Selasa, 25 Julai 2017

PUDING ROTI MABLE COKLAT NUTELLA .. emmmm dapnyaaa ❤😍

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Buat puding roti mable coklat nutella ni masa gi open house rumah adik ipar hari ahad tu.. tak kan nak datang berlenggang ajer kan.. jadi saya buat kan lah puding roti ni.. kebetulan roti ada lagi yg lagi sehari utk expired 😆 elok dibuat kan kuih kan.. adik ipar kata sedap nanti boleh buat kan lagi ye.. 😙


Bahan2 nya cukup mudah kekawan .. dalam masa 15 minit siap .. tu yg boleh buat tu.. saya buat pukul 11am.. pastu masuk esbok.. dah keras puding tu.. boleh sangat lah kalau ada tetamu yg hendak datang berkunjung tu..

RESEPI PUDING ROTI MABLE NUTELLA.

Bahannya :-
* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1 cawan susu pekat manis
* 1 cawan susu cair
* 10grm agar-agar serbuk
* 3 cawan air
* 1 sudu besar majerin
* 1 cawan coklat nutella.

Caranya :-
1. Didihkan air 3 cawan tu. Kemudian masukkan agar-agar serbuk tu. 
2. Kemudian kisarkan /blend roti, susu cair, susu pekat dan telur sehingga sebati halus.
3. Lepas tu tuang dalam bekas yg kita masak agar-agar tadi.
4. Kacau mesra jgn berketul dan masukan majerin tadi. Kacau lagi.
4. Kemudian asing kan jadi dua bekas. Ketepikan satu bekas. Kemudian yg bekas lagi satu masukkan coklat nutella. Kacau sehingga mesra.
5. Lepas tu sendukan yg warna putih ke dalam bekas loyang, kemudian sendukan pula bahan coklat kedalam bekas tu. Buat sehingga habis.. kena buat cepat sebab puding ni lekas keras.
6. Kemudian masukkan dalam peti ais.. selama sejam.. mkn sewaktu sejuk tu.. emmm dapnya 😍😙😘

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam pagi selasa

    Wah puding nutella untuk makan bersama anak anak

    Kalau beli kat luar mahal ni

    Mau tak mahal

    harga satu bekas nutella tu pu dah berapa kan

    Buat sendiri puas hati

    Makan sejuk sejuk masa cuaca panas

    Memang terasa puding sejuk tu melalui salur ke perut tu

    Hihi

    BalasPadam
  2. sedapnya... kak rose pun baru buat untuk bawak g mengaji Kahfi hari jumaat tu... tapi guna cekelat biasa jer, x de nutella tu... hihi.

    BalasPadam
  3. CANTIK PUDINGNYA MESTILAH SEDAP TU

    BalasPadam
  4. Tak pernah buat puding roti mcm ni Ti..... Selalunya buat puding roti saja tak campur ngan agar agar....
    Den punya roti tu pun ada yg dah nak expired.... Nampaknya kena memuding jugaklah ptg ni

    BalasPadam
  5. wow..nak kena cuba ni kak..abg PAe tu suka sgt klu ada Nutella ni.. :)

    BalasPadam
  6. sedap sebab guna Nutella choc. teringin nak buat.

    BalasPadam
  7. sedap nya kak.... kalau dpt kt dana mkn lak time sejuk2

    BalasPadam
  8. Yums saya suka puding sejak dahulu kala..hehe

    BalasPadam
  9. Sedap ni. Dah la Nutella ni favourite saya :-)

    BalasPadam
  10. Dapnya! PH tak pernah makan puding roti. Kena try lah nanti.

    BalasPadam
  11. Boleh cuba ni. jk malas nak kemari, nnt kita minta resepi melalui group k.. 😄

    BalasPadam
  12. Sedapnya akak....si yaya ni suka betul puding atau agar agar =)

    BalasPadam
  13. Kita nk save yea, resepi mudah2 ni kita suka, kalo yg susah2, kita nk buat pun susah, hihi

    BalasPadam
  14. Simpan kat peti ais, dh sejuk baru makan.sedapnye.

    BalasPadam
  15. Wow lazatnye. Kompem sedap budak2 suka. Eh org dewasa pun suka juga ni

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)