Rabu, 14 Disember 2016

PERINGATAN :: Mesin Dobi Dan Pengering...

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Musim hujan dah bermula.. jadi mula lah kain baju yg dibasuh tak keringkan kekawan..
Jadi jalan penyelesaian nya kita pun pegi lah ke kedai dobi untuk mengeringkan.. rupa-rupanya ada risikonya.. cer baca yg dibawah.. semoga kita semua sentiasa berhati-hati ye kekawan.. peringatan untuk saya juga..


PERINGATAN!

Mesin Dobi n pengering.

Musim cuaca kurang menentu ramai yang menggunakan dobi layan diri 24jam. Dah basuh mesti guna mesin pengering sebab cuaca kejap-kejap hujan.

Jika nak guna mesin pengering, jika boleh ELAKKAN berada dalam kedai dobi tersebut..sila duduk jauh sikit dari mesin. Kerana ramai yang tidak mengetahui bahawa mesin pengering menggunakan gas LPG untuk memanaskan mesin bagi cepat kering.

Contoh:
Letupan yang berlaku itu adalah kebocoran gas dan berlaku litar pintas disebabkan penggunaan melebihi tahap maksimun.Semoga kita semua dijauhkan segala kejadian tak diingini.

Sumber ws group.

22 ulasan:

  1. ayoo seram jgk kak... mmg kadang kalau toto atau carpet patchwork saiz L bsh kt dobi layan diri, lg2 bila musim ujan ni... pasni kene bgtau edy kalu nk keringkan lpk kt luar lah jgn tunggu kt dlm

    BalasPadam
  2. Alamak!!! Baru mendobi hari tu Ti.
    Tak tau benda gini boleh berlaku. Ingatkan mcm mesin basuh biasa je.

    Takut jugak ek Ti...

    BalasPadam
  3. Tak pernah try lagi dobi layan diri.. Risau juga ye kalau jadi benda2 cenggini.

    BalasPadam
  4. Bahaya jugak ye yatie..acik tak terfikir sampai boleh jadi mcm ni

    BalasPadam
  5. laaa yeke.. nasib baik sy basuh sendiri baju..

    BalasPadam
  6. bahaya juga ea...lgpown plug on 24/7 kan....

    BalasPadam
  7. seeloknya jgn berada berdekatan dgn mesin dobi tu..kalau saya,bubuhdan tinggalkan ja..agak2 cukup masa p amik..

    BalasPadam
  8. Alamak ! sejak washing machine rosak, memang ke dobi.. tapi tak guna dryer tapi duduk dalam premis masa dryer tengah berfungsi.. kena cari tempat lepak lain la lepas ni.. maseh KAk CH for the sharing

    BalasPadam
  9. Baru sabtu lepas Minah Kiwi pergi dobi 24 jam self service.. syukur Alhamdullilah tak de apa2.. maybe sebab owner dia selalu service mesin pengering tu kot

    BalasPadam
  10. owh! baru tahu... ingtkan tak bahaya.

    BalasPadam
  11. kedai dobi memang penuh lagi-lagi cuti sekolah ni...ramai bercuti..

    BalasPadam
  12. X jadi nak beli dryer letak kat rumah. High risk

    http://www.fatindays.com

    BalasPadam
  13. owh baru tahu bahaya. baru berangan nak beli mesin dryer.

    BalasPadam
  14. bahaya juga yer...noe pun selalu gak pergi keringkan baju...kena berhati2 la lepas ni

    BalasPadam
  15. bahaya juga yer...noe pun selalu gak pergi keringkan baju...kena berhati2 la lepas ni

    BalasPadam
  16. Siapa sangka boleh jadi macam itu kan Yati
    Kakak ni selalu sangat ke kedai dobi tau.

    BalasPadam
  17. Bahaya nya kak. Siqah tiap minggu pergi basuh baju kat dobi nanye. Huhu. Beringat lah pasni..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)