Jumaat, 3 Jun 2016

SAGO GULA MELAKA BERSANTAN ... emmmm dapnya 😀 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya :)


Hari tu saya ada buat kuih sago kelapa kan.. disini
Jadi ada lebih sebahagian nya didalam peti ais..
Oleh itu mari lah kita olah menjadi Sago Gula Melaka Bersantan..
En. suami suka makan dengan gula melaka ni daripada makan dengan kelapa..
Kena lah pulak merajinkan diri tambah santan kelapa dan gula melaka tu..
Senang jer kan.. rebus jer gula melaka seketul dalam air tu hahahha..
Bila Nabil makan yg ini.. dia kata macam rasa cendul lah mama.. sedap sangat.. boleh tambah lagi tak..
saya sendiri pun menambah dua lagi sagu tu.. saya kan masuk dalam bekas puteri ayu tu.. jadi dah 2 hari dalam petiais itu..
sedap lah makan sejuk2 tu..
Boleh juga untuk manisan utk berbuka puasa nanti kan kekawan.. ;)


Resepi sagu tu sama jer.. masa saya buat tu manis-manis buah ajer.. tapi kalau nak buat sagu gula melaka ni jangan diletak gula tu jer :)
Moh lah kita tengok resepi yg cuma tambah santan dan gula melaka ni..

RESEPI SAGO GULA MELAKA BERSANTAN

Bahannya :-
- 1 cawan sagu - saya beli yg dah siap warna merah 
- 1 1/2 cawan air
- pewarna merah ~ saya guna pewarna sirap ros
- Daun pandan

Caranya :-
1. Rendam sago selama 10 minti dan toskan.
2. Masukkan air, pewarna dan daun pandan dalam periuk, masak sehingga air mendidih.
3. Masukan sagu dan kacau hingga kembang
4.Angkat dann masukan dalam acuan, saya masukan dalam bekas seri ayu tu.
5. sejukan dan petiais, apabila sejuk bolehlah dikeluarkan dan hidangkan bersama santan dan gula melaka.
*untuk sago hijaupun sama seperti diatas

MANISAN GULA MELAKA
Bahannya :-
- 1 ketul gula melaka
- 1/2 cawan gula melaka
- 1 cawan air
- 1 helai daun pandan

Caranya :-
Satukan semua bahan, masak sehingga gula larut dan pekat , kemudia tapis, letak dalam bekas .

SANTAN

Bahannya :-
- 1 cawan pati santan @ susu cair
- secubit garam

Caranya :-
Saya buat kelapa tu saya perah bersama air masak suam, dan ambil pati pekatnya, kemudian masukkan secubit garam, untuk rasa lemak masin jer. 

Cara menghidang
Keluarkan sago  dari acuan, letakkan dalam mangkuk atau piring, curahkan gula melaka dan santan ikut suka kekawan lah..
Hendak manis letak banyak gula tu ..
Tapi jaga2 jangan sampai potong kaki pulak hahhaha..

Selamat Mencuba ~__^


13 ulasan:

  1. penah buat dulu hntr ke opis. masing2 mcm jakun je bla 1st time mkn kuih ni ;-)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum
    singgah pagi

    BalasPadam
  3. fav ni...kalo ltk dlm peti ais sejuk2 pn sodap

    BalasPadam
  4. akak memang suka buat saya gegar jiwalah...hehe
    sedapnya. ni kalau time sejuk makan, perghhh
    nikmatnya! =)

    BalasPadam
  5. Haaa... kalau versi ni rumah kakak selalu buat Yati
    Makan dgn kelapa kakak tak pernah buat.

    BalasPadam
  6. ni hidangan wajib puasa nanti.

    BalasPadam
  7. Ganti kan dengan susu cair sedap agaknya yatie,sebab kat rumah akak jarang guna santan ,abang tak makan.
    Sedap kan kalau dimakan sejuk.

    BalasPadam
  8. sedapkan kak yati
    saya biasa makan yg berkelapa tu
    yg begini 1st time makan di ofis
    kawan bawak tp dia guna susu cair
    siap ajarkan lagi cara2 nak makan

    BalasPadam
  9. Makan sejuk-sejuk ni nikmatnya alahai, CH. Eh, rasa macam berpuasa ajelah tengok makanan semua pun menyebabkan air liur meleleh-leleh!

    BalasPadam
  10. first time makan, terus jatuh cinta.. dengan sejuknya.. sedap nyaaaa

    BalasPadam
  11. Yang ni memang tak boleh tahan tambah2 bulan posa.. hahaha.. selamat berpuasa buat norhayati sekeluarga..

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas resepi..sedap 2 dan boleh cuba..jemput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)