Isnin, 2 Januari 2017

Tahun BARU.. Sekolah BARU...😆😄

Salam petang yg ceria kekawan..

Pagi tadi sibuk sikit.. pergi bayaran yuran sekolah Nabil.. smlm pergi daftar semula Kak Nabilah dan daftar baru untuk kak Najeeha.. pukul 6.00pm juga habis mendaftar.. mujur dah bayaran yuran on line.. jadi tinggal bawa slip ajer..
Malam tadi Nabil boleh rindu kakak dua orang.. siap tanya.." mama boleh tak  telefon kakak, sunyi lah tak ada kawan" Alahai kesian anak mama.. "Mama boleh telefon .. peraturan asrama boleh telefon hari khamis ajer.. Esok lah kita gi madrasah kakak sebab kakak tertinggal al quran.. huhuhu anak2.. mujur madrasah dekat..

Tadi singgah kedai sekolah nabil ni utk beli lencana sekolah dan baju pendidikan jasmani.. so kejap lagi nak marathon jahit lencana sekolah pulak.. dah lama tak jahit lencana hihihi..
Kena keluarkan mesin jahit lah pulak...

Kekawan semua dah siap semua kelengkapan sekolah anak2 ... 😊☺

14 ulasan:

  1. alhamdulillah setel dh kelengkapan sek..anakdara tu pn xsbr nk p school esok walaupun masih xbrp sihat..batuk + selsema

    BalasPadam
  2. selamat kembali ke sekolah..bukan anak je yang pening ye, Mak lebih lagi..hehe

    BalasPadam
  3. sebulan lebih anak2 cuti..bila kembali kesekolah mmg terasa sunyi,kan..

    BalasPadam
  4. Saya pun busy dengan lencana bagai..huhuuu..pening akhir tahun membawa ke awal tahun..kekeke..

    BalasPadam
  5. Nabil rindu kakak ya...doakan kakak..nanti rindu berkurangan..

    BalasPadam
  6. Yang ada anak2 masih bersekolah, tentunya sebuk pada awal tahun ni.
    Anak2 WP dah lepas semuanya.

    BalasPadam
  7. Mak bapak semua mesti sibuk sangat2 untuk anak2 go back to school.

    BalasPadam
  8. Acik dah tak de anak anak sekolah yatie he he..sunyi bila anak2 tiada dirumah meneruskan perjuangan..bila cuti baru rasa seronok sangat

    BalasPadam
  9. hehe. yui blm khwin lg.. so persiapan anak bulus je ada..ekekke

    BalasPadam
  10. La... sama dgn anak dara kecik kakak tertinggal Al-Quran. Itulah sebab semua mama dgn kakak dia yg kemaskan last tertinggal Quran dan towel. Beli towel kat sana. Quran minggu ini kakak hantarlah - lagipun dia tengah ABC.

    BalasPadam
  11. anak buah sy pun da start sekolah :)

    BalasPadam
  12. tahun ni sy belum jahit lencana lagi, hihi

    BalasPadam
  13. Untung ada mesin jahit.. saya jahit manual je.. huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)