Khamis, 23 Februari 2017

KELADI TELOR 😊👍 emmm dapnya :)

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Semalam dok sembang dalam wasap aweks blogger.. yang hainom cerita kentang telor.. udah teringat ada keladi telor dalam petiais yang belum direbus, semalam saya tak kerja sebab sakit kepala dan lemah2 sendi.. sembang juga dalam groups.. itu adalah salah satu tanda2 nak menapose ... ohhhh udah tua kertu saya ni hahahha.. tapi kata Mummydiarie itu baru tanda2 saja.. menapose nya mungkin sepuluh tahun lagi hihihi.. ehhh dah melalut ke situ pulak padahal nak cerita keladi telor ni..

Keladi telor ni makanan saya masa kecik2 dulu, apa almarhumah mak makan itu sudah menjadi makanan kami juga.. sedap sangat.. isi lembut.. Hainom kata dia panggil Keladi Senandung.. Warisan Petani tentu ada tanam kan.. biasa lah WP ni banyak sungguh menanam hasil kampung ni.. kekadang teringin nak menanam seperti WP ni.. tapi kena balik kampunglah sebab rumah teres ni mana halaman yg luas utk menanam hehehe..

Saya suka cecah dengan gula ajer... emmm dapnya.. masa nabil balik sekolah petang tu dia tanya apa ni mama.. keladi telor.. emmm macam tak makan jer.. anak2 sekarang macam tu lah, bukan tahu makanan ruji kita dulu2 kan :D

9 ulasan:

  1. sedap ni, makan musim hujan lagi best.

    BalasPadam
  2. kalau keladi nih, kami panggil keladi sarawak kak...
    dulu2 mak rajin bt kerepek ngn keladi nih, cuma leceh skit la sbb kecik2 sgt
    rebus pun sedap kan...

    BalasPadam
  3. Saya panggil keladi birah Yatie. Sedap di rebus dan cicah gula... Time kecik2 dulu masa di kampung arwah mak suka masak tumis asam pelepahnya tu.

    BalasPadam
  4. kali pertama dengar pasal keladi telur ni...boleh rebus dan makan macam tu je ke? macam ubi?

    BalasPadam
  5. Dulu dulu kan Ti paling tak suka kalau mak buat sarapan rebus rebus ni tau. Pisang rebus, keladi rebus, ubi rebus. Cicah dah tentulah dgn gula.

    Bukak periuk pagi pagi tengok benda ni terus patah selera. Sekarang ni rasa rindu pulak, jemu dah nasi lemak, mee mee tu semua.

    Kalau tak silap mak den mmg panggil keladi senandung weyh....

    BalasPadam
  6. Ada orang panggil keladi sarawak atau keladi seratah.kalau kita tanam pokok ni, umbisinya akan mengeluarkan telur di sekelilingnya. Umbisinya tak boleh makan tetapi telurnya yang kita tuai. Biasanya rebus aje atau buat kerepek. Ada entri pasal keladi ni kat blog WP.

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas post ini. Baru kenal keladi telur ni sbb duk google jenis2 keladi ada contest. Hehehe. Terima kasih ya! Harap perasan komen sy ni.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)