Jumaat, 23 September 2016

RESEPI SOTONG GORENG SUMBAT BLACKPEPER😊😆

Salam petang yg ceria kekawan :)


Masak sotong sumbat blackpeper ni dibuat sepenuhnya oleh chef Nabilah masa cuti sekolah tu, saya pergi menghantar Najeeha tuisyen sekolah agama untuk exam PSRA.. 
dah mula lah mama nya SERAM balik isnin hainom oiii..
saya pula ada appointment doktor pagi tu juga.. Alhamdulillah tyroid saya semakin baik.. jadi habis chek darah dah pukul 12.30tghri..

Saya bagi resepi yg mudah ni jer.. nabilah ni kan bab-bab masak ni memang dia suka.. pastu saya tengok cantik pulak dia deco sotong tu.. bulat kembung sumbatnya hahaha..
Sedap weyyyyy... 
Jom intai resepi yg mudah ni..

RESEPI SOTONG SUMBAT BLACKPEPER
Bahannya :-
- 12 ekor sotong sederhana besar
- 1 biji kentang - dipotong dadu
- 1/2 sudu teh lada sula
- 1 biji telur
- 4 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar sos tiram
- 1biji bawang merah 
- 2 ulas bawang putih. ditumbuk kedua bawang ni
- 1 sudu besar cili merah kisar
- garam secukup rasa

Caranya :-
1. Janggut sotong dan kepalanya potong kecil-kecil, kemudian tumis cili merah kisar hingga wangi.
2. Kemudian pecahkan telur kedalam cili tumis, hancur-hancurkan, lepas tu masukkan kentang yg dipotong dadu tadi. Letak sedikit air untuk mengempuk kentang sampai kering. Tutup api ketepikan. Sejukan.
3. Kemudian kunyit dan garamkan sotong, kelar-kelar sedikit kulit sotong tu. Lepas tu sumbat bahan yg digoreng kedalam sotong tadi, kemudian sematkan dengan lidi supaya bahan sumbat tak terkeluar masa goreng. Buat sehingga habis sotong tu.
4. Lepas tu goreng sebentar sotong tersebut, dah agak2 kekuningan boleh diangkat. Buat sehingga habis. 
5. Kemudian tumis bawang yg ditumbuk dengan minyak goreng sotong tadi, kurangkan dulu minyaknay.
6. Lepas tu masukan sos blackpeper, sos tiram, lada sula dan masukkan sedikit air, masukan sedikit garam.
8. Perasa segala secukup rasa masukan sotong yg telah digoreng tadi, kacau sebati dan angkat. 

Tadaaaaaa... siap sotong sumbat blackpeper yg sedap ini kekawan..
Jom cuba masak petang ni hihihihi..
Nabil cukup suka.. 

7 ulasan:

  1. awww..terliur tengok..pebret sy sotong ni...nom nom

    BalasPadam
  2. waaaahhhh nengok pun dh tau sedap.... udah la kembong2 sutun nya...

    BalasPadam
  3. Sedap nyaaa...pandai nabilah masak ya...boleh jadi kan menantu ni:-).
    Rumah akak ni jarang beli sotong,udang sebab kulit Iman alahan.Tapi akak nak save juga resepi ni...tentu sedap kan.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Wuiiii....mentang mentanglah dia ada anak dara yg rajin masakkkk. Bukan main ek! Tayang menu macam macam....

    Tie mcm sedapppp je, mcm teringin je nak try. Tp mcm leceh jugak nak buat dia ni ek....mcm mcm step weyh!.

    BalasPadam
  6. Arghh, jealouslah sekarang ni anak dara dia dah take over tugas memasak. Sikit-sikit anak dara yang masak. Jealouslah orang yang takda anak darah ni, ke mana nak tumpahkan kuah katanya? Hahaha!

    Serius terliur tengok sotong sumbat black pepper ni. Dahlah kena sumbat sebulat-bulatnya, pekena pulak sos blackpepper, memang bertambahlah makan!

    CH, ni nak tanya! Kalau kita masak sendiri, kita tak berapa lalu nak makan. Kalau orang yang masak, berapa kali lalu makan tu agaknya CH?

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)