Isnin, 10 Oktober 2016

Semakin Ralit Dia MENGAIT Benang Tu 😆😊 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Setelah habis exam UPSR dan PSRA.. cikgu sekolah membuat aktiviti untuk belajar menjahit.. jadi mula-mula tu nak buat cross stictch tapi susah pula mencari kain dan benangnya.. tambahan kata cikgu kosnya tinggi, jadi cikgunya mencadangkan untuk mengait atau "crochet" , lagi pun cikgu banyak benang bulu tu dirumah.. maka aktiviti mereka selain menghafaz al quran , mereka juga bersukan.

Ini kali pertama mengait.. asyik tak jadi lah katanya.. mulanya cikgu mengajar mengait tali air tu.. selepas tu baru dibuat seperti diatas..

Jadi saya ajar dia macam mana nak jadi kemas dan cara memegang benang tu.. saya dulu rajin juga mengait adalah buat alas TV, buat lapik kusyen dulu-dulu :)
Jadi bila dah mula mahir, makin lama makin ralit Najeeha mengait.. bukan setakat di sekolah jer mengait.. dirumah sebelum tidur pun nak mengait.. kira cepat juga dia faham untuk membentuk ..

Sudah semakin membesar dan menjadi dia mengait.. Najeeha kata nak buat lapik pinggan lauk panas katanya.. suka hati lah najeeha .. buat lah apa yang berfaedah.. nanti berseri lah meja makan saya ye kekawan.. dah anak yang mengait tu hahhaha..

Saya sebenarnya teringat nak belajar mengait yg guna dua jarum tu.. "Knitting" yang boleh buat baju sejuk tu..
macam gambar dibawah ni
sumber gambar : google


Sumber gambar : google

Cantik kan kekawan bila dah jadi baju macam tu.. dulu-dulu masa anak perempuan saya kecil ada juga buat topi bulu tu untuk dorang.. ^__^


23 ulasan:

  1. pandai die mengait..dlu mama kita pn suka juga buat

    BalasPadam
  2. wahhh..pandai Kakak Najeeha mengait.. kalah mak budak ni.. hehe..
    lama2 nnti makin mahir ni.. :)

    BalasPadam
  3. tak lama lg jd makin besar n makin mahir lah tu kak...
    bile dh dpt buat 1 nnti msti lg bersemangat nk bt mcm2 kan

    BalasPadam
  4. Crochet ni kalau dah mahir, memang berhantu. Saya dulu suka juga mengait. Pernahlaaa jadi topi.. tapi tak mampu, kalau ralit sangat, orang kat rumah tak makan.. haha

    Pandai Najeeha mengait, tak ramai minat dengan mengait ni..

    BalasPadam
  5. Terang hati Najeeha ya ,cepat belajar mengait dah pandai.Akak sejak2 ni pun tengok kat FB pasal mengait ni rasa teringin nak buat semula apa yang jadi febret akak satu ketika dulu...tapi malas je lebih..!
    Bagus anak2 yatie ,Nabilah minat masak,Najeeha minat kerjatangan .

    BalasPadam
  6. Terang hati Najeeha ya ,cepat belajar mengait dah pandai.Akak sejak2 ni pun tengok kat FB pasal mengait ni rasa teringin nak buat semula apa yang jadi febret akak satu ketika dulu...tapi malas je lebih..!
    Bagus anak2 yatie ,Nabilah minat masak,Najeeha minat kerjatangan .

    BalasPadam
  7. Kakak mengait dua jarum tu pun tak pandai Yati
    Tapi yg satu jarum sampai sekarang ni kakak masih buat lagi
    Terutama tulang belut baru kurung kakak malas sebab mata rabun jadi kakak gunakan benang kait (tapi bukan benang mcm Jeeha guna tu - kakak guna benang bola).

    BalasPadam
  8. Kita tahu kait kopiah je..yang 2 jarum tu tak reti.

    BalasPadam
  9. salam kakak...lama tak jengah blog akak ni...pandainya main kait2 ni

    BalasPadam
  10. Cite bab mengait ni teringat cite orang putih mengandung kat TV, mesti ada scene mengait kat kerusi goyang kan ......
    Bab bab mengait ni kita kurang minatlah Ch...agaknya sebab bukan jenis yg teliti kot. Pernahlah jugak belajar buat tali air tp setakat tu ajelah. Selalunya mesti separuh jalan jer

    BalasPadam
  11. untung anak dara dah pandai mengait... berseri2 meja makan dengan alas baru ya Yati. dulu rajin gak... bila dah mula payah nak berenti kan, tapi sekali dah stop terus tak pegang dah... hihi

    BalasPadam
  12. kena rajin praktis untuk dapatkan hasil yang bagus.. minat tu penting

    BalasPadam
  13. kemas dia mengait...teringat zaman sekulah dlu...lpas exam,mmg mcm mcm aktiviti seni...rietta xreti guna dua jarum tu...tapi mcm best je...

    BalasPadam
  14. Hebat Najeeha...kecik lagi dah pandai mengait.
    Hobi yg bagus!

    BalasPadam
  15. Saya kan CH dari kecil lepas lahir belajar mengait ni sampai dah tua kertu macam ni masih lagi tak mahir. Kahkahkah!

    Saya selalu juga buat alas meja, topi budak etc. tapi dalam mimpilah ^_^

    BalasPadam
  16. dulu masa zaman bujang rajinlah mengait ni. yg macam kat atas tu selalu buat sebab senang sangatkan kak. Saya paling kulit kerang.

    Sekarang usah tanyalah, sibuk campur malas!

    BalasPadam
  17. Balasan
    1. Arwah isteri MKL suka..
      Bila isteri meninggal MKL..
      Al Fatihah..

      Padam
  18. sejak da lama tak mengait su pun da lupa caranya huhuhu

    BalasPadam
  19. Kira okay lah tu, cepat dapat dia ni.. tahniah, bagus ...isi masa dengan kerja yang bermanfaat.

    Yang knitting jarum dua tukan, arwah mak bunda dulu pandai... masa tu bunda kecik lagi, tengok mak buat stokin dan baju sejuk adek.

    Bunda cuma pandai mengait jer, crochet..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)