Khamis, 26 Januari 2017

SUP AYAM CENDAWAN... Ala-ala Sharkfin Sup😆😉

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Ini kisah hari sabtu 2 minggu lalu.. pagi tu en suami nak pergi sarapan sebab kita orang nak keluar dalam pukul 10.00 pagi tu.. balik dari beli sarapan tu en suami nampak geng surau dok terbongkok-bongkok mengutip sesuatu.. pastu en suami menegur lah " Awe , kutip apa tu", " wey mari sini kutip cendawan busut ni, tengah banyak , tak pun meh ambik yg aku dah kutip ni" punya lah banyak memutih belum kembang kata en suami. Tapi en suami tak kutip sama sebab kami nak keluar .. kawan dia kasi lah satu plastik merah tu..
Balik dari beli sarapan tu.. saya diatas tengah gosok baju.. anak2 dok cakap, mama abah bawa balik cendawan.. cantik mama warna putih.. abah kata kawan dia kutip bawah pokok kat hujung sana.. Bila saya turun bawah.. ohhh ini cendawan busut memang sedap.. buat sup makan gitu saja.. ok kita simpan dulu dalam petiais.


Balik petang tu saya sibuk lah menyiang cendawan tu.. dalam hati kata mula buat sup cendawan biasa ajer , boleh dinner malam tu.. 
Esok boleh pulak buat sup ayam cendawan ala-ala sharkfin soup tu.. lagi pun kak nabilah dah request sebab saya pernah buat dulu..




Yang sup cendawan biasa ni senang ajer resepinya.. sedap juga menghirupnya.. manis sangat cendawan tumbuh semula jadi ni kan.. banyak dapat ada lah seperiuk.. 

RESEPI SUP CENDAWAN BUSUT

Bahannya :-
- 1 mangkuk cendawa busut
- 1 biji bawang merah dihiris
- 2 biji bawang putih dihiris
- sedikit ikan bilis
- air secukupnya
- daun sup
- garam secukup rasa

Carannya :-
1. Tumis ikan bilis, bawang hiris sehingga wangi. Kemudian masukkan air.
2. Apabila air dah mendidih baru masukan cendawan, kacau sebentar, cendawan ni cepat lembut kekawan.
3. Lepas tu masuk kan daun sup dan garam, jika secukup rasa boleh tutup apinya.
4. Siap untuk dihidang.

Masak sup ayam cendawan ala-ala sharkfin sup ni saya masak hari ahad tu sebab banyak bahan tambahan tapi teramat sedap semasa menyudunya hahhaha..
Bermangkuk-mangkuk kami makan macam tu ajer.. rasa makan kat restoren china muslim mama.. kata kak nabilah dah itu permintaannya kan sukalah bila di tunaikan..

RESEPI SUP AYAM CENDAWAN

Bahannya :-
- 1 mangkuk cendawan di carik-carik halus
- 2 potong dada ayam dipotong halus
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 biji bawang putih ditumbuk halus
- 2 sudu besat sos lada hitam ( kalau pakai serbuk letak 1/2 sudu teh)
- 1/2 kiub ayam
- 1/2 sudu teh lada putih
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu teh minyak bijan
- 2 liter air
- 1 biji telur- dipukul
- 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
- Garam secukup rasa.

Caranya :-
1. Tumiskan bawang putih, lada putih sehingga naik bau wangi, masukkan sos lada hitam dan sos tiram.
2. Masukan air, kiub ayam dan ayam , masak sehingga ayam empuk.
3.Kemudian masukan  tepung jagung dan telur yg dikacau tadi, lepas tu masukan minyak bijan dan garam.
4. Akhir sekali baru dimasukan cendawan yg dicarik halus, bila semua dah masak rasa garamnya, jika secukup rasa , boleh lah di hidangkan.

SELAMAT MENCUBA ^__^




12 ulasan:

  1. Jgn kata sup Yati. Tumis simple pun sedap cendawan busut ni.
    Lama betul kakak tak jumpa tau Yati
    Dulu masa kakak kecik-kecik banyak kat belakang rumah kakak kalau lepas hujan. Sekarang dah tak ada jumpa lagi.

    BalasPadam
  2. Sedapnya cendawan busut...goreng biasa r sayur air dgn bayam kampung sedap juga.

    BalasPadam
  3. acik kalau dapat ni selain sup biasa suka buat rendang yatie sedap

    BalasPadam
  4. resepi yang pertama tu selalu buat..buat lauk

    BalasPadam
  5. sedapnya Kak. saya ni dah la suka hirup sup.

    BalasPadam
  6. Sedap sup macam ni. Best dapat cendawan yang fresh macam ni.

    BalasPadam
  7. Akak.. just some ideas. Kalau di tambah dengan tepung jagung yang di campur air.. InsyAllah dia akan pekatkan kuah dia..

    BalasPadam
  8. alamakk kenapa nampak sedap sangat ni

    BalasPadam
  9. Gemuk gemuk ye Ti cendawannya. Cendawan ni rasa dia kalah daging kan.
    kenduri cendawan lah hang ye Ti anak beranak hihi

    BalasPadam
  10. Wkmsalam.
    Sedapnye.
    kadang2 jumpa cendawan busut liar kat kebun,
    masak gureng pun sedap.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)