Isnin, 21 November 2016

Bila Muka Masuk SURATKHABAR .. Maklumlah Bukan NAELOFA 😆😅😂 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..


4 November 2016 Harian Metro.. kisah reunion kami keluar dan juga momen bangunan sekolah kayu yang bersejarah tu.

Pada 29.10.2016 kami mengadakan reunion untuk sekolah rendah pulak.. setelah hampir 35 tahun tidak berjumpa.. kebanyakan yang tidak berjumpa tu, bila telah melanjutkan pelajaran ke asrama penuh.  Hampir 4 bulan juga kami menjejak kawan-kawan sekolah rendah.. ada juga kami jejaki di facebook..


Inilah gambar yang masuk dalam surat khabar harian metro tu.. kenangan semula di bangunan kayu yang hampir 50 tahun lebih usianya.. zaman almarhum abah saya sekolah dulu-dulu .. kayunya masih kuat lagi.. bangunan ni je yang ditanggal. sekarang dinamakan Bangunan Hang Tuah, teringin sebenarnya nak masuk didalam tu, tetapi berkunci, dijadikan perpustakaan.

cuba kekawan cari mana saya .. Darjah 5 Melor Tahun 1980 , guru kelas Puan Norbaiti dan guru agama Ustaz Omar
Ini pula gambar 36 tahun yang lalu, masa tu saya darjah 5.. abadikan gambar didepan bangunan tu juga.. Masa kawan post kat WA group sekolah rendah, semua ketawa tak habis2 tengok gambar ni dulu-dulu.. dengan gambar ni juga tercetus untuk berjumpa semula.. untuk menagadakan reunion.

Utusan Malaysia 7 November 2016, Dari kiri tu Datin Norashikin, Guru Besar Sekolah Puan Siti Fatimah, Datuk Mohd Azmin, Encik Zahariman Ketua Murid pada tahun 1981 dan Datuk Seri Norhasnal.
Pada hari itu juga kami membuat sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan Kuang ini untuk menambah anjung surau sekolah rendah ini. Sumbangan adalah dari kutipan kami. Kebanyakkan yang menyumbang lebih adalah kekawan yang bergelar datuk dan datin. tu lah kan. :)


Cuba cari saya mana satu.. Darjah 2B tahun 1977, Guru Kelas Puan Juriah guru yang lain tu tak ingat, guru besar pun lupa dah tu.. Puan Siti Hawa yang no 6 dari kanan tu adalah ibu , zahariman ketua murid tu, ibunya meninggal pada 1979 sakit masa tu.

Ini pula gambar masa darjah 2 , lagi lama gambar ni kan kekawan.. tengok warna pun dah pudar.. ini hasil simpanan kekawan saya yang berada sikit masa tu.. masih mampu nak beli gambar tu, ingat nak printlah gambar ni.. untuk kenangan.. bila saya tunjuk gambar ni kat anak2 saya, mereka ketawa melihatnya.. mereka bertanya "Mengapa baju sekolah mama macam ni, tak tutup aurat pun?" huhuhu termasuk lelaki yang berseluar pendek kan.. itu lah zaman jahiliah kan.. semoga Allah mengampuni kami semua.


Barisan cikgu dari kiri Cikgu Mat Sharif, Cikgu Norbaiti, Cikgu Siti Sarah, Cikgu Juriah, Cikgu Zainon(penolong guru besar masa tu) Cikgu Siti Jamilah , Puan Siti Fatimah (Guru Besar sekarang) dan Ustaz Omar
Hampir satu kelas juga kami berjaya menjejaki, jadi masa hari tersebut terlakar kegembiraan diwajah masing-masing serta guru-guru. Guru-guru pun ramai yang menghadiri dari guru darjah 2 hingga darjah 6, Guru darjah satu kami darjah meninggal 5 tahun lepas, Alfatihah untuk Cikgu Puan Norshidah Ahmad.

Saya masih ingat guru kelas saya dari darjah 1 - 6.

Darjah 1 1976 - Almarhumah Cikgu Norshidah 
Darjah 2 1977 - Cikgu Juriah 
Darjah 3 1978 - Cikgu Johnson
Darjah 4 1979 - Cikgu Siti Sarah
Darjah 5 1980 - Cikgu Norbaiti 
Darjah 6 - Cikgu Mat Sharif

Bila dah jumpa cikgu-cikgu mula lah add freinds di Facebook :D
Cikgu-cikgu pun ada facebook tau kekawan..


Sebelum majlis bermula sempat juga bergambar di banner ni..Banner ni adik saya yang buat..Majlis Menggamit Memori 76 - 81 SK Kuang, Menyantuni Jasamu Guru 


Masa dapat hadiah cabutan bertuah, tak sangka cabutan dari guru kelas saya darjah 6 yang bertuah, sebab hendak akhir baru nama saya naik dipanggil. Saya dapat pembakar roti tu.. dan disamping tu ada juga hadiah disediakan buat kami dan guru-guru. 

Teringat lagi masa darjah 6 tu, Cikgu Sharif ni baru habis maktab perguruan .. jadi masa tu bujang lagi baru umur 25 tahun, murid perempuan ada juga yg suka jiddan tergedik-gedik dengan cikgu ni hahhaha.. masa kita orang perempuan nak ambil gambar dengan Cikgu Sharif ni pun, Cikgu Zainon siap tunjuk jari telunjuk lagi.. "Sharif awak tak habis-habis lagi dengan murid-murid perempuan ye" berderai ketawa kami semua.. Cikgu Sharif sekarang dah berusia 60 tahun dah ada 6 orang anak 4 orang cucu, tapi masih steady lagi, tengok anak-anak muridnya sekarang , dah terlebih besar dari cikgunya.. Cikgu Zainon pun sekarang dah 83 tahun tapi badan maintain jer kurus macam tu. Dulu2 Cikgu Zainon suka pakai kebaya cantik sangat masa tu.. masa kami darjah 6 tu Cikgu Zainon dah berusia 48 tahun, masa tu Penolong Guru Besar.


Fadhil yang duduk tu adalah bekas wartawan NSTP jadi dia lah yang menjemput wartawan utusan untuk membuat liputan reunion kami tu, yang harian metro tu hasilan tulisan fadhil sendiri, dia juga orang kuat yang mencetus reunion sekolah rendah ni.. dah 35 tahun tak jumpa kekawan kan.. Hatijah dan Noorwahidah juga orang kuat dalam menjayakan reunion.. entah berapa kali mesyuarat dibuat untuk menjayakan majlis ini. Tabik spring betul dengan mereka..

Ini bila dah berjumpa, masing-masing mula cerita keluarga masing-masing, tanya kerja apa, tinggal kat mana, anak berapa orang, ada juga yang dah bergelar Atuk dan Nenek mereka ni.. Rata-rata kawan-kawan ni tak tinggal di Kuang lagi.. dalam pada tu ada 4 orang kawan yang tinggal di Shah Alam, tetapi tak pernah berjumpa pun di Shah Alam hahahhaa..
Sebenarnya banyak gambar tapi tak sempat nak di collage kan.. cukuplah untuk di abadikan di blog kecil saya ni.





20 ulasan:

  1. Betullah dulu kakak masa sekolah rendah pun pakai uniform gitu. Masih tak meluas lagi dakwah ketika itu kan..

    Kawan-kawan kita memang ramai yg dah jadi datuk/datin kan Yati.

    BalasPadam
  2. bila lama tak berjumpa, msti byk cerita nak dibualkan kak..

    BalasPadam
  3. rajin batch akak buat jejak kasih ya. cikgu2nya pun rajin juga!
    bila tengok gambar masa di bangku sekolah rendah, saya pun macam tu jugak, pakai skirt takat paha jer...hihi

    BalasPadam
  4. Syabas, inilah semangat yang perlu ada. Pulang untuk berbakti pada institusi yang telah berjasa kepada kita sebelum ini.
    .
    Semoga Allah mengganjari usaha murni ini. Amin

    BalasPadam
  5. seronoknya lah kak.. jumpa kengkawan sekolah rendah ni.. banyak memori yg tersimpan.. disamping dapt gak berbakti & menyumbang pada sekolah lama...

    BalasPadam
  6. SubhanaAllah..silaturahim bertaut kembali... :)

    BalasPadam
  7. WAH HEBATNYA MAJLIS REUNION SEKOLAH DAPAT LIPUTAN AKHBAR..SEKOLAH KAK BUAT JUGA REUNION BARU NI

    BalasPadam
  8. seronoknya..kenangan mengusik jiwa..jumpa kawan sekolah & cikgu-cikgu..

    BalasPadam
  9. Kuat ingatan akak, saya dah lupa nama-nama cikgu sekolah rendah.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah
    Moment yg sgt indah ni...

    BalasPadam
  11. wah memory lama gitu kan CH..seronok rasanya tengok gambo time student dulu2 kan

    BalasPadam
  12. kene simpan tuh kak keratan surat khabarnya... kenangan tuh...

    BalasPadam
  13. Seronoknya dapat jumpa kawan2 sekolah rendah yang dh lama terpisah.

    BalasPadam
  14. Umpama sampai ke lubang cacing hang cari kengkawan lama nampaknya tu Ti haha...
    Betullah Ti apa yg hang ckp, zaman kita darjah 6 dulu kalau ada cikgu baru keluar maktab mengajar kelas kita pulak tu, mmg bestlah ek melayan hihi....kelakar pulak bila mengenangkannya...

    Mak pun dah tak de album lama, mana tah perginya...

    BalasPadam
  15. Legend betullah! Memang nostalgia sungguh dapat berjumpa semula setelah sekian lama tak jumpa. Lagi menarik bila cikgu-cikgu pun turut serta. Memang sungguh-sungguh AJK majlis ni mencari setiap anak murid dan guru-guru mereka.

    Saya pun tak ingat dah CH nama cikgu-cikgu masa di sekolah rendah dulu. Tapi setahu saya, dua cikgu yang saya sayang dan sayang kat saya, dua-dua pun dah takda lagi dalam dunia nih...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)