Jumaat, 2 September 2016

Kita SERAM ni.. Dah Dekat... Jom Bacaan Yassin Dan Solat Hajat.. ^__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya ..

#teka harga masih di buka di Entri Ini.. Jom Teka Harga..

Malam tadi surau di taman saya mengadakan bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk anak-anak yg akan menduduki exam.. yang pertama tentulah UPSR .. lagi 2 hari jer.. mak pulak yg seram hihihi.. ye tak Hainom :)

Beriya saya menyuap kuih karipap yg sedap tu :)
Bacaan yassin dimulakan selepas solat Maghrib.. ramai juga ibubapa yg datang walaupun malam tadi hujan..
Selepas solat Isyak .. Solat Hajat pula diadakan.. Najeeha kata lama dia berdoa dalam sujud terakhir.. terasa sekejap pulak imam tu sujud .. banyak lah yg hendak didoakan tu hihihi..

Gambar bacaan yassin tak ada.. gambar ni pun ambil dari wasap grup jiran tetangga.. adalah terselit gambar saya yg bertudung biru dan Najeeha juga bertudung biru baju merah hihihi..
Berceritalah mak2 ni kisah anak2 ni.. sambil menikmati nasi arab didalam dulang ni..
Anak2 releks sungguh nak menjawab exam.. bila tanya dah baca buku.. jawabnya dah banyak baca dah hahhaha.. cerita mereka hihihi..

Semoga anak2 kami dan juga anak2 kekawan yg hendak menghadapi peperiksaan dipermudahkan, diberi ketenangan dan terang hati serta kefahaman untuk menjawabnya.

Untuk mendapatkan doa-doa peperiksaan boleh tengok disini 10-doa-doa-untuk-menghadapi-peperiksaan 
Lebih 1300 ++ orang tengok entri ini.. ramai yg mencarinya utk berdoa kepada anak2 ..

Kita telah berdoa, berusaha yg seterusnya kita bertawakal kepada Allah yg menentukan segalanya..

15 ulasan:

  1. alhamdulillah..moga mereka dapat menjawab segala soalan dengan mudah dan tenang

    BalasPadam
  2. mudah mudahan anak-anak yang ambil peperiksaan tahun ni dapat menjawab soalan dengan baik..

    BalasPadam
  3. Betullah Yati.. setelah berusaha bersungguh-sungguh salah satu usaha yg kita sebagai ibu-bapa mampu buat adalah doa-doa-doa.

    BalasPadam
  4. BERKAT SOLAT HAJAT N DOA INSYAALLAH MOGA ANAK2 CEMERLANG DLM UPSR

    BalasPadam
  5. Semuga Najeeha cemerlang dalam pepereksaan upsrnya... sebagai ibu, kita yg terlebih seram kan Yati...

    BalasPadam
  6. Mudah-mudahan semuanya beroleh kejayaan seperti yang di hajatkan.

    BalasPadam
  7. anak2 rilex mak pak yg lg seram ye kak... takpe moga di permudahkan semuanya

    BalasPadam
  8. my anak buah pun nak UPSR juga . Semoga mereka semua dapat menjawab soalan dengan mudah .

    BalasPadam
  9. Tak payahlah nak seram sangat Tie, relax ar hihi.....Mak bulan 11 sok seramnya.

    Najeeha dah tak sabar nak UPSR tu nampaknya Tie, dia nak cepat cepat merdeka. Boleh jalan lepas tu...

    Gud Luck Najeeha...
    Moga mendapat keputusan yg cemerlang.

    BalasPadam
  10. Wkmsalam. Didoakan Najeeha beroleh 5A dalam UPSR.
    Eh, Tahun ni dh 6 subjek kot.
    Mudah2an Najeeha beroleh 6A.

    BalasPadam
  11. SALAM

    DI TAG : https://belogs.blogspot.my/2016/09/segmen-tonton-sudah-ku-tahu-versi-ucing.html

    BalasPadam
  12. hehehe mmg kalo ada big exam.. cikgu and parents yang cuak.. budak2 rilek jeee diorang hehe..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)