Selasa, 28 Februari 2017

Dinihari ini...

Dalam saya kalut memasak di waktu dinihari tu, berbunyi panggilan telefon, tengok dari SAMTAJ.. memang saya dah save nombor tu.. tengok jam pukul 6.08am.. berdebar juga jantung masa tu.. apa lagi masalah anak ku ini.. 
Sewaktu mengankat panggilan tersebut.. terdengar suara batuk yang tak berhenti-henti... assalamualaikum mama.. batuk lagi.. percakapannya berselang seli dengan batuk nya yg agak ketat.. walaikumussalam.. jawab saya.. masih tak sihat ke.. ye mama batuk sakit sangat dada ni.. 
Najeeha ni bila batuk mula lah semput walaupun dia sebenarnya bukan ada semputpun.. baiklah nanti mama datang sekolah ya .. ambil najeeha pergi klinik.. ok mama ni nak pergi solat subuh kat surau.. baik lah.. 
Tak senang hati ini bila anak sakit kan kekawan.. pukul 9.00am saya pergi kesekolahnya.. isi borang untuk keluar ke klinik.. sampai klinik punya lah ramai orang.. hampir pukul 11.00am baru habis urusannya di klinik.. saya kata makan ubat dan rehat lah dibilik kesihatan sekolah ye.. makan dulu bekal yang mama kasi ni..
Lepas hantar balik ke asrama lega sikit hati tengok keadaannya didepan mata..


Terbaring diatas riba saya.. demam selsema dan batuk ni memang membuat pening kepalakan.. bekalkan juga minyak angin aroma tu untuk kurangkan pening kepalanya ..

16 ulasan:

  1. alahai kesiannya bila anak sakit duduk berjauhan ni..
    semoga cepat sihat ya Najeeha.

    bila nak balik, mulalah rasa sedih nak tinggalkan anak yang tak sihat tu kan, kak..

    BalasPadam
  2. siannya lahai..moga cepat sihat najeeha

    BalasPadam
  3. Risau sngt kalau anak demam kan yatie..lg la bila dok asrama

    BalasPadam
  4. Risau sngt kalau anak demam kan yatie..lg la bila dok asrama

    BalasPadam
  5. Kesian Najeeha. Tak dibenarkan balik rumah ke? Harapan PH semoga Najeeha kembali sihat.

    BalasPadam
  6. kesiannya dia. semoga cepat sembuh dan semakin kuat. sementara makin besar macam tu la kak. semoga mamanya pun kuat ya.

    BalasPadam
  7. Semoga cepat sembuh ye Najeeha...

    BalasPadam
  8. syafakillah najeeha..kesian sangat bila anak2 demam kan

    BalasPadam
  9. Mujorlah asrama Najeeha tak ketat peraturan nya yatie.Kalau anak2 akak dulu walaupun dekat susah nak jumpa anak kat asrama kalau bukan masa yang melawat.Kalau nak beri barang pun disebalik pagar je.
    Harap Najeeha akan cepat sembuh...risau hati mama bila anak sakit takde depan mata...hati ibu kan yatie

    BalasPadam
  10. Wah samalah dengan pakcik.
    Sekarang tengah batuk, selsema dan sakit tekak.
    Tengah musim sekarang, kat surau ramai yang batuk, tu yang menjangkit agaknya.
    Semuga Najeeha cepat sembuh.

    BalasPadam
  11. Alahaiiii bila anak-anak jatuh sakit kita pun sedih kan :( nasib baik asrama dekat kalau jauh :(

    sama la kak..if apa-apa pagi2 dapat call hati ni debar lain macam.

    BalasPadam
  12. Semuga Najeeha cepat sembuh ya... mmg risau kalau anak2 tak sihat apalagi bila duduk berjauhan kan...

    kak rose ni pun dah 3 hari batuk, demam dan selsema yang menjejeh tak berenti... ubat doc macam tak lut! seksa dibuatnya!

    BalasPadam
  13. bila anak tak sihat..risau la dibuatnya... moga najeeha segera sembuh..

    BalasPadam
  14. nsb dkt boleh di jenguk2... kalu jauh di daerah lain jenuh jgk ye kak

    BalasPadam
  15. Mau tak seriau kalau ada call pagi pagi macam tu. Satu lagi kalau call larut malam. Dada berdebar je.

    Alahai kakak Najeeha ada aje reasonnya nak suruh mama datang sekolah. Kebetulan pulak mmg batuk ye Ti...
    Betul Ti..... nak nak seme batuk yg tgh nak jadi tu. Dahlah hidung tu berair, kepala pulak tak selesa , tekak sakit aduhhhh ....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)