Rabu, 11 Januari 2017

WW :: JOM BERKUBANG DI GOLD COAST MORIB 😂😄😆

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Bila tulis berkubang tu.. teringat almarhumah mak.. selalu cakap kami macam tu sebab berkubang di sungai.. anak2 sekarang berkubang di theme park pulak kan.. 

Ini petang hari pertama sampai tu.. sakan melenjan depa dgn slide yg banyak ni..

Pastu main buaian dalam air pulak.. kak nabilah tukang pusing kan dulu.. pastu baru melompat naik :)..
Elok pulak ada tiga buai tu.. jadi sorang satu serta boleh bermain bersama :D

Lepas tu berenang-renang pulak dibahagian yang ala-ala river tu.. jauh juga pusingan sungai tu..

Ada slide yg tinggi tu.. saya nak ambil gambar tak sempat.. dah meluncur jer sampai.. budak2 ni dayakan juga memanjat tinggi utk slide tu.. saya tengok dari bawah jer.. adalah naik sekali meneman nabil.. tengok mcm boleh lepaskan mereka naik bersendirian.. mama pantau dari bawah jer lah :D..
Tempat air ni lah yg menggembirakan anak-anak kan kekawan :)

15 ulasan:

  1. Betul yatie..memang kesukaan anak2 dapt ke taman tema

    BalasPadam
  2. Yang tak bestnya, kat morib ni banyak lalat 😂

    BalasPadam
  3. Jgn kata budak-budak Yati. Mak budak pun kalau duduk lama-lama di situ boleh terjebak sama:)

    BalasPadam
  4. La ni anak2 tau berkubang di theme park saja..xpela asal slmt n mrk heppi

    BalasPadam
  5. berkubang..arwah mak dulu selalu jugak cakap kat saya bila mandi sungai sampai kecut satu badan..

    BalasPadam
  6. tengok anak2 yatie berkubang main air ni....besttttnya .Bukan apa yatie kat tempat akak 3-4 hari ni cuaca panas sangat .Kalau dapat main air camtu...nikmatnya.

    BalasPadam
  7. xpernah lagi pergi morib...klu si kecik dah sembuh nnti boleh la bawak dia....

    PS : Terima Kasih atas doa...achik dia ni taw nanges je dr pg td...

    BalasPadam
  8. Budak2 kalau dapat main air memang dah tak ingat dunia..

    BalasPadam
  9. mmg syoklah dia org leh main air puas2..

    BalasPadam
  10. Last pergi Bukit Merah.... entah bilalh nak main air lagi agaknya. Malasnya main air ni kalau cuaca panas. Kang cepat ajelah naik jeragat tau. Maklumlah dah menjelang purba hihi

    BalasPadam
  11. syok jer.
    CNY ni plan nyer nak bwk anak2 ke bayou lagoon lah.
    nak kuar melaka, takot trafik jem kat highway :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)