Selasa, 19 September 2017

The Last Lecture...😢

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Bila baca catatan ni hati menjadi sebak pula 😢..
Muhasabah diri sungguh.. saya ni bila  baca perkongsian orang lain.. mula lah koreksi diri sendiri.. ada juga yg terkena batang hidung sendiri.. semoga kita semua terus diberi hidayah oleh Allah..

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama...

Sumber : WhatsApp

14 ulasan:

  1. Menarik... setiap hari kita diberi peluang utk berubah kepada yg lebih baik...selagi Allah beri peluang kita bernafas :-)

    BalasPadam
  2. dari nombor 1-30, semuanya boleh dijadikan pedoman.

    BalasPadam
  3. Umur 47 tu masih muda lagikan Ti....
    Betullah apa yg ditulis tu. Cuma kita kena mencari kesesuaian.
    Setiap orang mempunyai masalah yg berbeza. Cara menanganinya pun berbeza..

    BalasPadam
  4. Kalau dapat amalkan, insyaAllah boleh jadi orang yg bersyukur dan bahagia...

    BalasPadam
  5. agree. plg penting bersyukur dgn life diri sendir.. kita tgok org best pun, kita x tahu apa yg dia lalui...

    BalasPadam
  6. 'The Last Lecture (2007)' is a book authored by Randy Pausch - a professor at University in Pittsburgh. Dr. Pausch died of complications from pancreatic cancer on 2008.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, i have read the book myself. but why the above claimed tht its from a malaysian instead? plagiarize!

      Padam
  7. ke semua 30 catatan dia untuk anak2 memang baik.
    patutlah u rasa sebak.

    BalasPadam
  8. syukur sentiasa, dan doa dlm hati agar kita digolongkan dikalangan org yg bersyukur

    BalasPadam
  9. very inspiring dan boleh diamalkan ni. tq for sharing

    BalasPadam
  10. Salam Maal Hijrah Yati...Ya Allah lamanya saya tak datang melawat sini...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)