Selasa, 19 Julai 2016

Syawal Days 12 :: MENU RARE... Majlis Hari Raya Group Jiran Tetangga Kaum Ibu ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..


Pada hari Ahad 17 Julai 2016 , admin Group Jiran Tetangga Kaum Ibu mengadakan majlis hari raya pula.. ini kira perjumpaan kali kedua , selepas majlis pertama pada tahun lepas.. makin ramai ahli grup kali ini.. 
Majlis bermula pada pukul 3pm-4.30pm.. itu pun terlajak jugak..
Mulanya nak buat dipadang seperti tahun lepas, memandangkan hari sabtu hujan turun dengan lebatnya, maka untuk langkah berjaga-jaga, maka pindah lokasi ke surau, walaupun pada hari sebenarnya.. cuaca sangat bagus , terang benderang, hanya pukul 6pm keatas baru hujan. Tapi tak apa lah kan langkah berjaga-jaga.. Lagi pun disurau tu ada khemah, meja dan kerusi.. lagi senang urusan utk mengatur segalanya..



Hampir 31 list yg membawa pelbagai makanan , minuman , buahan dan kelengkapan untuk majlis tersebut. Siap pesan buat ala kadar jer ye takut tak habis tapi boleh jer dibungkus bawa balik hari itu, memang banyak pun bungkus bawa balik..


Inilah menu rare yg rahsia oleh pembawa tu.. Lemang Periuk Kera... perghhh semua orang teruja.. memang sedap kekawan.. rajin sungguh yg membawanya.. saya tak dengar pulak masa admin menanya siapa yg bawa.. Kak Nabilah kata adalah mama.. mak cik tu angkat tangan .. emmmm mama ni.. hihihihi
Ini menu dah terbiasa dan paling orang suka, kambing panggang 2 ekor, masa kat senarai nama tu, penyumbangnya RAHSIA hehehe.. bila di majlis baru tahu 2 orang yg menyumbangnya.. Terima kasih bebanyak lah pada penyumbangnya.. anak2 saya paling suka yg ini.. ^__^

Ini juadah yg saya bawa roti jala dwi warna dan kuah kari ayam, Alhamdulillah, kak nabilah yg banyak membantu sebab pada hari jumaat saya demam dan hari sabtu lagi lah badan dah mula seram sejuk, pagi2 saya sudah ke klinik selepas menghantar najeeha tuisyen hari sabtu.. melepek sungguh saya sabtu tu.. kak nabilah yg memasak utk makan tengahari tu..
Jadi hari ahad tu saya dah kurang sikit demamnya.. saya cuma masak kuah kari ayam dan kak nabilah yg membuat roti jala, dari membuat adunan kak nabilah saya cuma bagi bagi resepi dia buat sampai habis..
Saya lepas masak kuah kari , makan ubat terus tertido sampai pukul 2pm. Pastu saya tengok kak nabilah dah siap susun dalam tupperware tingkat tu, isi kuah kari ayam tu sekali..
Masa majlis tu semua orang dok puji cantiknya roti jala dwiwarna ni.. lembut pulak, tersenyum kak nabilah mendengarnya.. ~__^

Mula majlis tu mestilah dengan ucapan puan Admin grup kan.. Atie yg kelakor ni.. ada jer lawak yg dibuatnya.. puan admin kata sungguh tak sangka sambutan sungguh menggalakkan dari kaum ibu ni, semoga kita akan terus mengeratkan lagi silaraturrahim ni..
Sewaktu saya bersalam dengan Atie ni.. dia kata.. "kecik atie dengan akak tau, saya angkat tangan kat akak, akak buat tak tahu jer bila berselisih kereta, akak menonong jer pandang depan", siap dengan gayanya.. semua dok gelak.. "Maaf lah atie.. akak ni kalau bawa kereta memang tak pandang kiri kanan, jangan lah kecik hati tau, akak minta maaf banyak2.. lagi satu kalau jumpa jangan lambai2 dari jauh jer, akak ni rabun ko " hahhahaa..

Ini pinggan pertama saya, dah tentu nak mencuba menu rare ni.. Lemang Periuk Kera ini, ambil satu cukup lah .. nak rasa kan.. nanti macam nak oder jer puan ni.. sedap sangat.. pinggan seterusnya tak ada lah ambil gambar.. sibuk makan dan bersembang.. hahaha..

Bergambar ramai-ramai dengan pelbagai aksi.. ada yg tak nampak juga sebab terlindung balik tiang hihhi.. minta maaf dari kak nabilah yg tukang mengambil gambar tu.. dah lah hari panas berdenting.. semua mata mengencil ajer hahhaha..
Namun begitu majlis ini sungguh meriah sekali dan semua muka ceria sangat.. Indah sungguh di hari raya kan.. 

22 ulasan:

  1. Baguslah buat macam ini Yati
    Kalau tempat kakak semua satu taman siap jemput org bukan Islam sekali. Macam ini seronok sebab semua perempuan. Yg bagi kambing golek tu yg special betul. Murah rezekinya sedekah - mungkin dia buat akikah sekali kan. Bagus!

    BalasPadam
  2. Bertambah ahli lg..alhamdulillah
    Moga ukhwah berkekalan
    Mmg rare lemang periuk kera...unik sgt

    BalasPadam
  3. wahhh.. lemming periuk kera?
    tak pernak makan.

    BalasPadam
  4. meriahnya..bagus dapat jiran tetangga camni..menu pon memacam haaahh..semua yang sedap sedap ajer..
    sian kaum bapak takleh join :(

    BalasPadam
  5. yg mkn wanita2 je ke kak? bestnya tgk jalinan ukhwah kt perumahan akak... meriah tgk segala jenis menu yg ada...

    mmg rare sgt lemang periuk kera tuh kak

    BalasPadam
  6. WAH BERSATU HATI SEMUA AHLI GRUP..BNYK HIDANGAN SEDAP DISAJI..MERIAH MJLISNYA

    BalasPadam
  7. Wah meriah sungguh.
    Meriah ahli
    Makanan lagi meriah.
    Alahai kambing golek...

    BalasPadam
  8. seronoknya buat potluck ni macam2 menu ada
    tak pernah rasa lemak periuk kera
    selalu dengar orang ckp sedap
    mana nak dapat kat melaka ni

    BalasPadam
  9. Seronok nya ada group kaum ibu begini,bersatu hati mengadakan majlis ,sama2 menyediakan juadah.
    Dah boleh diharap anak gadis yatie kan,bila tak sehat dapat selesai kan kerja masak memasak....rajin sungguh.Boleh buat menantu ni ....hihiii.

    BalasPadam
  10. bestnya juadah hari raya..tudia, tergolek kambing 2 ekoq..hihi..

    pernah sekali makan ketupat periuk kera...mmg sedap..

    BalasPadam
  11. Meriah nyer..seronoknyer... Kat Taman bunda ni minggu depan...buat Majlis Jamuan Hari Raya...ada ucapan sikit dan makan sama2.. menu pulak dibahagi2 tiap jalan nak buat apa..pastu masak sama2. Memang tiap tahun buat camtu...

    BalasPadam
  12. alhamdulillah..muafakat membawa berkat..
    seronok melihat kerukunan yg terjalin sesama jiran

    BalasPadam
  13. wah seronok lah tempat akak ada kaum ibu punya program khas hari raya
    tempat saya takde...

    saya pun tak pernah makan lemang periuk kera tu, tgk pun tak pernah apatah lagi nak makan.
    sedap sangat ke kak?

    BalasPadam
  14. wow seronoknya ade jiran tetangga mcmni !!!! masyarakat yang mcmni yg perlu ade kat mana je!!!!! anywyas selamat hari raya ;)

    BalasPadam
  15. ramai kak yang join.semakin meriah.menu pun bermacam-macam.muafakat membawa berkat

    BalasPadam
  16. macam2 menu nya terbaik lah yatie
    seronok semua nya yg hadir hehe

    BalasPadam
  17. Jiran mak nak datang mlm ni CH.... mak tgh ngeri ni. Bab nak agak mengagak makanan ni yg seram ni.
    Harapnya cukuplah hendaknya weyh...
    Esok up entry dah tentulah kisah mlm ni hihi...

    BalasPadam
  18. Jiran mak nak datang mlm ni CH.... mak tgh ngeri ni. Bab nak agak mengagak makanan ni yg seram ni.
    Harapnya cukuplah hendaknya weyh...
    Esok up entry dah tentulah kisah mlm ni hihi...

    BalasPadam
  19. bestnya...
    sgt2 meiah..
    sepakat membawa berkat

    mmg rare lah..serius lya sdri x pnh tgk n rasa lagi..pnh tgk dlm citer upin ipin je sblm ni..

    BalasPadam
  20. CH, boleh tak pinjamkan si Nabilah ni dalam seminggu gitu? Nak buat menantu tak boleh, takda yang sesuai tapi kalau pinjam duduk rumah okey kot ^_^ Senang hati kalau dapat bermenantukan si Nabilah ni tau!

    Cantik roti jala dwiwarna yang Nabilah buat. Padanlah terus sawan roti jalan jiran sebelah rumah saya tu ~_^

    Bestlah CH ada jiran tetangga macam ni. Seronoknya dalam mengeratkan silaturrahim macam ni!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)