Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pada hari raya ketiga FIL buat rumah terbuka raya.. lama dah FIL tak buat.. jadi tahun ini FIL dan mak cik berhajat utk membuatnya. Majlis dibuat selepas solat Jumaat.. seusai mereka solat terus para tetamu menuju ke rumah FIL .. ramai yg hadir.. gembira sungguh FIL dan mak cik :) 😊😆😃
Jadi hari raya kedua kami sekeluarga menyediakan utk majlis rumah terbuka raya.. en suami sibuk menyediakan lemang.. lebih 10 btg lemang disediakan.. selalunya FIL dah buat lemang sehari sebelum raya.. tapi bila nak adakan majlis ini tu yg buat raya kedua.. saya dan ipar duai perempuan sibuk didapur .. membasuh ayam dan memotong daging , ini tugasan saya hihihi kena potong daging.. mak cik nak buat rendang makan dgn lemang..
Petang tu kak long ada perjumpaan raya.. reunion sekolah Felda Bukit Jalor tu.. kak long tanya nak bawa apa ye.. yg juadah raya tentu ramai yg bawa.. jadi saya cadangkan buat apam goreng cicah sambal tumis.. pastu adik ipar saya pulak kata tambahlah lempeng kelapa.. jadi saya tolong sediakan apam goreng.. kak long sediakan sambal tumis.. adik ipar saya buatkan lempeng kelapa.. kul 2.00pm perjumpaan tu .. anak2 saya sibuk nak mengikut mak longnya.. balik kak long dari majlis tu.. pergi sekejap beraya rumah uwan piah.. tengok uwan semakin uzur.. nak bergerak pun kena mengensut.. semoga diberikan kesembuhan buat uwan..
Ini sebahagian juadah kami pada hari itu.. tak sempat nak ambil gambar yg lain..
Menu utama adalah nasi beryani,ayam masak merah, kurma daging dan jelata. Menu samping mee hoon sup tulang gear box dan daging tetel.. perghhh sakan orang menghirup kuah.. selain itu lemang,nasi impit, kuih muih dan buah-buahan...
Yang menggembirakan FIL semua juadah habis pada hari tu.. 10kg nasi beryani dgn 20 ekor ayam kan.. mcm nak menyambut menantu pulak hehehe.. nasi beryani dan daging masak kurma tu disediakan oleh pak itam dan mak itam di kg chohong.. jadi dlm pukul 10.30am adik ipar gi jemput .. yg lain semua disini.. senang hati bila semua juadah siap dihidang..
Ini adalah gambar beramai-ramai bersama adik perempuan FIL iaitu mak andak.. selalu raya pertama kami dah sampai kerumah mak andak beraya.. jadi kali mak andak anak beranak serta cucu dari Sungai Mati Muar Johor datang beraya..
Gembira sungguh hati FIL..
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. serta tercapai hajat FIL dan mak cik utk menjamu kawan sekampung dan sanak saudara..
P/s saya update entri sambil menunggu nombor dipanggil. Ada appointment doktor.. baru lepas ambil darah.. harap2 keputusan darah tu baik2 saja.. tidak kena bebel lah saya dgn doktor nanti.. dah lah raya makan macam2 ni.. pantang jumpa hihihi 😆😄😉
WAARGHH X AJAK SY PUNNN ;-)
BalasPadamwah mesti best ni
BalasPadammeriahnye kak famili akak...bestkan dapat kumpul ramai2 camni time raya...dapat pulak menu yg meletop2 sedap...fuhhhh!! memang mabeles sangat2 kak...telan ailio sambil membayangkan sup gearbox dengan tetel tu...hahaha
BalasPadammoga2 keputusan darah akak baik2 belaka...time raya gitu la kak mana la dapat nak kontrol tekak...lagi pon perut kemaruk asyik lapo je di siang hari kan...kikiki
meriah kak.... mcm trend beraya family dana kt johor mmg raya ramai2 berkonvoi... meriah jd nya...
BalasPadammenu mcm2 nya kak...
*moga2 keputusan darah akak ok je yek arini kak
Kalau masak bergotong royong mcm ni mmg jadi mudah kan Tie...Tapi yang tak tahannya penat mengemas lepas tu huhu.....
BalasPadamOrang belah belah Melaka mmg suka buat lemang ek.....Cukup ke 10 batang jer tu?
Salam aidilfitri Yati
BalasPadamBukan mudah nak kumpul semua saudara apa lagi kalau hari raya Yati
Lain kalau majlis kahwin. Raya ni sebab kadang rumah kita sendiri yg dtg tak berhenti itu yg keluar asyik tergendala.
Keluarga hubby kakak lagi buat hari keluarga raya ke dua Yati. Penat/letih kakak raya tahun ini.
Alhamdulillah, meriah majlis dan berjalan lancar, makanan pun habis.. tanda sebuah majlis yg diberkati.. syukurrrr. Kecur tau baca lempeng ngan sambal tumis, hahaha
BalasPadamMeriah sungguh majlis rumah terbuka keluarga yatie tu....seronok akak tengok.
BalasPadamAkak doakan result darah yatie tu ok je...semoga yatie terus sehat.
Meriah sungguh majlis rumah terbuka keluarga yatie tu....seronok akak tengok.
BalasPadamAkak doakan result darah yatie tu ok je...semoga yatie terus sehat.
mesti meriah..ramai yang join tu..
BalasPadamwow. best nyer.
BalasPadamumah mak abah aida tak perlu declare open house, kak.
memang ala-ala open house 1-3 hari raya :)
seronok!
selamat hari raya kak...
BalasPadamitu yang seronok bila tiba hari raya, ini lah masa kita nak berkumpul sanak saudara kan kak...
terbaik
BalasPadamMeriah sgt bila famili besar berkumpul pastu rewang masak camni.walaupun penat tapi best..bukan senamg sanak saudara nk berkumpul sebumbung camni kalau tak buat open house or kenduri kan
BalasPadamrajinnya FIL buat open house. kalau dah raya ke-2 buatnya, kira dah macam family day campur raya lah ni kan kak yati.
BalasPadamBaca daging tetel tu terus terliur-liur, CH. Maklumlah yang bahaya pada kesihatan itulah yang paling sedap!
BalasPadamRajin FIL CH buat open house. Nasib baiklah anak menantu semuanya beri kerjasama sepenuhnya, selesai tugasan masing-masing.
CH ni memang rajin tau. Bab masak-memasak ni kalau beri task kat CH seorang pun rasanya selesai juga semuanya!