Rabu, 30 November 2016

GULAI PUYUH SALAI PUCUK MAMAN... ☺πŸ˜†

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)

Minggu ni CH update entri resepi yg CH masak jer lah ye.. banyak benor dalam draft ni.. jadi sebelum berakhir tahun 2016 ni.. kita kasi up entri apa yg dimasak tahun ni.. 
Lama tak makan gulai maman ni.. dah belasah regunya pulak dengan puyuh salai.. emmmmm memang power lah kan.. makan bertambah nasi lain cerita kan.. masak pulak style nisembilan.. podeh menyengat hahhaha.. kuah kasi pekat perghhh .. Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat makan ni kan kekawan.. 

 Resepi saya ni mesti yg simple dan mudah.. hahha iyo lah mudah.. mana nak salai puyuh tu lagi.. nak tumbuk cili lagi.. dah kata anak dara kampung hihihi.. dah dah jangan nak merapu lagi jom jer ke resepi yati ooiiii..

RESEPI GULAI PUYUH SALAI PUCUK MAMAN

Bahannya :-
- 5 ekor puyuh di belah dua dan disalai.
- 1 biji cili merah*
- 10 biji cili api*
- 3 biji bawang merah*
- 1 inci kunyit hidup* (* ditumbuk sehingga lumat)
- 1 mangkuk santan cair
- 1 mangkuk santan pekat keduanya dari sebiji kelapa.
- 1 ikat daun maman - dicelur sekejap
- 1 batang serai dititik
- Daun kunyit
- Asam keping
- Garam secukup rasa

Caranya :-
1. Masuk santan cair bersama bahan tumbuk, masuk kan puyuh salai tu, masakan sehingga puyuh elok empok.
2. Masukan pula santan pekat, asam keping, daun kunyit, serai dan garam secukup rasa.
3. Apabila dah mendidih masuk kan pula pucuk maman yg telah dicelur sekejap tadi. Kacau mesra jangan sampai pecah santan ye.
4. Jika semua dah secukup rasa masam masin nya boleh lah dihidang bersama nasi putih.

SELAMAT MENCUBA ^__^


14 ulasan:

  1. Yati masukkan dlm WA group daun maman tu macam mana bentuknya
    Kakak selalu baca tapi tak pernah tahu. Mungkin dah pernah makan dan nampak tapi tak tahu. Kakak nak tengoklah:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah nanti saya masukkan dalam WA..
      Tentu dikampung akak ada pokok ni dia senang tumbuh..
      Hendak2 lagi musim hujan.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Dalam Blog WP ada entri cerita pasal pokok maman ni.

      http://warisanpetani.blogspot.com/2016/04/pokok-maman.html

      Padam
  2. ya ALLAH sdpnya kak oiii..
    pucuk maman tu payah jmpa.

    BalasPadam


  3. . πŸ˜ƒ sedap makan musim hujan. Masa panas

    BalasPadam
  4. tak pernah mkn puyuh ....

    tp sy suka jeruk maman masak lemak sedap

    BalasPadam
  5. mcmne rasa maman tu ye kak.... dana tak penah sekali pun rasa...

    puyuh msk lemak sedapnya... dana klu kt umah selalu puyuh kalu tak sup msti goreng... lenkali kene try jgk msk lemak... msti sedap kan pds2

    BalasPadam
  6. Ah..daun maman! Dah lama tak dengar pasal sayur ni. Masa PH kecik dulu, nenek ada buat jeruk dengan daun maman. Baunya kuat, tak lalu makan. Anyway, gulai ni mesti sedap. Apa taknya, ada puyuh salai (macam mana nak salai?) dan style masakan ni macam masak lemak cili padi. Pergh! PH mesti makan nasi 2 pinggan keh..keh..keh..

    BalasPadam
  7. ni lah punca keluar cite maman kat WA tadi ye
    saya tak penah makan maman lain dari jeruk
    selalu dah jeruk baru makan
    makan dengan nasi panas, lupa dha kiri-kanan..haha

    BalasPadam
  8. Lama tak makan puyuh ni kak... daun maman ni 1st time atie makan masa balik rumah mertua raya lepas...sini, mcm jarang lah... hehe

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)