Isnin, 24 Oktober 2016

Bila Dah TUA KERTU 😆😃😄 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Bila usia telah meningkat ke kilauan Emas ni atau kata MD dah TUA KERTU macam saya ni .. mula lah tekak nak makan ikan tu macam memilih ajer.. teringat almarhumah emak.. mak kata esok ko dah tua.. baru tahu apa yg tekak boleh terima apa nak makan.. Jadi masa pergi pasar tu ternampaklah ikan selangat ni.. ini ikan kegemaran emak.. mak kata ini lah ikan yg boleh masuk kat tekak sewaktu usia begini.. sekarang saya merasainya.. bila dah usia macam ni.. ikan selangat ni goreng kunyit goreng garing.. baru nikmat makan ikan..


Lagi satu ini juga yg menjadi kegemaran saya sekarang.. ikan bilis dengan petai masak tempoyak.. sekarang macam jadi almarhumah mak pulak simpan stok tempoyak hehehe.. resepinya di sini
Hainom hang makan tak tempoyak masak tempoyak petai ni..

Lepas tu sayur goreng macam ni jer.. kobis dgn park choy.. goreng dengan ikan bilis..
Itu lah lauk saya tengahari tu.. anak2 saya masakan yg lain.. tak kan nak ikut tekak Tua kertu saya ni hihihi hahahaha..

22 ulasan:

  1. Betullah yatie ,akak ni pun dah banyak memilih bab makan,dah kertu ni selera pun selera kertu juga.
    Ikan bilis petai tu sebabnya yatie....Akak kalau masak dengan tempoyak kurang sikit.

    BalasPadam
  2. Betullah yatie ,akak ni pun dah banyak memilih bab makan,dah kertu ni selera pun selera kertu juga.
    Ikan bilis petai tu sebabnya yatie....Akak kalau masak dengan tempoyak kurang sikit.

    BalasPadam
  3. BILA DH TUA SELERA PILIH NK MKN YG SIMPLE SAJA...KADANG MKN NASI KOSONG YG PANAS HARUM PUN SEDAP SGT..KAKLAH TU

    BalasPadam
  4. sedap ikan selangat tu kak, walaupun payah nak siang n kena hati2 bila makan sebab banyak tulang.

    BalasPadam
  5. sedapnya menu! samalah saya pun dah ehem ehem juga...hahaha
    yang paling win, menu yg ke-2 tu..menjilat jari tau, kalau makan dgn nasi panas.

    BalasPadam
  6. Jarang gi pasarlah Tie.....sebab tu jarang jumpa ikan selangat ni... Ikan sungai ke Tie ....Tapi memang betul Tie semakin kita menukun ni haha..... menjadik jadik pulak cerewetnya ye Tie. So far mak` boleh je bedal apa pun kiranya lidah ni belum menukun lagilah.....

    Dah katanya semua pun bedal Tie, takkanlah petai tempoyak yg sedap ni tak makan, rugilah tak makan. Pernah jugaklah buat ikan bilis tempoyak ni Tie tapi biasanya tak letak petai, sebab tak de petai.

    Ko masak apa untuk anak ko Tie....rajin ko masak pelbagai jenis...

    BalasPadam
  7. SUKA IKAN GORENG GARING TU TP KLU KERTU ADA GIGI BOLEH LA NGUNYAH YE DAK .. HEHEHE

    TP FAV TAU IKAN GORENG GARING NI ... MKN PULAK NGAN AIR ASAM ....

    BalasPadam
  8. Kakcik sekarang dapat makan nasi dengan ikan bilis goreng+bawang pun dah rasa sedap sangat... :)

    BalasPadam
  9. betul lah tu kak..sy ni pun semenjak dua menjak ni...makan pun dah kurang selera.. terasa benar diri ini dah tuo..makan tak spt dulu... hihi..
    sedap2 akak masak tu :)

    BalasPadam
  10. Wkmsalam.
    Nampak sedap2 semuanya.
    Sesuai dengan citarasa tekak kertu.

    BalasPadam
  11. Ish, CH... dah macam saya pulak yang kat CH dah tua kertu tau ^_^ Yang sebenarnya kita semua ni memang dah kertu tapi tak sedar diri terutama opppsss... nasib baik tak tersasul! Kang kena saman di mahkamah pulak ~_^

    Ikan selangat tu saya baru tau nama (walaupun dah kertu katanya) tapi tengok rupa ikan macam biasa dilihat. Jangan-jangan dah pernah pun termakan tapi tak tahu apa nama ikan!

    BalasPadam
  12. ana setakad hari ni masih okay CH, tapi teringat kat arwah mertua, memang payah nak makan ikan kecuali ikan tu kecil2 atau digoreng garing macam ikan Ch tu hihi :)

    BalasPadam
  13. takpenah plak dengar ikan selangat kak, tapi tgk rupe mcm jenis yg byk tulang jek kan kak...kalo kene ikan byk tulang mmg kene goreng garing2...baru senang nak makan......ikan sungai tu kak ye...lieya ikan2 sungai mmg berhantu kak...boleh bertamba2 mkn nasi dibuatnye...lawan plak dgn ikan bilik petai tempoyak tu...aduhhhh mmg regu yg kena laaaah...dpt plak nasi panas2...tak sedar tangan dok capai senduk tambah nasi dibuatnyer hahaahahahaah

    BalasPadam
  14. wahhh sedapnya laukk..terleiur tengok ikan goreng tu

    BalasPadam
  15. Ikan goreng diigoreng garing dimakan masa panas panas....heavennn

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)