Khamis, 27 Oktober 2016

RESEPI IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL 😆😊

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


Tekak si tua kertu ni teringin pulak makan ikan bakar 😆😄
Jadi gigih lah membakar ikan cencaru sumbat sambal ni.. anak2 pun suka.. hendaknya Nabil.. bertambah mereka makan.. mama pun sama juga hihihi..


Resepi saya yang mudah jer kekawan.. saya pernah tempek resepi ni kat blog ni.. saya suka yg mudah2 ajer.. janji cepat dimasak sedap dimakan.. hehe he 😆😊
Meh saya tempek resepinya balik..

RESEPI CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL
Bahannya :-
- 3 ekor ikan cencaru size sederhana
- 5 Sudu besar cili kering kisar
- 6 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 2 batang serai, hiris halus *
- 3 biji buah keras*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 inci halia* (Kisar bahan*)
- 3 helai daun limau purut
- 1 sudu besar jus asam jawa campur sedikit air
- Garam secukup rasa
- Daun Pisang

Caranya :-
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar, masakan sehingga terbit minyak.
2. Kemudian masukan jus asam jawa, daun limau purut, hirisan daun kunyit dan garam secuku rasa.Masakan sambal sampai pekat, angkat dan ketepikan.
3. Ikan cencaru yg telah dibersihkan dan belah belakang, ambil sambal yg dimasak tadi sumbat dibelakang ikan tersebut secukupnya.
4. Ambil 2 helai daun pisang, alaskan didalam pemanggang ajaib tu, letak ikan diatasnya, tutup pemanggang dan bakar dengan api sederhana.
5. Balik-balik kan ikan supaya sempurna masak nya. Kemudian perahkan dengan limau kasturi.. emm harum wanginya..
6. Siap dihidang, boleh dimakan bersama kuah kicap yg dihiris bawang merah dan cili api.



Untuk en suami saya buatkan kari kepala ikan merah dan juga goreng sayur kobis mamak style.. ada juga keropok.. perghhhh itu yang bertambah makan kan kekawan..
Makanlah selagi ada nikmat selera itu kan..

13 ulasan:

  1. Masak yang mudah yang sedap yatie...Akak pun suka tapi biasanya bila siang ikan cencaru ni terlupa nak belah belakang.Tu yang resepi dah ke lain jadinya.

    BalasPadam
  2. Masak yang mudah yang sedap yatie...Akak pun suka tapi biasanya bila siang ikan cencaru ni terlupa nak belah belakang.Tu yang resepi dah ke lain jadinya.

    BalasPadam
  3. Time sekolah duduk asrama, ikan ni la paling famous, goreng kosong

    BalasPadam
  4. Kalau rajin nak menyumbat ni memang sedaplah jadinya
    Rumah kakak ni Yati jarang beli kelapa parut
    Padahal kalau balik kampung tu ada aje kelapa.

    BalasPadam
  5. Dah lama tk masak ikan cencaru macam ni
    Kalau kt kampong mkn mcm ni mau berpeyok2 ni
    Tunggu kena cari ikan cencaru dulu lah
    Mesti nk buat mcm ni yatie
    Dh terlioqq

    BalasPadam
  6. sedapnye ...saya suka ikan sumbat ni .. klu sambal tu pedas lagi sy suka mkn ngan lauk tu je ngan ulam

    BalasPadam
  7. Saya pun sukaa buat ikan bakar caru sumbat sambal gini..sedap!
    Lepas ni nak kena tambah...perah limau pulak lah. Mesti lagi terangkat rasanya!

    BalasPadam
  8. Uiiiii peberet sgt la kalau cencaru ni

    BalasPadam
  9. Dh lama x. Uat cencari sumbat ni mmg menyelerakan

    BalasPadam
  10. Teringin pulak weyh.... Mak jarang buat caru sumbat ni Tie....Sebab mcm nak kena buat dua kerjakan tu yg jarang buat tu haha...
    Buah keras tu fungsinya untuk apa ye Tie. Pekatkan sambal ke?
    Bagus Nabil ye Tie.....makan pedas. Anak bongsu mak sampai sudah sambal tak berani nak makan. Padahal dah 13 tahun

    BalasPadam
  11. awww...tergoda haha mesti sedap ni

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)