuali nor cuti suka kms rumh hbisa hbisan..korek sana korek sini...ptg mkn2 dkt2 jer..merdeka rasanya bila jln clear. ..nikmt sgguh..tk hdp jem,tk bsuh bju yg mmbukit...hti tngg..klu ada ibu kompomlh blikkk

    BalasPadam
  15. nsb lah tau jln kmapung kak... kalu tak nngis layan jem

    BalasPadam
  16. Seronoknya balik kg kak..nur balik rumah mak juga
    tempuh jem juga..wlau dekat aja
    balik aja esbok rosak..sedih rasanya..minta tukar baru namanya

    BalasPadam
  17. assalamualaikum yatie
    amboii kemain lagi bercuti nooo

    BalasPadam
  18. Masih berkursus lagilah ye Yati hari ini
    Memang penatlah Yati cuti hujung minggu yg lalu kan
    Banyak program tapi jalan semuanya jem itu yg menambah letih
    Tapi anak-anak suka tak apalah..

    BalasPadam
  19. Cuti 3 hari lepas, duk menyukat jalan dan cuci bijik mata. Balik rumah untuk tido, pagi lepas tu sambung balik program menyukat jalan. Tak kemana pun, dekat-dekat saja.

    BalasPadam
  20. assalamualaikum kak
    holiday yang fun n penuh gelak senyuman..suka tgk=)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)