Jumaat, 16 Jun 2017

Ulangi Setiap Hari 6 PERKATAAN .. bagi 10 Malam Terakhir ini..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita beroleh rahmat Allah dibulan ramadan yg mulia dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Dah 21 hari kita berpuasa.. semoga kita beroleh maghfirah dari Allah di sepuluh malam terakhir ini.. serta sampai ke penghujung dengan kemenangan.. InsyaAllah..


*6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir*

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

*1. Allahumma*
*2. Innaka*
*3. 'Afuwwun*
*4. Tuhibbul*
*5. 'Afwa*
*6. Fa'fu 'Anni*

*Yang bermaksud:*
*"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."*

*Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:*

*Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.*

*Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri  tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:*

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

*"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."*

*(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)*

Sumber : WhatsApp

11 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)