Assalamualaikum kekawan..
Dah sarapan ke pagi minggu ni..
Jom kita sarapan Cucur Sayur Rangup ni... 😆☺
CUCUR SAYUR RANGUP
Bahan A:
1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
1 sudu kecil baiking powder *
1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
1 sudu besar minyak masak*
1 biji telor ayam *
Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata
Bahan B:
1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
1 cawan karet yang dihiris halus
1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
1 biji bawang besar yg dihiris halus
1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucur saya bewarna warni
Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair
Pilihan Lain
Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan
ATAU
Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan
Cara:
Bahan B hendaklah dimasukkan kedalam adunan Bahan A
Gaul rata supaya menjadi sebati
kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg cantik
masukkan Ikan Bilis atau pun Udang yang menjadi Pilihan anda
rasa tahap kesedapan anda
Rehatkan ADUNAN selama 10 hingga ke 15 minit
barulah digoreng
Sumber : Facebook
WAH SEDAPNYA CUCUR RANGUP BANYAK SAYUR CICAH SOS.
BalasPadamBanyak sayur tu yang best.. :)
BalasPadamBila sayur sayuran dicampur sekali dalam jejemput mmg jadi lembut teksturnya dan rangup kat luar. Baca resepi pun dah terliur tau.... Dan dan teringin nak makan jejemput weyh
BalasPadambanyak bahan2 nya..mesti sedap ni...
BalasPadamSedapnya...
BalasPadam