Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendak nya..
Hainom .. ingat kan nak mengeram lama sikit sampai telur menetas .. tapi rupanya telur yg dieram .. tembelang Nom..:P hahahah..
jadi mari lah kita .. kembangkan kepak di blog ni utk update entri :D
Sebenarnya Nom.. balik dari kursus tu.. terasa sangat kilauan emas CH ni masa buat aktiviti tu.. nanti CH update entri lah mengenai kursus tu..
Ni nak cerita hari sabtu punya kisah ye.. pada pagi tu saya dengan kak andak pergi menghadiri nikah Nuryantie iaitu anak arwah abg hasan dan arwah kak ita.. kira anak buah saudara lah.. arwah berdua tu anak buah arwah abah.. jadi kakak nya Nurul yg pakai baju merah tu menjemput.. kata adik saya .. jadi siapa yg berkesempatan sila pergi.. meneruskan jua ingatan ukhuwah keluarga.. saya dan kak andak mewakili keluarga kami. saya tak tunggu sampai bersanding sebab nak balik cepat utk masak hehehe..
Masak apa tu ?
Sebenarnya hari sabtu juga kami buat open house di rumah mak kat kuang tu untuk adik beradik, saudara mara dan kawan2 sekampung..
Jadi nak balik cepat sebab nak menjala lagi hahaha..
Part saya kena buat roti jala dan serawa durian.. balik dari kenduri tu terus tukar baju dan mula menjala dengan kak nabilah.. huhuhu untung banyak ada anak dara ni.. saya tak buat dwi warna buat satu warna hijau jer.. semua tertarik dengan warna hijau roti jala tu..
Malam tu kak lang, kak andak dan adik saya uda dah mula buat part mereka iaitu memasak rendang itik, rebus ketupat, siang tu tambah lagi laksa utara... gulai ayam kampung..
Antara kekawan sekampung saya yg sempat hadir.. yang dah lama saya tak jumpa ialah Rohana yg tudung coklat.. sakan berpelukan bila jumpa.. dia lama mengajar di Batu Pahat Johor, hampir 20 tahun dia disana.. baru beberapa tahun dia pulang kesini.. sebab mak dia pun tak sihat katanya..
Yang lelaki dua di bawah tu kawan sekolah dan jiran belakang rumah juga .. yang baju belang kuning tu taukeh durian.. saya mengoder durian dari dia lah untuk di buat serawa durian..
Saya oder hampir 2 guni gula durian ni kat dia.. adalah dalam 30 biji lebih.. puas lah makan durian.. tetamu yang hadir pun kami bagi makan durian ni juga.. buah durian tu boleh tahan besarnya.. isinya tebal dan elok..
Hari ahad kak ateh pulak buat open house di rumahnya.. saya pergi selepas najeeha hampir seminar peperiksaan PSRA untuk agama.. dalam pukul 6pm saya bergerak dari rumah.. adik beradik yg lain dah sampai awal.. kak ateh mula open house 2pm-8pm.. saya puasa semalam jadi berbuka puasa di rumah kak ateh.. nak menghabiskan puasa 6 saya hehehe.. menu kak ateh buat memang banyak nasi beryani, ayam masak merah, rendang ayam, dalca, laksa utara, mee hoon sup, ketupat palas dan buah-buahan..
Itulah kisah saya di hari sabtu dan ahad :D
Kekawan kemana pula :)
Baguslah adik beradik hang CH bersatu hati dan tenaga, rewang masak gitu. Bukan sikit sikit punya masak tu....menjemput satu kg, macam nak menikahkan Nabilah je tau hihi....
BalasPadamWeyh semalam kita pun menjala hokey.....bawak rumah mak mertuaku. kaler pun sama hijau, sebab kaler kuning dah habis, mak pun belasah ajelah kaler hijau.
Rajinnya Kak Ateh mengopen house, dah hilang penat ke rewang masak kat kg tu?
Kita dah tutup ziarah raya sejak minggu lepas, CH. Hujung minggu ni dah mula rutin harian - jalan-jalan cari makan!
BalasPadamSedapnya roti jala dan serawa durian. Dua-dua saya suka. Kalau Nabilah dah mahir, silalah hantar ke rumah saya. Saya takda anak perempuan! Hahaha!
Jiran saya tukan, kalau orang tak update aje dia fikir mengeram telur tau. Maybe dia kot yang suka mengeram ni. Hehehe!
Sedap mengumpat nampak!
PadamAmboiii durian tuuuu menggamit sangat nih!
BalasPadamwow..macam2 jenis ada..seronok. Tapi yg paling seronok tentulah jumpa semula dgn kawan lama kan kak.
BalasPadamBila tengah musim durian, open house pun durian ada dihidang sama kan Yati. Makan pulak ramai-ramai memang syok tak sedar tahu-tahu dah licin:)
BalasPadamBergotong royong ya kak...memang rengah musim durian kot ni...saba sini sinun peniaga jual durian...
BalasPadamDuriannnnn lama nya mkn yg fresh mcm ni yatie
BalasPadamBaling mai sebijik nak makn hehe
meriah... mmg kene puasa lg pasni raya nih kak... mcm2 makanan kite bedal
BalasPadamdurian tuh geramnya kak... msti elok2 sbb nmpak baru lg nampak fresh...
Banyak nya makanan...bagus keluarga yatie buat open house jemput org kampung.Nampak meriah sangat.Akak suka roti jala tapi cicah lauk pauk lah spt kari.Akak tak minat durian tapi kalau ada serawa akak bedal je.
BalasPadamPelbagai majlis dan makanan sepanjang Syawal ni.
BalasPadamMeriahnya jamuan makan-makan mcm ni. Siap ada durian lagi..
BalasPadamperghhhhhh...durian tu yang win kak!
BalasPadamMakn2 sampai tk boleh nak masuk dahkan..
BalasPadamTersandar terus. ..kami pun lps mkn2,bantai mkn duriannjuga...adoiyaiii. .mmg ketih mkn..esoknya kna puasa ganti..klu tk tu rasa mcm melampau plkk..
slmt pengantin baru utk mempelai
BalasPadamlamanya x mkn roti jalaaaaaaa
CH.. Kuang kat mana tuuu.. OZ pun kat Kuang jugak..
BalasPadamOohhhh org kampung kuang juga ye..
PadamRumah CH batu 17 berhadapan dgn petronas tu..
OZ kuang kat mana..
Entah2 kenal hahaha
Durian paling WIn :D
BalasPadam