Jumaat, 10 Jun 2016

Tadabbur Kalamullah :: JOM MENIAGA YG MUDAH DI BULAN RAMADHAN INI ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Salam jumaat yg barakah..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan kemanisan iman, serta diberikan kesihatan yg baik jua hendaknya ..




Tadabbur Kalamullah:
☆Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan 1437H☆

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ * لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)"[Surah Fatir 29-30]

#Allah swt menjanjikan satu perniagaan yg tidak akan rugi dan bangkrap bahkan dibayar dgn ganjaran pahala yg besar serta pelbagai limpah kurnia dariNya. Perniagaan ini ialah perniagaan dgn Allah swt.

#Perniagaan yg disebut dlm ayat ini ialah
1. Orang yg selalu membaca al-Quran
2. Orang yg istiqamah mendirikan solat fardhu dan sunat
3. Orang yg dermawan samada derma secara sembunyi atau terang-terangan

#Bersempena dgn kita berada di bulan Ramadhan maka dituntut serta digalakkan kita meningkatkan bacaan al-Quran dgn khatam dan faham, mendirikan solat tarawih dan witir samada 11 rakaat, 23 rakaat atau 39 rakaat serta berderma harta utk membantu fakir miskin, ibu tunggal dan org yg memerlukan atau dgn menjamu makan orang yg berbuka puasa, moreh atau bersahur. Semua ini adalah kebaikan yg dijanjikan ganjaran yg melimpah2.

#Disebut dlm sebuah atsar:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بن مسعود رضى الله عنه ، أنه قَالَ: ” مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَعْلَمَ أَنَّهُ يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ فَلْيَنْظُرْ، فَإِنْ كَانَ يُحِبُّ الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ “.

“Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: “Siapa yg ingin mengetahui bhw dia mencintai Allah dan RasulNya, maka perhatikanlah jika dia mencintai al-Quran maka sesungguhnya dia mencintai Allah dan RasulNya.” (Atsar sahih dlm Syu’ab Al Iman, karya al-Baihaqi)

#Nabi saw bersabda:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ -متفق عليه.

"Barangsiapa yg mendirikan solat malam di bulan Ramadhan krn keimanan dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampunkan dosa-dosanya yg telah lalu" (Muttafaqun Alaih)

#Nabi saw bersabda lagi:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga" (HR Ibnu Majah, at-Tirmizi dan Ahmad)

♡Jom kita berusaha utk mendapat keuntungan yg hakiki dgn cara berniaga dgn Allah swt dengan melakukan amal soleh sebanyak2nya terutama di bulan Ramadhan dan semoga kita menjadi hamba Allah yg bersyukur dgn segala nikmat yg dikurniakanNya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN    
bit.ly/tadabburkalamullah

https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Sumber : WhatsApp

11 ulasan:

  1. Salam Jumaat Kak
    terima kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam
  2. Terimakasih tambah ilmu akak pagi ni....baru tau solat,membaca quran dan bersedekah juga satu perniagaan.

    BalasPadam
  3. SALAM JUMAAT YATI PERKONGSIAN YG BERMENAFAAT..TKSH

    BalasPadam
  4. Inilah perniagaan yg pasti keuntungannya berlipat kali ganda Yati
    Tak perlu disangkal dan dipertikaikan lagi
    Di dunia rasa bahagia di 'sana' kelak lagilah tak terkata untungnya.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas perkongsian yg amat bernilai ini...moga kita semua sentiasa berada dalam kasih sayang Allah swt

    BalasPadam
  6. Perkongsian yg bermanfaat.. Salam jumaat sis :)

    BalasPadam
  7. Perkongsian yg bermanfaat.. Salam jumaat sis :)

    BalasPadam
  8. Perniagaan yang tak merugikan ya, CH. Wajiblah kita grab perniagaan macam ni. Sedang berusaha ke arah itu juga.

    BalasPadam
  9. Perniagaan yang takde rugi.. untung berganda-ganda pulak tu. Alhamdulillah, bertuah umat Islam ni..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)