*SELOKA KIAN TUA*
Rasa seperti baru bersanding,
Rupanya berjalan paut di dinding;
Dulu tubuh badan kurus ceding,
Sekarang gendut tiada tanding.
Masa berjalan begitu cepat,
Nyamuk kenyang pun tangkap tak dapat;
Diam tak diam cucu dah empat,
Makanlah yang lembik seperti lepat.
Bercakap tersasul perkara biasa,
Tak ingat Isnin atau Selasa;
Gigi pun kurang makan tak rasa,
Berulang ke hospital untuk periksa.
Duduk di rumah tinggal berdua,
Saling memandang sebab dah tua;
Anak-anak bekerja jarang bersua,
Rumah pun sunyi seperti gua.
Berjalan susah urat dah tegang,
Tangan kebas susah nak pegang;
Terkasar gerak tangkap di pinggang,
Terkejut kucing jatuh tonggang-langgang.
Apa nak buat dah hukum alam,
Bagaikan muda baru semalam;
Pandangan mata pun asyik kelam,
Buatlah ibadah siang dan malam.
Sumber :whatapps
Rasa seperti baru bersanding,
Rupanya berjalan paut di dinding;
Dulu tubuh badan kurus ceding,
Sekarang gendut tiada tanding.
Masa berjalan begitu cepat,
Nyamuk kenyang pun tangkap tak dapat;
Diam tak diam cucu dah empat,
Makanlah yang lembik seperti lepat.
Bercakap tersasul perkara biasa,
Tak ingat Isnin atau Selasa;
Gigi pun kurang makan tak rasa,
Berulang ke hospital untuk periksa.
Duduk di rumah tinggal berdua,
Saling memandang sebab dah tua;
Anak-anak bekerja jarang bersua,
Rumah pun sunyi seperti gua.
Berjalan susah urat dah tegang,
Tangan kebas susah nak pegang;
Terkasar gerak tangkap di pinggang,
Terkejut kucing jatuh tonggang-langgang.
Apa nak buat dah hukum alam,
Bagaikan muda baru semalam;
Pandangan mata pun asyik kelam,
Buatlah ibadah siang dan malam.
Sumber :whatapps
SELOKA INDAH DINIKMATI SAMBIL DIRENUNGKAN
BalasPadamBuat renungan orang macam kak rose ni la...hihi
BalasPadamSaya pulak baru nak membela anak.
BalasPadamBegitulah perjalanan hidup kita.
BalasPadamSampai masa semua ditinggalkan.
hekhekhek...
BalasPadamIndah seloka nya .. Hee
BalasPadamNi ha mak nak tanya... Apa motif gambo dengan seloka tu ? Dahlah gambo tu kelam .....mata mak belum kelam lagi hokey!! Hihi...
BalasPadamCantiknya rumah hang CH.
Dalam maksudnya ini seloka, CH. Pada yang dah terasa-rasa diri dah tua ni, memanglah faham segala maksud tersurat mahu pun tersirat. Hahaha!
BalasPadamIni seloka saya yang diciplak dan diviralkan.
BalasPadamIni seloka saya yang diciplak dan diviralkan.
BalasPadam