Jumaat, 17 Jun 2016

KENAPA TAK MASAK... Jangan Kata Malas Ye 😆 ~__^

KENAPA TAK MASAK? KENAPA BERBUKA DI MASJID


Soalan ni saya terima semalam di post berkenaan saya berbuka di masjid dan tak masak untuk keluarga,

datangnya dari seorang puan budiman dari Terengganu yang baik hati bertanya secara terbuka,

dan saya dapati ada yang dalam diam juga tertanya2... alhamdulillah ramai nak tahu.

Saya nak share kisah yang bermula pada tahun 2012. Tahun itu, saya belum lagi buat bisnes SHAKLEE. Hanya makan sahaja produk tapi tak buat bisnes.

Satu hari dalam bulan Ramadhan 2012, jutawan Shaklee tuan haji Roslan Ghazali ajak bincang tentang peluang bisnes Shaklee di Hotel  De'Palma Ampang, saya hadir bersama mak sedara saya.

Sewaktu berbincang, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini :

" Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya"

Beliau jawab :

"InshaaALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka"

Saya kehairanan lalu bertanya kenapa

Beliau menjawab : " Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam ... tengok2 dah azan..RUGI..! "

" Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya mintak masa dekat nak berbuka, alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, alhamdulillah MAKBUL.."

" RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan msa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa "

Tambah beliau dalam loghat Utara campur Kelantan....

" Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doaalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib .. "

"Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun... ALLAHu akbar...."  kata beliau lagi....

"Buatlah kakyong.. inshaaALLAH lain you rasa...dan inshaaALLAH apa hajat you akan tercapai...inshaaALLAH " Akhiri beliau

Saya senyp sepanjang perbualan.

Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan jutawan Haji Roslan Ghazali

Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.

Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka,

atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan

Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga "mengejar" bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.....

Saya terbanding diri saya dengan beliau...

Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu,

ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit,

buah lah

air lah

kuih tak potong lagi lah

tuang nasi lah

memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri....

Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE

1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga. Untuk menggalakkan saya ke masjid, saya DECIDE untuk jangan masak untuk berbuka kerana bila ada makanan, ada CUSHION untuk saya beralasan untuk tidak ke masjid

2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, alhamdulillah ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.

Inilah sejarahnya kenapa saya akhirnya telah 4 tahun tak memasak di rumah untuk anak-anak berbuka.

Terima kasih tuan jutawan Haji Roslan atas tarbiyah yang tuan sisipkan....

sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan....

Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk tidak masak untuk anak-anak berbuka sebaliknya menumpag KASEH di rumah ALLAH....

Saya bukanlah orang yang banyak amal soleh plus dosa pula sangat banyak sampai tak tertanggung,

Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana2 amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat....

Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna,

namun ALLAH terima kerana RAHMATNYA amat luas dan besar....

dan seoga kita berjaya mendapat itqun minann naar di Ramadhan kali ini, lepas dan bebas dari api neraka dan keluar dari Ramadhan bak bayi baru lahir, fitrah, bersih dari dosa....

Asy-hadu alla ILAHA illALLAH

Astaghfirullah

As-alukal jannah wan au'zubika min sakhatika wannar

ALLAHumma innaka 'afuwwun kareem

Tuhibbul 'afwa
fa'fu'anni

Ammiiin.

Antara saat mustajab doa bagi orang yang berpuasa ialah ketika ia *berbuka puasa*

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja. *boleh diubah mengikut hajat masing2*

💚💚 setiap hari *1 doa* ketika *berbuka puasa* 💞💞

1. Sihat tubuh badan.
2. Tambah iman.
3. Mati yang baik.
4. Beri jln rezeki yg kau redhai.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yang diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tangan kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajjal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

*Semoga memberi manfaat buat semua*

*Sila sebarkan seluasnya*

Ustaz Rahim Nasir
*Ketua Urusan Ulama' Gombak*
Isnin 9 Ramadhan 1437 Hijriah /
14 Jun 2016 Masihi.

Sumber : WhatsApp


Semalam saya ada town hall dan iftar ofis buat , jadi mereka seperti biasa berbuka di masjid.. nasi kerabu mama iftar hari ini .. wasap kakak nabilah kepada saya..
Mama kat sana makan apa.. tanya nya..
Biasa ajer kakak.. lauk ayam dan nasi minyak semestinya..
Saya balik dulu dari mereka.. sampai rumah gelap..
Rumahnya suiz ternaik di suiz utama tu..
Berbekalkan handphone menyuluh , untuk menaikkan semula..
terus mandi dan kemudian azan isyak.. terus solat dan bertarawih sendiri :(.. selalu kalau berbuka dirumah jemaah dengan kakak 2 orang tu.. Pukul 9.30pm saya tido.. dorang balik macam biasa..

p/s jika pandai memperuntukkan masa.. doa dirumah sebelum berbuka puasa pun boleh ajer kan kekawan.. yg penting ambil waktu mustajab berdoa tu.. 

19 ulasan:

  1. Mudah2an doa2 kita sewaktu nak berbuka tu dimakbulkan Allah hendaknya kan yatie..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. dok dgr jgk kt radio dato fadzilah kamsah selalu pesan... doa sebelum berbuka mudah di makbulkan... hari2 ada pesanan itu...

    sbb tu abah dana suke berbuka kt masjid, jarang sgt dia buka kt umah even kami anak2 balik kg berpuasa sama2... tp kt kampung takde org sediakan or ajk sediakan juadah berbuka, jd abah akan bwk bekalan kurma n suruh mak bwkkan air utk dia berbuka ngn beberapa org kt msjid sambil dia nk laungkan azan maghrib, pastu lps maghrib dia blaik umah kejap utk amik air kopi, teh or milo yg mak buat banyak2 utk moreh...

    BalasPadam
  4. Iyalah da pencen ni dapatlah adjust waktu..klau dulu kerja mmg kelam kelibut nak siapkan meja..ada masa dah azan baru masuk rumah

    BalasPadam
  5. Iyalah da pencen ni dapatlah adjust waktu..klau dulu kerja mmg kelam kelibut nak siapkan meja..ada masa dah azan baru masuk rumah

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian kak.. terharu sgt membacanya... Ramadhan kali ini, sy selalu teringat berdoa sebelum berbuka itu sangat makbul.. so, sy praktikkan.. moga kita semua terus istiqomah... amin...

    BalasPadam
  7. alhamdulillah seronok kak dapt berbuka di masjid...

    BalasPadam
  8. Kakak pun dpt whatsapp ini Yati.
    Sebenarnya ramai yg dah tahu dari dulu lagi cuma nak tak nak aje
    Salah satu sebab kenapa kakak malas masak inilah dia Yati tak nak sibuk kat dapur. Itu yg konon nak concentrate masa terbaik yg Allah berikan buat kita. Tapi jgn lupa menyediakan makanan utk org berbuka besar ganjarannya... jgn pulak Yati dah biasa masak terus tak masak pulak hihi..

    BalasPadam
  9. Betul tu, di mana2 pun mustajab rasanya. Nak buat dgn tidak aje. Tp di masjid tu lebih afdal lah sbb takde sibuk dgn hal duniawi yg lain.

    BalasPadam
  10. Terima kasih Yati, share dengan kami semua... Baru saya tahu.

    BalasPadam
  11. hanya baru2 ini saja ky tahu mustajap doa sebelum berbuka puasa..

    BalasPadam
  12. alhamdulillah , saya juga amalkan doa berbuka ni tapi di rumah sahaja selepas melihat dalam program agama di tv ttg mustajab doanya ...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah... baru tau pasal ni jugak..

    BalasPadam
  14. byknya kelebihan yg kita dpt jika berbuka dimasjid...berulang kali nur baca...beruntungnya mereka...doa dimakbulkn

    BalasPadam
  15. bagus perkongsian ni kak yati...kalau kat masjid...fokus untuk buat ibadah tu lebih berbanding di rumah...noe pun nak belajar berbuka di masjid juga...

    BalasPadam
  16. Setuju dgn pesanan ko tu CH....boleh jer berdoa kat rumah kan.
    Mana manalah yg rasa selesa kot.

    BalasPadam
  17. Yalah, mana dapatlah, CH. Janji kita kejar waktu yang paling baik untuk berdoa. Betul juga tu, time nak dekat berbuka ni memang kita mak-maklah yang paling sibuk. Itu tak siap, ni nak kena sediakan. Kalau tak kena gaya, memang tak ingat langsung nak berdoa!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)