Selasa, 15 Ogos 2017

PETUA ELAKAN MASAKAN MELEKAT PD KUALI

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..


PETUA ELAKKAN MASAKAN MELEKAT PADA KUALI

Silalah cuba mana-mana cara berikut :

1. Garam :
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan minyak. Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng samaada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.

2. Asam gelugur :
Anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.

3. Sedikit minyak dan goreng asam jawa
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.

4. Bawang putih :
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tak lekat. Cuba la.

5. Cuka atau limau nipis :
Perapkan dgn sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.

Selamat mencuba.

Sumber : Facebook

17 ulasan:

  1. Yang akak selalu buat guna asam gelugor dan bawang putih tu ti.Senang kan gerenti tak melekat.

    BalasPadam
  2. penah cuba beberapa petua tp kadang tak menjadi gk kak...
    apa pun tq sbb share, nnti nk try yg asam keping tuh la

    BalasPadam
  3. Pernah cuba bawang putih tu CH tapi lupalah berkesan ke tidak. Hahaha!

    Nanti nak cuba pulak gula asam gelugur. Manalah tahu cantik kejadian ikan goreng kita^_^

    BalasPadam
  4. Nnt sy nak cuba yang mana blum cuba lg petua ni..

    BalasPadam
  5. Terima kasih, CH share tips ni. PH selalu frust kalau ikan terlekat kat kuali. Hancur jadinya :(

    BalasPadam
  6. Ohh ye ker....nanti bolehlah cuba. Org cakap kalau tak nak lekat jangan campur campur kuali kalau masak. Tp selalunya kuali mmg den guna untuk masak campur campur, kejap menggoreng, kejap tumis sayur.

    Tp mmg sakit hati kalau ikan melekat kat kuali. Tak cantik jadinya rupa ikan tu kan Ti

    BalasPadam
  7. nak try yg boh asam gelugur sebab banyak ngat asam ni kat rumah. haha. kena try supaya cantik skit kejadian goreng2an ni.

    BalasPadam
  8. selalu boh garam je.. terima kasih info ni ye.. :)

    BalasPadam
  9. selalu buh asam keping...ikan tu, sedapnyaaa..nyum, nyum..

    BalasPadam
  10. ooo....banyak petua rupanya. ingatkan garam je boleh heheheh

    BalasPadam
  11. kita selalu panaskan kuali sebelum masukkan minyak

    BalasPadam
  12. Selalu masukkan garam je. Tapi yg penting kuali kena betul2 bersih, minyak pun betul2 panas, in shaa Allah tak lekat.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)